“ Ubi epatlah alan pateh tak cabar nak umpa aunty dia nak maen olis-olis” ujar Fateh sambil berlari yang tangannya dipimpin oleh aisha, terpaksa berlari kerana langkah aisha jauh lebih besar daripadanya.“ Fateh panggil Abi lah bukan Ubi. Saja lah tu nak buat orang marah” ujar Arrian sambil memuncungkan mulut.
“Bang tak payah buat muncung itik dekat sini malu saya orang tengok” ujar Aisha.
“ tah Ubi, uat malu pateh je orang engok ”
“Huh anak tak kenang budi cakap pon pelat, ada hati nak marah orang” ujar Arrian tak puas hati.
“Woi!” pekik seseorang dari jauh “ Lambatnya sampai Aisha, kau tahu habis semua kerja aku buat tau harapkan kau, tunggu lembu bertelur dulu tahu tak” bebel Nadia sekrataris Aisha.
“Alah lek ahh.. nanti aku naikkan gaji kau ah senang cite lagipun, bukan aku antar kawan aku untuk tolong kau ke?”
“kau sedar tak Puan Aisha kawan yang kau antar suruh tolong aku tu ibu mengandung!! kau nak dia terberanak kat situ ke ape ha !?”
“Satu lagi yang aku tak puas hati asal kau suruh Izzat angkat barang, sukarela pulak tu, sejak bila dia rajin ni setahu aku dia tu reti berkurung dalam bilik je tengok anime” tambah Nadia.“Abi jom kita asuk, pateh tamau hilang elinga anti”bisik Fateh kepada arrian.
“humm jomlah Abi pon tak nak hilang telinga nanti dengar Umi dengan aunty Nadia cakap”Arrian terus memimpin tangan anaknya masuk ke dalam dewan.“Apa salahnya dia tolong? dia ikhlas kot nak tolong ringankan beban kau”ujarku memujuk.
“Tolong tu takpe masalahnya kau tahulah aku benci gila dengan dia”
“Haish kau ni benci-benci kang ada yang jatuh hati kang”
“Ha mana anak dengan suami aku ni hilang ditelan bumi dah ke?”soalku kepada Nadia.“Aaaahhh Aisha... lama gila tak jumpa kau rindu banget..”jerit seseorang dari arah pintu utama dewan berlari ke arah ku terus memelukku dengan erat.
“Huh satu lagi masalah” keluh Nadia.“Woi Tikah, agak² ah nak berlari dowh ingat sikit anak kau bawak tu kang terkeluar aku cabut lari tau ” marahku.
“Hehe sorry ah Sha nak buat macam mana aku teruja kot nak jumpa kau rinduuuu kau”ujar Atikah sambil memelukku dengan erat.
“Dahlah, masuk dewan pergi duduk sana rehat nanti aku pulak Kene marah dengan suami kau sebab tak jaga kau”
“Eleh suami aku tu tak payah takut sangat dengan dia, aku garang lagi dari dia tau, aku marah sikit terus nangis, manja huft”
“Alah dia manja sebab anak kau jugak kan...”
SKIP
Sebelum acara tandatangan, Aisha mengadakan sesi soal jawab bersama wartawan dan juga peminatnya yang saling berhadapan duduk di atas kerusi masing-masing.
“Jadinya saya rasa sudah masanya untuk sesi soal jawab. Jadi siapa yang mahu tanyakan soalan kepada Puan Aisha sila angkat tangan ya” ucap pengerusi majlis.
“okay, encik yang berbaju merah jambu boleh tanyakan soalan”“Terima kasih pengerusi majlis. Puan Aisha boleh ceritakan serba sedikit tentang novel ini? yelah kalau baca sinopsis je tak best mesti dengar daripada mulut penulis sendiri” ujar lelaki itu.
“Hahaha terima kasih untuk soalannya, baiklah cerita ini berkisarkan tentang saya yang terpaksa menanggung ujian yang berat .....…………………………” cerita Aisha dengan panjang lebar.
Aisha menjawab semua soalan yang ditanya dengan pantas dan cermat. Sampailah seorang peminat bertanya.
“Assalamualaikum kak Aisha, saya peminat nombor satu akak tau. Saya nak tanya akak dah jumpa ke kawan akak yang hilang tu?”
Aisha tersenyum, dia tahu pasti akan ada yang bertanya soalan ini “Waalaikumussalam, terima kasih sebab sudi datang ke sini. Hurmm kawan saya tu saya belum jumpa lagi tapi saya sentiasa berdoa supaya saya dapat jumpa kawan saya tu balik.”jawab Aisha sambil tersenyum. “Huh walaupun aku cuma dapat jumpa kubur dia pon aku bersyukur sangat-sangat”kata Aisha dalam hati.
SKIP
Tibalah acara yang seterusnya iaitu sesi ramah mesra bersama peminat.
Aisha melayan peminatnya dengan ceria. Sampailah seterusnya,
“Ya kak nama apa ya?” tanya Aisha mengambil buku di tangan peminatnya tanpa melihat muka peminatnya itu.“Hehe nama kita atikah kita peminat akak daripada akak duduk dalam perut puan bilah lagi hehehe” ujar Atikah sambil menunjukkan gaya peace kepada Aisha.
“Astaghfirullahhalazim Tikah! Kau buat apa beratur panjang-panjang ni, tak sayang anak kau dalam perut tu ke Oii” marah Aisha.
“kita sayanglah anak kita. Kita cuma nak rasa macam mana peminat ambik tandatangan tu je”ujar Atikah dalam nada perlahan.
“kau tak faham aku tau, aku teringin sangat nak pergi fanmeeting beratur panjang-panjang”sambung Atikah lagi.“Ya Allah kuatkanlah hambamu ini daripada makhluk ajaib yang gemuk ni”ujar Aisha dalam hati.
Aisha cepat-cepat menandatangani novelnya dan memberikannya kepada Atikah.
“Nah ambik, duduk sana diam-diam jangan bergerak semeter pon aku kerat kaki kau nanti biar kudung terus tak payah jalan”
“Jahatlah kawan kita ni lepas popular je sombong, huft takmau layan. Kita MERAJUK”kata Atikah menekankan ayat akhirnya.
Atikah berjalan sambil menghentak kaki dengan kuat tanda protes. Haish Aisha satu kerja pulaklah nak pujuk si tembam tu. Humm bergegar satu bangunan sebab gergasi tu.
………………………………
Assalamualaikum➜ Fiuhh siap satu bab. Harap korang suka dan mintak maaf lah kalau ada kesalahan ke saya budak baru belajar maaa..
➜watak pon bertambah apa kata saya kenalkan
╭☞ Pertama sekali Izzat tak penting pon sebenarnya sebab mungkin satu bab ni je dia muncul muahahah.
╭☞ Atikah kawan baik Aisha dari kecik, yang paling penting sekali dia debab sebab tengah mengandung.
➜esok bab 3 au 。◕‿◕。
Harap korang terhibur
Bubye
15JAN2021
YOU ARE READING
MY LIFE (SLOW UPDATE)
General FictionMengisahkan tentang kehidupan Aisha yang terpaksa kehilangan kawan baik, dan perjalanannya yang perit hingga dia berkahwin dan menjadi novelis terkenal. Icha kau kena janji tau yang kau takkan pernah lupakan kawan baik kau ni-Ayu Ish kau ni memang t...