Bab 2

272 46 0
                                    

Sampai sahaja Rinne  dan abangnya
di butik yang ditempah oleh
mommynya, dia terus keluar dari
kereta Audi abangnya dan menuju ke
pintu utama butik itu. Elvin hanya
mengekori adiknya yang laju ke
hadapan.

Masuk sahaja Rinne di dalam butik
itu, dia terkaku. Kerana banyak
koleksi baju yang cantik designnya
dan menarik. Jujur dia kata,
mommynya sangat terbaik dalam
memilih baju di butik orang lain.

Selepas itu, Rinne dan abangnya
menuju ke kaunter untuk mengambil
baju yang telah ditempah oleh
mommynya. Butik yang mereka pergi
adalah butik kawan mommynya
sendiri. Kerana mommynya sudah
memberitahu bahawa mommynya
menyuruh kawannya yang membuat
baju untuk Rinne dan Elvin.

Sesampai sahaja mereka berdua di
kaunter, mereka ditanya oleh
penjaga kaunter itu.

" Hye! Welcome to the Sharifah's
Designer. May i help you?" tanya
pekerja itu

" Oh hye! Emm i want to see Aunty
Sharifah. Can you call her to me, emm
Lisa?" Rinne bertanya kepada pekerja
itu sambil menyebut nama pekerja
itu kerana Rinne sempat melihat
pada nametag nya

" Oh yah! Sure, you just stay here and
  i call my boss" kata Lisa itu tadi

Selepas beberapa minit, aunty
Sharifah pun tiba. Dia terus menuju
ke arah anak kawannya itu.

" Assalammualaikum, ini Rinne dan
Vin kan? Tak silap aunty itu nama
kamu? Anak kepada Ervira, right?"
tanya Aunty Sharifah

" waalaikummussalam, oh ya it's me
Rinne and this my brother, Vin. Ya
kami anak kepada Ervira" jawa Rinne
dengan lemah lembut dan
bersalaman dengan aunty Sharifah
itu.

" Makin cantik dan handsome kamu
berdua. Okay laa aunty tak nak cakap
banyak. So, mari aunty tunjukkan
baju untuk korang berdua. Sebab
mommy korang tempah baju yang
cantik untuk korang berdua" kata
aunty Sharifah itu kepada Rinne dan
Elvin. Kami terus mengekorinya
untuk melihat baju yang ditempah
oleh mommynya.

Sesampai sahaja di bilik persalinan,
beberapa pekerja datang sambil
membawa baju untuk Rinne dan
Elvin.

Rinne bagai terpukau kerana melihat
baju yang mommynya tempah
untuknya. Baju yang mommynya
tempah ialah baju gaun kembang
yang berwarna ungu lembut dan
mempunyai bunga² di sekita gaun itu
manakala abangnya tuxedo bewarna
ungu juga.

Setelah mereka mencuba pakaian itu,
mereka terus mengucapkan terima
kasih kepada kawan mommynya itu
dan keluar dari butik itu untuk
pulang ke rumah. Memandangkan
sudah pukul 1.30.

Sesampai sahaja  mereka di rumah,
Rinne terus naik ke bilik dengan
membawa bajunya itu. Dia
membersihkan diri dan mengambil
wudhu untuk solat zuhur.

Sesudah sahaja dia solat, dia terus
mencapai phonenya dan mendail
mommynya.

" Assalammualaikum, Mommy! Rinne
dan abang dah ambil baju dekat
butik kawan mommy. Thank you so
much mommy for this dress. I like it."
kata Rinne dengan nada gembira

" waalaikummussalam, wahh you're
welcome sayang. Mommy tempah
baju tu untuk korang berdua.
Mommy nak anak² mommy cantik
dan handsome malam ni. Hmm okay
laa mommy ada kerja ni. Petang
nanti mommy dengan daddy balik.
"kata Mrs. Ervira

" oh okayy mommy. Byee! "kata Rinne
sambil menutup panggilan dengan
mommynya

Dia terus menuju ke bawah dengan
menaiki lift dan terus ke dapur untuk
makan. Nasib pembantu rumah nya
iaitu Mak Yah menyediakan
makanan tengahari.

