BAB 6

18 5 0
                                    


"Huh akhirnya ada jugak.. girls day" ujar ayu yang sedang menggandeng tangan aku dan Qurratu.

"Aah girls day terakhir buat kita" kata Qurratu sedih.
"Buat apa sedih-sedih nanti aku dapat jumpa kau jugak kan.. " kata ayu meleret.

"Woi yu, kau nak kawin sangat kan ha.. memang lepas kau kawin nanti, kau tak leh jumpa kitaorang dahh tau.. kau nak keluar ngan kitaorang kena mintak izin suami kau tu tau tak"
"Alah lek ah tak tunang pon agi kan.."
"Memanglah, tapi... dunia sekarang ni masa dah laju tau. Tup tup kau dah kahwin, tup tup dah dapat anak"
"Dah takyah cakap pasal majlis aku sekarang ni kita kenalah enjoy enjoy"

Selesai sahaja kami berbelanja, kami pon pergi ke Kitty kafe yang baru sahaja dibuka di dalam pusat membeli-belah itu. Kami berborak imbas kembali masa awal pertemuan dan lain-lain.

"Ehmm Icha.. kau taknak ke confess kat Aryan yang kau suka kat dia ke?" tanya ayu berhati-hati.

"Haha aku? sies ah" tanya aku, Ayu dan Qurratu mengangguk laju.
"Haish dengar ni eh, walaupun aku suka dia sebesar mana pun, aku takkan confess dulu kau tahu.. sebab aku suka lelaki yang confess dulu tau"
Kata aku.

Ya! Aku suka Aryan. Dia baik, hensem, pandai bab-bab agama cukup pakej lengkaplah Aryan ni, lagipun aku kawan dengan dia kan dah lama.. mestilah rasa selesa tu ade kan. Tapi.. aku rasa aku tak layak untuk dia yelah aku terlalu cantik untuk dia dan dia terlalu baik untuk aku. Hehehe gurau je jangan serang.

"Dahtu Icha takkan kau nak lepaskan dia macam tu je?" tanya Qurratu bengang.
"Yang kau nak marah apesal lak... Haish lelaki dalam dunia ni bukan seorang aku bolehlah move on tapi lambatlah.." ujarku sambil melihat satu poster besar di luar kafe.

"Ha! Tu kau nampak tu, hensem gak kalau camtu memang boleh move on lah aku...." ujarku sambil menunjuk jariku ke arah poster tersebut.

"Dia tu?! Haish aku bagitahu jelah kau takkan dapat dia punya " kata Qurratu.
"Asal lak?!"
"Dia tu artis baru masuk industri tau tapi nama dia fiuh dah masuk antarabangsa... Hensem ann"
"Hensem"kataku setuju
"Nama dia apa?"tanyaku lagi
"Dia? nama dia Arrian Haris sedap kan nama dia"
"Ouh Arrian Haris" ujarku tersenyum sambil menyedut air minuman. Senyum ku lebar bila mendengar namanya, eh Aisha asal cepat sangat kau move on ni.

Lepas kami berborak di Kitty kafe, kami pun pergi keluar dari pusat membeli-belah. Nampak saja pintu keluar aku berhenti, aku ternampak seseorang yang aku kenal di dalam restoran.

"Hehehe siap kau" tanpa melengahkan masa aku terus ke sana meninggalkan kawanku di belakang.

"Eh Icha nak pergi mana? Oit pintu keluar kat sana lah..." jerit ayu.

Aku masuk saja di dalam restoran itu terus aku pergi ke arah target aku. Ternampak dua orang berbeza jantina duduk saling berhadapan.

"Ekhemm"
"Sorry ya menganggu cik abang tapi.. girlfriend cik abang ni.. tak bagitahu saya pun nak balik sini..." ujarku mencelah.

"Eh sape ye tak kenal lah" kata perempuan itu.
"Ouh nak mintak sedekah eh nah ambik" ujarnya menghulurkan duit berharga RM 20.

"Maaflah ya cik saya ni tak main 20 ni saya main 100 ke baru saya lari.."

