BAB 12

16 3 0
                                    

Pada keesokan paginya, Aisha bersama keluarganya berada di ruang makan untuk sarapan pagi. Sambil mereka mengalas perut, mereka berborak santai sesama mereka sampailah ketua keluarga bertanya, semua orang di meja makan menumpukan perhatian kepadanya.

"Dengar cerita si Arrian tu minat kamu?" Tanya encik Adha sambil menyuapkan nasi lemak ke dalam mulutnya.

"Mari mana datang cerita dusta ni bah, takdelah siapa jelah nak kat adik ni.." muka Aisha menjadi merah akibat malu, apabila Along perasan akan perubahan Aisha dia tertawa halus.

"Entah bah, siapa je nak kat adik ni, dahlah tak matang, manja mengalahkan budak-budak, duduk rumah reti goyang kaki je tak ada ciri-ciri perempuan melayu terakhir langsung" celah Achik

"Achik.. Achik cakap dengan cermin eh, cermin diri tu sikit perangai sama je"

"Aip ada ibu ajar ke gaduh-gaduh depan rezeki ni, abah cakap dengan adik kamu je kan, kamu tu Achik diam"

"Aish yelah" Achik memuncungkan mulutnya tanda merajuk,

"Adik tu berkenan ke dengan si Arrian tu?"

"Uhukk uhukk" bunyi Aisha tersedak  nasi Along ditepinya terus menghulurkan air dan pantas Aisha mengambil gelas air dari tangan Along.

"Abah ni.. kenapa tanya masa makan ni.. kan tersedak anak manja abah ni" kata Along

"Orang tanya sikit je, tu pun nak tersedak, suka kata jelah suka, bolehlah abah dapat menantu awal-awal" kata Encik Adha

"Entah.. ibu pun nak jugak menantu, sepupu kamu si Kalisha tu pun dah nak bertunang dah.."

"Uhukk uhukk" terus Aisha dan abang-abangnya batuk tersedak nasi, terkejut dengan kata-kata yang baru dikeluarkan oleh ibu.

"Kamu ni dari tadi duk tersedak nasi tu, tak sedap ke?" Tanya ibu

"Mana ada ibu.. masakan ibu paling  sedap tau, tapi betul ke si Kalisha tu dah nak bertunang"tanya Angah, sementara yang lain sibuk meminum air bagi menghilangkan rasa perit ditekak.

"Uish tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba dah nak bertunang dah"celah Achik

"Kenapa? Kamu ingat segedik-gedik Kalisha tu tak ada orang nak?"

"Takdelah bu saja je tanya" kata angah

" Taklah pihak keluarga lelaki yang sepakat dengan mak lang kamu tu nak kahwinkan si Kalisha dengan anak dia, jadinya kahwin jelah"

"Ouhhhh patutlah.." kata Aisha dengan abangnya serentak

"Apa yang patut?"
"Taklah ni kalau dia bertunang sebab ada orang minat dia, angah tak percaya, kalau dia bertunang sebab aturan keluarga haa baru angah percaya"

" Betul betul betul" kata Aisha dengan mulutnya yang penuh dengan nasi, dia terus mengunyah nasi dengan laju apabila encik Adha memberi pandangan yang tajam kepadanya.

"Dah habiskan sarapan, dah pukul berapa dah ni kan terlambat masuk pejabat " kata encik Adha, mereka semua terus senyap dan meneruskan kegiatan mereka.

#############
Pada petang itu ternampak Aisha sedang bersantai di belakang rumahnya di pondok kecil yang baru sahaja dibuat oleh abang-abangnya bulan lepas. Bersantai dengan memakai hoodie abangnya tak lupa juga tudung sauk di kepalanya, kakinya digoyangkan ke depan dan belakang persis budak kecil yang sedang menunggu ibu mengambilnya pulang ke sekolah. Maklumlah kerja pun tak ada lagi, goyang kaki lah si Aisha ni..

"Bwahh" kejut seseorang dari tepi, Aisha tidak langsung terkejut, dari awal dah tahu ada orang mengintainya, dia senyapkan saja.

"Eii kau ni buatlah reaksi sikit, penat aku duk terbongkok-bongkok nak kejutkan kau tahu tak" Atikah membuat muka apabila Aisha tidak langsung menghiraukannya, lantas dia duduk bersebelahan dengan Aisha

MY LIFE (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now