BAB 16

14 3 1
                                    

Atikah pov (point of view)

"Tikah! Cepatlah bersiap kita lambat pergi majlis akad nikah nanti.." jerit Aisha dari luar bilik,

Aku mengeluh, harini hari bahagia Adam dengan kalisha. Aku pelik kenapalah satu minggu ni rasa macam satu hari je.. pejam celik pejam celik tengok-tengok dah seminggu. Kenapa kawan aku si Aisha ni gembira ha?! Patutnya dia sedih untuk aku.. mungkin sebab dia ingat aku main-main kot.. biasalah aku memang suka main-main je dengan lelaki... Haihh

"Amboi-amboi atikah oit sedap kau duduk kat sana, semua orang dah tunggu ni tahu tak " bebel Aisha di depan pintu bilik.

"Hurmm" aku terus keluar dari bilik dan menutup pintu bilik dengan perlahan, keluar saja dari rumah aku nampak yang  seluruh keluarga Aisha telah pun berada di dalam kereta. Nampak sangat aku menyusahkan orang harini.

"Dah masuk, takyah sedih-sedih memang patut pon kau menderita harini.." kata Aisha sambil menolak badanku masuk ke dalam kereta, aku terkejut dengan ucapan Aisha sebentar tadi, kenapa? Aku ada buat Salah ke?

Di dalam kereta, aku berlagak seperti patung, aku pelik kenapa sunyi je biasanya Aisha memang akan bising dalam kereta, kadang-kadang bergaduh dengan abang dia. Tapi harini senyap je.. ada apa-apa ke harini?

Aku mengelamun sampailah aku sampai ke rumah kalisha yang mengambil masa hanya beberapa minit dari rumah Aisha.

"Dah keluar lah takkan nak suruh aku dukung pulak" kata Aisha dengan ketus,

Keluar sahaja dari kereta terpampang di depan mata aku khemah-khemah yang dihiasi bunga di sekelilingnya, nampak meriah dengan tetamu yang ramai.

Tiba-tiba terdetik dihati aku untuk menghancurkan majlis akad nikah kalisha dan Adam. Aku berasa yang kaki aku bergerak dengan sendirinya.

Aku masuk ke dalam rumah kalisha, aku nampak Adam tengah duduk memandang kalisha yang tak jauh darinya. Dia nampak bahagia sekali, aku cemburu.

"Dah dahlah tu tenung bakal isteri tu.. nanti nak tenung tenunglah puas-puas" usik tok kadi.

"HAHAHAHAHAHAHAHA" semua orang tertawa dengan usikan tok kadi,

Adam dan kalisha tersenyum malu, erghh aku benci tengok pemandangan ni. Sebelum Adam bersalam dengan tok kadi untuk ke proses seterusnya aku menjerit,

"JANGAN!!"

"Tikah kau gila ke nak jerit-jerit kat majlis orang ni" marah Aisha aku dah tak  peduli aku terus menuju ke arah Adam yang tengah melihatku, aku menarik tangannya untuk berdiri.

"Adam boleh kahwin dengan aku je, kau kalisha, memang tak layak untuk Adam"

"Tikah! Kau jangan buat hal tikah, lepaskan Adam tu" jerit Arrian dengan muka gelabah,

"Aku nak kahwin dengan kau, aku suka kau dari dulu" bisik aku ditelinga Adam,

"I'm sorry" aku terdengar suara bisikan sebelum

BAAM
Mataku berpinar aku kehilangan keseimbangan, aku memegang perutku terasa perit yang amat, sebelum aku pengsan aku nampak Adam dan Aisha berdiri di depan aku dengan senyuman sinis di tangan Adam, berisi sebuah pistol. Kalau Adam ada di depan aku siapa Adam yang tengah memeluk aku? Dan kenapa Aisha benci aku?

"Pertemuan.. perpisahan pasti akan tiba.. hilang dimata tapi dihati tidak lupa" suara Aisha yang menyanyi mengusik aku daripada mimpi lena.

"Ceh mimpi rupanya.. aku ingatkan dah mati tadi" aku terus bangun dari katil dan pergi ke arah suara nyanyian yang mengusik tidur lena aku tadi.

"Aisha kau nyanyi apa pagi-pagi buta ni" Tanya aku, Aisha tengah melihat pemandangan langit di balkoni biliknya sambil menyanyi menunggu aku untuk bangun dari tidur.

MY LIFE (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now