BAB 10

18 4 0
                                    


Tok tok tok
Bunyi pintu bilik diketuk, Aisha terus masuk ke bilik abangnya angah.

“ Iya wahai adik tercintaku.. ada apa datang masuk ke bilik hamba ini” ujar angah yang sedang bermain telefonnya di atas katilnya.
“Beta mahu mencuri satu hoodie tuan hamba untuk beta pakai”
“Tak boleh, asal tak pinjam yang Achik ke Along ke asal angah”
“Alooo bolehlah ngah janganlah kedekut sangat ngah.. lagipun sharing is caring”
“Caring... Caring... Ah takde-takde pergi-pergi, jangan kacau angah nak main game ni” halau angah
“Ceh ada orang kisah” ujar Aisha terus ke arah almari angah dan mengambil satu hoodie di dalam almari.
“Terima kasih ngah ”ujar Aisha terus keluar daripada bilik angah
“Ei budak ni, orang tak bagi, dia pergi ambik jugak baik tak payah minta izin” bebel angah sendirian.

Sebelum Aisha sampai ke biliknya, Aisha berjumpa dengan Achik.

“Ha.. sini pun adik ”
“Kenapa chik?”
“Ouh tak nanti kalau adik nak turun adik pakai tudung tau ada kawan Along kat bawah”
“Okay chik terima kasih” kata Aisha terus masuk ke dalam biliknya
“Sama-sama”

Selepas siap memakai baju dan tudung Aisha terus ke bawah rumah ke arah ruang tamu. Dia ternampak seorang lelaki berpakaian hitam duduk di atas sofa berhadapan dengan televisyen bersama Along disebelahnya.

Idea nakal terus terlintas dia dalam kepala Aisha dia menyeringai sebelum berlari ke arah Along dan terus mengejutkan alongnya.
“Bwaaaahh !”
“Oi ibu jatuh bot ”
“Hahahaha sejak bila ibu naik bot ni long ”Ujar Aisha terus duduk diatas sofa.

“Eiiii adik ni memang nak suruh along sakit jantung ke apa hah?”
“Alololo janganlah marah long adik saja je ”
“Saja - saja ketuk kepala kan ”
“Eleh long macamlah berani”
“Lah sejak bila along tengok drama ni” sambung Aisha lagi

“Saja nak tengok pelakon terkenal ni yang orang duk kata hensem sangat ”kata abang sambil menyikut kawannya disebelah
“Yang kau ni apasal tutup muka bagai” tanya along berbisik kepada kawannya.
“Alah biar akulah ”

“Ouhhh abang tengok si Arrian ni eh ”
“Kenapa? terpikat dik oi ”
“Takde lah muka camtu berlambak je kat luar ”
“Eleh yelah tu kata jelah adik suka”
“Ish tak ada maknanya lah buat apa kejar artis-artis ni bukan dapat untung, bala adalah ”
“Eh asal pulak ?”
“Yelah kan peminat dia kan ramai taknak lah nanti kena bunuh ke, kena santau ke mana tahu, adik nak hidup lama lagi tau ”

”Hahahahaha, nampak sangat adik kau banyak tengok drama ni” bisik arrian kepada Along

“Diam ah kau aku tak restu kau dengan adik aku kan ”
“Rilek ah bro kau ni jangan ah camni kau tak kesian kat aku ke?”

“Apa bisik-bisik dua orang tu kutuk adik lah tu” celah Aisha
“Mana ada, tak berani Along kutuk adik Along sendiri, macam tempah maut tau”
“Ceh tahu pun”

“Wei aku pergi dapur kejap tau nak ambil air untuk kau”
“Haa Along alang-alang tu ambillah untuk adik sekali ”
“Ish yelah-yelah ”
Ujar Along terus ke arah dapur.

“Ekhemm assalamualaikum, awak ni siapa eh? Jarang kawan Along datang sini lepak” tanya aisha kepada arrian.

“Waalaikumussalam, saya? alah nampak tak orang dekat tv tu” jarinya menunjuk ke arah televisyen yang sedang memaparkan babak hero di dalam drama kau cinta ibuku aku cinta ayahmu. Ye nama drama ni pelik sikit tapi nak buat macam mana penulis skrip drama tu dah tak ada tajuk lain dah... Kesian penulis tu .

“Ye saya selama saya hidup alhamdulillah tak buta lagi awak, jadi saya nampak ”

“Haaa kan awak kata muka dia berlambak kat luar kan jadinya saya salah satunya lah ”

MY LIFE (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now