Bab 8

140 33 6
                                    

Akhirnya mereka semua selamat sampai di Paris International Airport iaitu tempat yang mereka tuju untuk bercuti.

Rinne berasa sangat seronok kerana dapat bercuti bersama sama dengan keluarganya.

Eriq Ermando hanya menggelengkan kepalanya melihat telatah anak perempuannya itu. Memang dah masak sangat dengan perangai anaknya itu yang suka travel dan melihat pemandangan yang indah.

Selepas itu Tengku Zarif bercadang supaya mereka menjamu selera terlebih dahulu sebelum ada orang datang mengambil mereka.

Mereka memilih untuk memakan makanan ringan iaitu di restoran McDonald's.

Eriq Ermando dan Tengku Zarif pergi membuat pesanan. Manakala yang lain hanya pergi mencari tempat duduk untuk mereka.

Rinne duduk di sebelah Zafriel kerana hanya sebelah Zafriel sahaja yang kosong. Sebelah Elvin sudah diduduki oleh Zafran. Jadi terpaksalah dia duduk di sebelah lelaki tu. Takkan nak duduk atas riba mommynya pula. Tak ke pelik?

Beberapa minit kemudian, Eriq Ermando dan Tengku Zarif pun tiba di meja mereka duduki dengan membawa makanan yang dipesan.

Mereka makan dengan penuh nikmat sambil berbual bual kosong.

Sehabis sahaja mereka makan, Rinne meminta diri untuk ke tandas.

Apabila Rinne sudah melepaskan hajatnya ke tandas, dia pun keluar dari tandas itu.

Tiba tiba dia terserempak dengan seseorang.

"Eyh Zafriel! Terkejut saya tau. Mujurlah tak langgar tadi. Awak dah kenapa duduk kat depan ni?" tanya Rinne.

Terkejut buatnya tadi kerana tiba tiba sahaja Zafriel tercongok di depan tandas perempuan. Mujurlah mase tu tidak ramai sangat orang. Hanya mereka berdua sahaja.

" Hehehehe sorry. Tak, saya cuma risau awak tak balik balik lagi dari tandas. Sebab kereta dah sampai. Sebab tu saya pergi cari awak. Mujurlah awak tak apa apa" jawab Zafriel

'Dah kenapa nak risau kat aku bagai. Abang aku sendiri pun tak datang cari aku. Mamat ni pulak yang gelabah. Haishh!' omel Rinne dalam hati.

Mereka pun berjalan beriringan ke pintu utama Airport itu kerana yang lain sudah tunggu di luar.

"Rinne! Ya Allah, kamu pergi mana? Risau mommy dibuatnya. Kenapa kamu lambat sangat ke tandas?" tanya Mrs. Ervira

"Hehehe sorry laa mommy sebab buat mommy risau." kata Rinne

Mereka semua terus menaiki kereta Toyota Velfire untuk ke tempat penginapan.

Dan diikuti dengan beberapa kereta di belakangnya. Semestinya bodyguard bodyguard Eriq Ermando. Ya laa jutawan kan. Mesti laa ada  bodyguard.

Sampai sahaja mereka di Hotel Paris, mereka semua pun terus check in utnuk masuk ke bilik masing masing.

Bilik yang Eriq Ermando tempah hanya 4 sahaja. Ini bermakna mereka perlu membahagi sama rata.

"Okayy sekarang bilik hanya ada 4. So, satu untuk mommy dan daddy. Satu lagi untuk uncle Zarif dan Aunty Mary. Satu untuk Rinne dan satu lagi untuk tiga orang jejaka." kata Daddynya sambil memberikan kunci bilik masing masing.

Rinne laa yang paling excited kerana dia dapat duduk sorang saja di dalam bilik hotel itu. Yang lain semua ada partner.

Mereka pun terus naik lift untuk ke bilik masing masing yang berada di tingkat 12.

Sampai sahaja mereka di tingkat 12 itu, mereka pun mencari nombor bilik mereka.

Bilik Rinne dan 3 orang jejaka itu hanya bersebelahan. Manakala bilik mommy dan daddynya berada di hadapan dan diikuti dengan bilik Tengku Zarif dan isterinya.

MRS. HAZELWhere stories live. Discover now