BAB 8

24 3 0
                                    


Hari ini, aku berada di rumah ayu sempena majlis pertunangannya yang akan berlangsung tengahari nanti.
Ramai sanak saudara berkumpul, bergotong-royong menjayakan majlis ini.

Aku, Qurratu dan ayu berada di dalam bilik tidurnya sedang berbual-bual bagi menenangkan perasaan ayu yang sekarang ni tengah gementar. Padahal tunang je pun..

“Haish kawan aku yang pendek ni.. nak tunang dah, tak caye aku, dulu kecik je sekarang pun sama pembesaran masih terbantut”kata Qurratu sedih.

“Alah lek ah tunang je pun” kata ayu menyampah
“kau rilek-rilek, kau tak tahu kita dah lama kawan, kita ni macam gam dengan kertas mana ada aku situ ada korang”kata Qurratu lagi
“Eii peribahasa cap ayam mana kau pakai ni...”tanya aku.
“Mana lagi.. Atikah lahh”
“Kau jangan jadi gila macam dia eh”

“Kau janji eh walaupun kita kahwin ke, anak banyak mana pun kita tetap kena bersama-sama tau” kata Qurratu
“Maksud kau?” tanya ayu
“Walaupun kita kahwin tarikh lain-lain ayu kena tunggu dulu jangan mengandung lagi.. ”
“Woi.. kau ni agak-agaklahh”
“Hehehe saja je janganlah marah”
“okey camni” kataku mencelah
“Walau apa pun terjadi.. kita tetap sama-sama tau... Aku akan ingat korang sampai aku tua.. koranglah sahabat sejati aku” ujarku lagi sambil memeluk mereka berdua.

“Aww jangan buat aku nangis, nanti cair mekap aku”kata ayu
“Kalau aku pergi dulu korang janji eh korang kena kuat”kata Qurratu sedih
“Woi janganlah cakap benda-benda macam ni aku sensitiflah”kata ayu marah
“Aku kata benda betul kot, kita tak tahu bila kita mati, tak kira usia semua mati” jawab Qurratu
“Wei tak yah lah Cite pasal mati-mati ni, sekarang ni kawan kau nak kahwin kot” kata aku. Aku kalau bab-bab mati ni mesti berdebar.

“Kau tahu.. aku dulu sebenarnya tak yakin pun dengan persahabatan kita”
Kata ayu
“kenapa?”
“Sebab biasanya lepas sekolah menengah je .. mesti semua orang dah ada kerja sendiri, ada hidup masing-masing, masuk universiti lain-lain, mestilah busy kan dengan universiti tu.. dapat kawan baru.. camne aku nak percaya dengan persahabatan?”
“Tapi.. tu dulu lahh aku bersyukur sangat dapat berkawan dengan korang semua, tanpa korang aku mungkin masih lagi terkial-kial takde kawan hurmm”

“Alah kita kan kawan kenalah saling tolong menolong apa yang penting” ujarku
“Kerjasama”Sambung Qurratu
“Haish orang cakap pasal benda lain kau cakap benda lain”
“Biarlah.. kau tu tetiba buat ayat sedih ingat aku tak sedih ke?”
“Yelah-yelah”

“Amboi anak dara, tak keluar kubu lagi eh nervous sangat ke ?” celah seseorang, aku alihkan kepala aku ke arah pintu bilik

“Alah mak mestilah orang nervous”
Kata ayu meleret
“Eii tak lama lagi nak jadi tunang orang, manja lagi dahlah pendek”ujar mak kepada ayu sambil berjalan ke arah kami yang sedang duduk di atas katil.
“Hesh mak ni... biarlah orang nak manja-manja ngan mak” ujar ayu sambil memeluk maknya.

Keluarga Zulfa dah datang tepat pukul 2:35, mereka sedang berada di ruang tamu dengan keluarga ayu.. aku dan Qurratu hanya mengintip dari celah pintu bilik Kakak ayu yang berada di bawah rumah dekat ruang tamu, jadi kitaorang bolehlah dengar apa diorang cakap kan.. Zulfa tak datang hari ini sebab ayah ayu tak suka kalau lelaki datang waktu bertunang, tak manis katanya, jadinya Zulfa tengah duduk kat rumah jelah ditemani dengan Aryan.

“Hurgh asal lama sangat ni tunang je pun”jerit Zulfa di dalam ruang tamu rumahnya
“Apa kau ni.. ayah kau baru pergi tadi tau”
“Alahh kau rasa ayu pakai baju warna apa? Pink? Putih?”
“peachhh” jawab Aryan geram
“Kau tahu dari mana ?”
“Ya Allah.. ig Aisha lahh dia post”
Zulfa terus bangun berjalan ke arah bilik
“woi nak gi mana? ”
“Nak tukar bajulah ”
“Asal lak ?”
“Lahh.. aku nak sedondon dengan ayu biar sweet gituw”
“Oit takde-takde sweet nya orang bukan nampak kau pakai sedondon pun, kau duduk kat rumah jekan mari duduk sini”ujar Aryan ni
“Kau ni tak rock ah ” ujar Zulfa sambil duduk di atas sofa,
“Rock ape rock, aku baling batu kat kepala kau kan biar bengong kau setahun”
“Eii kau ni tak sayang kawan ke ?”
“Tak ”
“Kau bila lagi ?”
“Aku ?”
“Tunggu jelah jodoh aku datang ” sambung Aryan lagi
“Gila ke nak suruh perempuan datang masuk minang kau”
“Aku takde rasa lagi nak kahwin”
“Kalau kau nak kahwin kau bagitahu aku, aku ada calon untuk kau”
“Sape ?”
“Aisha ”

MY LIFE (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now