"Hahaha high standard betul pengemis zaman sekarang eh? hahaha"ujar perempuan itu sambil tersenyum ke arah teman lelakinya.
Dia terus menarik kepalaku "Woi ambiklah pastu blah dari sini, kau jangan ganggu date aku weyh"
"Tak guna punya kawan, balik nanti siap kau"ujarku terus keluar daripada restoran itu.
"Dah jom"
"Kau pergi mana?"
"Tadi aku kacau date Tikah ade ke patut balik sini tak bagitahu aku "
"Ouhh Tikah kawan lama kau ye "
"Aah"

"Sape tadi tu wak ? "
"Skandal saya "
"What ?!"
"Ya skandal saya.. dia dapat tangkap saya ngan awak sooo kita putus"

Keluar saja atikah daripada restoran, atikah mencari telefon bimbit di dalam begnya dan terlanggar seseorang .
"Woi buta ke?! Mata mana mata"
"Sorry bang saya nak cari telefon saya tadi"
"Haish nasib baik takde pape dah aku blah"
"Eh abang! "
"Apa lagi ?!"
"Nak mintak nombor sebagai tanda terima kasih"
"Asal lak!? Aku tak buat apa-apa pun?”
"Alah tanda terima kasih sebab sudi langgar saya...."
"Gila" ujar lelaki itu berjalan mengendahkan permintaan Atikah.
"Woi Adam tunggu lah aku kejap, kau ni laju betullah" seorang lelaki menjerit mengejar lelaki yang melanggar Atikah tadi.
"Ouhh Adam, hehehe my new target "

IMBAS KEMBALI

Aku, ayu dan Qurratu berada di belakang bangunan sekolah .
"Wei sies ah kau nak ponteng weih takut aku" tanya aku kepada ayu.
"Alah sekali je pun esok insaflah balik"kata ayu memujuk.
"Eh aku takutlah kang bukan manusia yang datang benda lain duk sebelah kan..."kata Qurratu.
"Eish kau ni aku kata sekali jekan"
"Nah ambik makanan ni. Aku bawak daripada rumah" ujar ayu lagi sambil mengeluarkan makanan ringan di dalam begnya.

"Ekhem kenapa tak ajak kitaorang sekali?" tanya seseorang.
"Alamak! Kita kantoi dowh asal pengawas boleh ada kat sini, selalunya mana ada orang lalu lalang kat sini..." bisik ayu.
"Dah bangun, ikut kitaorang" arah pengawas itu. Kami semua bangun dan terus menyimpan balik makanan ringan di dalam beg ayu.
"Okay, macam ni aku kira sampai tiga kita lari tau.." arah aku berbisik.
"okay 1... 2....3! Larii" pecut kami berlari naik keluar daripada bangunan sekolah.
"Weih Zul kau jaga budak ni aku pergi kejar dua orang tu"
"Haaa goodluck yan"

"weih" jerit Qurratu sambil berlari
"Apa?!"
"Ayu takde weih"
"Apa?! ahh biarlah dia, sekarang kita kena lari jugak"
"Woi jangan larilah"
"Alamak pengawas tu kejar kita lagi pecut cepat"

Pang
"Adoiii" ujarku sakit kerana terlaggar tiang elektrik manakala Qurratu meneruskan larian pecutnya
"Sejak bila tiang elektrik ada kat sini ni"
"Huh dapat pun awak, nak lari mana haha?"
Alamak tak boleh jadi ni.. aku kena buat sesuatu gak ni...
"Sa.. saya nak lari dalam hati awak "
"No telefon saya 019-*******"
"Na.. nama saya Aisha "
"J.. jom couple"
Haish apa kau merepek ni Icha
“Apa awak merepek ni?!”
“Nak tahu nama”
"Hurm nama saya Aryan, masalahnya sekarang ni saya tak tanya pun nama awak, dah bangun aku takde masa nak layan kau ni"
"Haish orang bangunlah ni eleh bukan hensem pun banyak cekadak"

Sementara.........
"Ha, apa nama kau?"
"Saya?!"
"Eh taklah hantu belakang kau tu"
"Hehe saya ayu"
"Nanti bagi nama penuh, saya nak berlatih untuk akad nikah kita nanti"
"Boleh bang, nama anak cucu kita pun saya bagi nanti"
"Boleh saya bawak jumpa mak ayah saya dulu ya"
"Kejap eh "
"Kenapa?"
"Kejap" ayu terus mengeluarkan telefon di dalam beg sekolahnya dan terus mendail ibunya
"Assalamualaikum mak"
"Ha apa kamu telefon mak masa ni hah "
"A.. ayu nak kahwin mak!!" jerit ayu terus menutup panggilannya.
"Jom " ajak Zulfa,
"Pergi pejabat guru disiplin ke? Saya taknak"
"Bukanlah nak pergi pejabat agama jom kita nikah"

"Ehm gais aku nak buat apa ni gais" tanya Qurratu sendirian.Dia berada di pagar belakang sekolah untuk panjat keluar daripada sekolah.
"Author ni memang nak buat aku single ke ape hah?!"

..............................
Assalamualaikum dan salam sejahtera

➜Haaaa siap juga bab 6 ni, harap korang suka lah dengan bab ni kalau ada kekurangan saya minta maaflah ye.

➜Nanti saya akan update bab 7 ( ◜‿◝ )

Sekian
18JAN2021

MY LIFE (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now