3 hari kemudian.......
"Ibu adik dah makan ? " Tanya Along kepada ibu
"Belum lagi... boleh tolong pujuk adik makan boleh?" Tanya ibu kepada Along."Boleh je ibu"
"Haaa nah ambik ni bagi dekat adik kamu" ujar ibu sambil menghulurkan pinggan yang berisi nasi lemak
"Okey bu along naik atas dulu bu" ujar Along sambil berjalan ke arah tangga
"Yelah pujuk adik kamu tu ya sedih ibu tengok dia"Tok tok tok
"Adik Along masuk ni.." selepas meminta izin Along terus membuka pintu dan masuk ke dalam bilik Aisha dia ternampak adiknya duduk di atas katil dengan muka yang sembab mungkin baru sahaja habis menangis.Selepas Along masuk ke dalam bilik dia terus pergi ke arah katil dan meletak pinggan di atas meja bersebelahan katil. Along duduk di sebelah Aisha dan dia terus memeluk Aisha dengan erat sambil meletakkan dagunya di atas bahu Aisha.
"Adik... Janganlah sedih-sedih.. kalau adik sedih Along pun sedih"
"Adik.. boleh luahkan kat Along... Along janji Along akan senyap okay.. mana tahu boleh gembirakan adik balik" sambung Along lagi."Abang.. kenapa semua orang tak faham perasaan aisha" luah Aisha dia membalas memeluk abangnya.
"Dah along ni bukan orang ? Along pun sedih... tapi Along tahu semua ni mesti ada hikmahnya lagipun adik tahu kan semua yang hidup pasti akan mati""Huh ya adik tahu.. tapi susah long nak percaya long dia dah jadi sebahagian daripada keluarga kita.."
"Ya Along tahu.. masa Along sedih dia selalu ada dekat Along walaupun Along bukan tuan dia "" Adik cuba long.. tapi tak boleh long... Selalunya setiap malam baby mesti tidur tepi adik, masa kita makan mesti dia ada sekali mintak makanan kat kita.. setiap tahun sofa rumah kita selalu kena beli baru sebab baby cakar tapi.. semua tu dah takde kosong long kosong" ujar Aisha sambil menangis.
“Iya Along tahu, tipu lah kalau Along pun tak sedih rindu tau nak peluk budak gebu tu, Along ingat lagi angah dengan baby tak pernah berbaik. Jumpa je mesti adalah nak bergaduh macam manusia pulak“
“Hahahaha adik ingat masa angah pernah sekali buat baik kat baby, sebab nak balas budi, baby bagi tikus letak dalam bilik angah”
IMBAS KEMBALI
“Waaahhhhhhh tikus ibu, tikus pergi kau pergi...”
“Bila masa ibu kau ni ada tikus ha?! ” jerit ibu dari tingkat bawah rumah
“Apa angah ni bisinglah ” kata Aisha
“Kau nampak tak makhluk jahanam tu sedap je tidur atas katil aku ”tunjuk angah ke arah katilnya Aisha terus berjalan ke arah katil angah
“Mana adalah dah matilah ngah ”
“Haaa macam mana boleh ada kat situ hah ”
“Miaw ”
“Mesti kau kan budak tak guna, jangan harap aku nak kawan balik dengan kau ”
“Dah tak payah bising lah tikus je pun mengada ” ujar Aisha sambil memegang plastik yang berisikan tikus mati.
“Aaaaaaa aku benci kau baby kita putus kawan”
“miaw”(apa salah aku?)
.....................………………………………"Insyaallah dik.. mungkin itu ujian buat adik shuhh jangan nangis-nangis nanti kita sama-sama hadapi semua ni ya Along dengan keluarga sentiasa ada untuk adik "
"Terima kasih long adik lega sikit" ujar Aisha sambil melepaskan pelukan.
"Sama-sama Along tak suka adik sedih-sedih, kalau adik sedih luahkan perasaan kat Along, Along ada untuk adik" ujar Along sambil mengusap air mata Aisha dengan tangannya.
"Dah jom makan... ibu masak sedap harini nasi lemak.." ujar Along sambil mengambil pinggan dan terus menghulurkan pinggan ke arah Aisha.
"Taknak nak Along suap"ujar Aisha manja sambil menganga mulut
"Eiii manja adik siapa entah "
"Adik alonglah.."Tok tok tok
" Along adik,nanti turun tau mak lang ade datang rumah ni " ujar ibu dari luar pintu."Okay bu nanti long dengan adik turun" jerit Along.
YOU ARE READING
MY LIFE (SLOW UPDATE)
General FictionMengisahkan tentang kehidupan Aisha yang terpaksa kehilangan kawan baik, dan perjalanannya yang perit hingga dia berkahwin dan menjadi novelis terkenal. Icha kau kena janji tau yang kau takkan pernah lupakan kawan baik kau ni-Ayu Ish kau ni memang t...