Aisha bersama Along menghantar Arrian ke depan pintu." Haish Arrian saya memang betul-betul minta maaf pasal kawan saya tu, diaorang memang macam tu, gila sikit" kata Aisha meminta maaf kepada Arrian
"Weyh Icha aku dengar tu.. gila-gila ni jugak lah yang nak kawan dengan kau tau" jerit Zulfa dari dalam rumah.
"Kau senyap, aku tutup mulut kau dengan stapler kan" kata Aisha
"Takpe, lagipun saya lama dah tak ketawa macam tadi maklumlah kawan saya Along awak sorang je"
"Takpe bro kalau ada masa luang datanglah lagi sini, walaupun aku tak ada adik aku ada" ujar Along sambil mengenyitkan mata
"Auch sakit adik" jerit Along apabila Aisha mencubit lengannya.
"Tahu pun jangan buat perangai""Hahahaha takpelah Qay, Isha aku balik dulu eh" kata Arrian terus masuk ke dalam kereta nya
"Ha baliklah takde sape nak halang"
"Ish Along ni kan" marah Aisha"Ye aku baliklah ni assalamualaikum" ujar Arrian dari dalam kereta, dia melambai ke arah Aisha dan Qayyum.
"Waalaikumussalam" ujar Aisha dan Along serentak sambil melambaikan tangan mereka.
############
"Arrian dah balik dah ke " tanya Qurratu
"Dah balik dah" kata Aisha terus duduk disebelah ayu ."Ni memang dah tak ada kerja ke datang rumah aku ni?" tanya Aisha
Biskut di atas meja dihadapannya diambil dan terus dimasukkan now dalam mulutnya."Kau ni, kan, tiga haribulan sebelas kan hari jadi aku, jadinya aku nak sambutlah " Qurratu terus bersandar pada sofa dan bersila untuk menyelesakan dirinya, sementara yang lain hanya mendengar sambil mata menonton televisyen.
"Dahtu kat mana?"
"Kat pantai Tanjung, ayah aku tolong tempah resort untuk kita sambut kat sana, pastu aku nak kita-kita je sambut"ujar Qurratu sambil tangannya menyuap makanan ke dalam mulutnya."Oh lima ketul ni jelah?"
"Iyup, aku nak spend time masa dengan kawan-kawan aku sebelum budak tenuk dua orang ni kahwin"
"Yelah-yelah aku ikut je"
"Lagipun aku buat kat sana sebab kita semua kan memang suka pantai"
"Iya tahu.. aku pun dah lama tak pergi pantai ni""Ha Kau Icha asyik duduk rumah je takkan taknak kerja ?" tanya ayu
"Aku dah bincang dengan Yan nak hantar manuskrip novel aku kat penerbit"kata Aisha terus melihat ke arah Aryan yang duduk bersebelahan dengan Zulfa, apabila tersedar Aisha bercakap pasalnya Aryan terus memalingkan muka ke arah Aisha."Insyaallah, esok aku tolong"kata Aryan
"korang tolonglah doakan untuk aku supaya novel aku dapat terbit"
"Insyaallah"kata ayu dan Qurratu serentak, mereka berdua terus melihat ke arah Aryan dan memberi isyarat untuk berdoa."Dah tadah tangan" semua terus menadah tangan dan duduk dengan sopan.
"Bismillahirrahmanirrahim, Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya kami memohon agar kau permudahkanlah segala urusan kami Ya Allah, sesungguhnya kami mahu memperoleh kebaikan daripada mu Ya Allah, Ya Allah sesungguhnya kau maha mendengar ucapanku melihat tempat tinggalku, mengetahui lahir batinku, dan tidak ada satu urusan pun daripada urusanku yang tersembunyi daripada pengetahuanMu. Kau permudahkanlah segala urusan kawan kami Ya allah Amin" Aisha dan kawan-kawannya terus mengaminkan doa yang dibaca oleh Aryan.
"Insyallah dengan doa korang dapatlah aku jadi penulis novel terkenal"
"Kau lepas jadi terkenal jangan lupa aku tau" kata ayu sambil mengarahkan jari telunjuknya ke depan muka Aisha.
"Ish kau ni korang kan kawan aku, memang tak lah aku lupa, korang susah senang sentiasa ada dengan aku, dan sebab tu aku akan ada dengan korang sampai bila-bila"
"Auww aku terharu beb, meh peluk sikit" ayu, Qurratu dan Aisha terus berpelukan erat
"Aku nak join sekali"Zulfa terus membuka lengannya untuk memeluk mereka tetapi niatnya terkubur apabila belakang bajunya ditarik oleh Aryan,
" Kau jangan Zul, tahulah tak sabar nak peluk tunggu 1 bulan lagi"
"Lamalah... Yan"
"Dahtu kalau lama pergilah kahwin nanti"
"Taknak aku, nanti tak saja aku kena tembak dengan senapang patah atuk ayu"
"Tahu takut.. alah tunggu jelah 1 bulan tu tak lama pun, pejam celik pejam celik dah kahwin dah kau"
"Yelah-yelah" cemberut muka Zulfa.
YOU ARE READING
MY LIFE (SLOW UPDATE)
General FictionMengisahkan tentang kehidupan Aisha yang terpaksa kehilangan kawan baik, dan perjalanannya yang perit hingga dia berkahwin dan menjadi novelis terkenal. Icha kau kena janji tau yang kau takkan pernah lupakan kawan baik kau ni-Ayu Ish kau ni memang t...