Arrian dan Qayyum sedang menunggu pesanan mereka siap di meja makan sambil berborak.Hari ini hari dimana Qayyum, abang kepada Aisha akan berlepas ke China. Mereka berdua berada di kafe di dalam lapangan terbang untuk membeli air kopi dan roti untuk Qayyum bersarapan akibat dia tidak sempat makan di rumah. Manakala Aisha di bangku di dalam lapangan terbang bersama keluarganya menunggu Along dan arrian .
Muka sedih terpancar di muka Aisha kerana alongnya yang akan pergi ke negara lain tanpa dirinya.
"Alah dik janganlah sedih-sedih, angah dengan Achik kan ada" kata angah merangkul bahu adiknya.
"Betul betul betul" sahut Achik setuju
"Ceh angah dengan Achik mana ada masa adik sedih, asyik hilang je.. yang ada pon si Along tu je"
"Hehe" Achik menggaru belakang tengkuknya yang tidak gatal.
"Nak buat macam mana, adik asyik sedih masa angah kerja"
"Alasan, Along sibuk mana pun dia tetap ceriakan adik tau"
"Oloo oloo yelah disebabkan Along tak ada, angah dengan Achik yang akan jaga adik ni okay"
"Hurm yelah tu.." Aisha menggulingkan matanya tanda meluat.
"Ni adik kesayangan along ni kenapa sedih-sedih hurmm" sampuk along
"Sedihlah, orang tu nak tinggal kita dekat sini"
"Olohh adik ni macam suami nak tinggalkan adik pulak, Along kamu tu bukan lama sangat pon pergi.. kalau siap awal dia baliklah awal" celah ibu Aisha.
Aisha terus menarik lengan alongnya untuk bercakap dengan alongnya.
"Adik nak apa?" tanya along hairan
"Along kena janji yang Along balik cepat tau ""Iyaa Along janji"
"Pastikan Along balik tanpa tangan kosong tau"
"Iyaa.. dah tu je?"
"Iyup" "dah shuh" aisha menolak tubuh Along kembali ke keluarga di belakangnya."Ingat jaga diri baik-baik kat sana, situ negara asing, solat jangan tinggal......" Bebel ibu yang sedang memeluk Along dengan kuat.
"Dah lah anak kamu nak pergi dah tu.. jangan lama sangat kan tertinggal flight" celah Encik Adha
"Yelah" ibu pon melepaskan pelukannya, selepas saja Along menasihati angah dan Achik dia terus memeluk sahabatnya, Arrian dan berbisik ke telinga Arrian.
"Kau tolong jadi mata untuk aku, jaga adik aku baik-baik, jaga hati dia, kau tolong gembirakan dia sementara aku tak ada, kau sorang je yang boleh aku minta tolong selain adik-adik aku tau"
"Iyolah kau ni.. tapi aku tak boleh janji dengan kau yang aku akan ada selalu dengan adik kau. Iyalah kan aku cuti 1 bulan je bukan lama pon"
"Hish kau ni yelah tak jadi nak emo"
"Dah pergi ah kau meluat aku tengok muka kau lama-lama bila dekat macam ni"
"Tertarik ke bro Sorrylah aku minat perempuan je tak minat laki ni"
"Err tepilah kau" Arrian menolak bahu Along sedikit jauh darinya.
"Dah Along pergi dulu lah kalau macam tu" Along mengambil beg rodanya yang berada di kerusi.
"Bai bai, balik cepat tau, love you" kata Aisha dengan muka menahan tangis
"Hehe love you too" celah Arrian
"Aip" tegur Along sambil menunjukkan penumbuk. Sebelum Along masuk ke balai pelepasan, Along mencium pucuk kepala ibu dan Aisha.
Setelah Along hilang dari pandangan Aisha dan keluarga pergi ke tempat parking kereta bersama Arrian.
YOU ARE READING
MY LIFE (SLOW UPDATE)
General FictionMengisahkan tentang kehidupan Aisha yang terpaksa kehilangan kawan baik, dan perjalanannya yang perit hingga dia berkahwin dan menjadi novelis terkenal. Icha kau kena janji tau yang kau takkan pernah lupakan kawan baik kau ni-Ayu Ish kau ni memang t...