" ermmm sedapnya bau makanan ni,
Mak Yah! Ni kalau makan mesti lagi
sedap!" puji Rinne dengan ikhlas

" hishh kamu ni! Ada ada je nk
menyakat mak Yah" kata mak Yah
sambil mencubit lengan Rinne

Rinne apalagi. Menjerit laa dia
apabila Mak Yah cubit lengannya.
'haishh mak Yah ni cubit orang sakit 
tau' adu Rinne dalam hati

Dia terus duduk di meja makan itu
untuk menjamu selera tetapi dia
seakan teringat sesuatu.

" emm Mak Yah! Mana abang Vin? Dia
tak turun lagi ke?"

" mak Yah tak tahu laa Rinne. Dari
tadi mak Yah tak nampak dia.
Mungkin dalam bilik kot"

Rinne terus naik ke atas dan menuju
ke bilik abangnya. Dia membuka
pintu bilik abangnya dengan
perlahan lahan supaya tidak
mengejutkn abangnya. Mungkin
abangnya tidur kot.

Selepas dia membuka pintu bilik
abangnya, dan tekaannya tepat
bahawa abangnya memang sedang
tidur terlentang di atas katil.

Tiba- tiba dia mendapa satu idea
nakal untuk mengacau tidur
abangnya.

'HAHAHAHA tadi kau kacau sangat
tidur aku kan so sekarang kau pulak
aku kacau' desis hati Rinne

Dengan terjinjit jinjit Rinne berjalan
untuk mendekati abangnya. Dan
dalam kiraan tiga dia terus menjerit
di telinga abangnya.

1

2

3

"ABANG!!!!!!!!!"

Elvin apalagi bangun mengejut laa
dia sambil terlompat jatuh ke bawah.
Muka tak payah cakap masam habis.

Rinne terus ketawa terbahak bahak
melihat keadaan abangnya itu. Ni
kalau letak dalam youtube ni mesti
viral dah ni. Entah entah jadi
instafamous abangnya nnti.

Rinne menyedari keadaan menjadi
tegang apabila melihat muka
abangnya seakan menahan amarah
dia terus meluru keluar dari bilik
abangnya dan menuju ke dapur
semula.

Rinne ingat dia sudah selamat tapi
tidak kerana abangnya mengejar dia
dengan laju sekali.

Rinne apalagi dia terus berlari ke
belakang mak Yah supaya menjadi
penghadang antara dia dan
abangnya.

" eyh² apa kena dengan kamu ni,
Rinne? Duduk menyorok belakang
mak Yah?"

" mak Yah tolong bagi budak tu dekat
Vin. Sebab Vin nak lenyek muka dia
tu"

"haishh kamu ni. Tak baik tau buat
adik macam tu"

"habistu mak Yah, dia kacau tidur Vin
tu siap menjerit dekat telinga Vin ni
takpe pulak. Nak pekak dah telinga
Vin dengar jeritan dia. Ni kalau Vin
ada penyakit sakit jantung rasa dah
arwah dah ni"

Rinne rasa serba salah melihat
abangnya menggosok telinganya itu.
'Haishh kuat sangat ke aku jerit kat
telinga dia.'

" alaaaa sorry laa abang. Rinne tak
ada niat pun nak kacau abang tidur.
Rinne nak gurau je dengan abang.
Takkan tak boleh. Pagi tadi abang
kacau tidur Rinne tak apa pulak. Ni
Rinne kacau tidur abang, abang
marah pulak"

Elvin tidak berkata apa lalu dia
mendekati adiknya dan mencubit
pipi adiknya dengan kuat.

" Aduhhh!! Sakit laa abang."

" padan muka kau. Sape suruh kacau
tidur abang. Kan dah kena"

"haishhh ye laa ye laaa Rinne tahu
salah Rinne"

" eyh dah² kamu berdua. Tngk jam
dah pukul berapa. Pukul 4 dah ni.
Kamu berdua tak makan makan lagi.
Nnti mulalah tergopoh gopoh nak bersiap. Kamu kena ingt tau nnti
mommy dan daddy kamu dah nak
balik"

Rinne dan Elvin terus memandang
sesama sendiri dan melihat jam
selepas mendengar bebelan mak Yah.
Ye betul! Sudah pukul 4. Haishh ni
main kejar kejar punya pasal laa. Dah
lambat dh.

Rinne dan Elvin terus duduk di meja
makan dan menjamu selera. Kerana
dari tadi lagi mereka berdua belum
makan.




Tbc~~~~~~~~~

MRS. HAZELWhere stories live. Discover now