BAB 7

16 4 0
                                    


Hari ini rumah keluarga aku, meriah dengan kedatangan sanak saudara dan kawan-kawan. Ibu membuat majlis secara kecil-kecilan di rumah sempena hari jadinya. Aku okey je sebenarnya kalau ibu aku nak buat majlis hari jadi pon aku tak kisah.
Tapi.. masalahnya sekarang ni...
“Asal rumah jadi warna pink ni ?!?!”
Jerit aku setelah keluar daripada bilik tidurku.

“kak ucu... boleh tepi sikit tak ? diva nak lalu” ujar seorang budak kecil. Erkk asal baju budak ni giler pink dengan bulu keliling tekaklah, manik-manik mekap pun ya Allah tebal sia pakai tepung ke ni ?!.

“Hello, escuse me, I nak lalu nampak tak karpet merah kat bawah ni untuk VVIP and you tak layak pijak tau”ujar budak itu lagi dengan pelat sambil menunjukkan karpet merah di bawah kakiku..Eii nak je aku ketuk kepala budak ni haih.

Weihhhh sejak bila rumah aku ada red carpet ni?!. Aku terus berlari ke bawah mencari ibu. What!! Asal semua pakai baju pink niii ?!

Aku terus berlari ke arah ibu yang berada di dapur, belum sempat aku bertanya soalan kepada ibu seseorang mencelah
“Haih lah anak dara kau baru bangun ke lah?”
Alamak ni bala... memang bala orang yang paling aku tak suka ada kat sini haih.

“Eh taklah mak lang.. saya bangun daripada pukul 3 tadi je cuma saya taknak lah riak an ”

“Orang kalau kebaikan dia tak bagitahu kat orang sebenarnya.. tau”

“Iya mak lang saya jahat anak mak lang je yang baik”

Aku terus duduk di sebelah ibuku yang sedang mengupas kulit bawang di atas lantai.
“Ibu asal semua jadi warna pink ni?”
Tanyaku hairan.
“Alah tahun ni ibu nak buat tema lain sikit biar comel gituw ”
“Comel apa Gini mak, geli tahu tak eii”
“Biarlah hari jadi mak bukan kamu”
“Tapi masalahnya sekarang ni, ibu dah tua tau. Ape buat hari jadi lah pink-pink bagai.. macam budak-budak”
“Biarlah... daripada hari jadi kamu tahun lepas warna hitam je.. nak buat majlis berkabung ke?”
“Ish malas layan ibu baik orang pergi kat luar huh”aku terus bangun ingin keluar rumah
“Aik anak dara lepas datang blah macam tu je bukan nak tolong ke ape..”
“Huh macam Nilah mak lang ya ini rumah keluarga saya bukan rumah mak lang. Saya nak tidur ke, saya nak berdisko kat ruang tamu ke, ikut suka hati saya lah rumah keluarga saya bukan rumah mak lang”
“Huh cakap macam mak lang ni takde rumah asyik atur orang je tahu” ujarku lagi sambil berjalan keluar daripada dapur. Aku bukannya nak biadap ke apa, tapi mak lang ni macam anti gila dengan aku nampak aku buat baik sikit, dia kata aku riak nampak aku tak buat kerja sikit, kata aku pemalas ha sekarang ni siapa tak marah?!.

“Lah, macam mana kau ajar anak kau lah sampai boleh kurang ajar macam tu?” ujar mak lang berang.
“Aku ajar dengan kasih sayang lahh”
“Kasih sayang apanya, dengan orang tua pun tak reti hormat”
“Dia tak hormat dengan orang yang tak reti bahasa je lang, ha macam kau ni, mulut celupar semua benda kau dengan anak kau buat betul anak aku tu semua salah, pirrahh”

Keluar daripada rumah aku terus menerpa ke arah ayu dan Qurratu yang sedang berborak di pondok rumahku.
“Woi asal korang tak pergi tolong memasak ni, banyak cantik goyang kaki pulak kat sini”
“Hello cik Icha... kitaorang ni tetamu. Mana ada tetamu tolong masakkan untuk tuan rumah” kata ayu, aku terus duduk di sebelah kanan Qurratu yang tengah bermain dengan baby.
“Qurratu bak sini baby aku”
“Ayu kata jelah kau tak pandai masak senang cerita” tambahku lagi sambil mengusap kepala baby yang duduk di ribaku.
“Eleh kau tu tak masak jugak kan”
“Aku... Kau pernah dengar tak aku masak? Tak kan.. Maggi pun abang aku tolong masakkan”

“Tapi.. mulai esok Aisha kenalah pandai masak... macam mana nak jadi isteri abang kalau tak reti masak” celah seseorang

“Aku nak kahwin dengan kau? hahaha memang tak ahh.. walaupun semua lelaki ditakdirkan jadi pondan dan kau sorang je tinggal yang jadi lelaki aku rela single tau” ujar aku.
“Sampai bila aisha nak tolak cinta abang ni tak kesiankan abang ke?”
Haish ni aku benci ni... asyik-asyik cinta.

“Hahaha kau ambiklah Qurratu ni ambik jadi isteri kau macamlah perempuan dalam dunia ni makin sikit” ujarku sinis
“Woi aku taknak woi..” bisik Qurratu ditelingaku.
“Alah... kau pon single, abang Awish pon single ok lah tu..”
“Huh kau ingat drama TV17 ke ha paksa kahwin mula-mula benci lama-lama jadi suka camtu?”

“Abang, orang dah tak nak tu.. takyah lah kejar.. lagipun huh, bukan cantik sangat pun, air liur basi melekat lagi kat tepi mulut tu” celah Kalisha adik kepada Awish. Hah budak dua orang ni anak mak lang sebiji perangai memang mantap ah anak-anak mak lang ni.

“Eiii Aisha alihkan kucing kau daripada aku ni geli siaaa” arah Kalisha, baby menggesel kepalanya ke kaki Kalisha.

“Biarlah dia, kucing pun geli penakut”
“eiii larilah” ujar Kalisha sambil menyepak baby dengan kasar, aku terus mengambil baby daripada Kalisha.
“Weih agak-agak ah nak sepak kucing pon, kalau tak suka tak yah lah sampai camtu sekali”marahku

“Entah.. kau ni takde usus perut ke ha ?! Nak sepak kucing bagai, aku pun geli kucing tapi taklah sejahil kau” celah Atikah dari mana entah datang budak ni.

“Ehm Tikah hati perut Tikah, bukan usus perut..”
“Ouh salah eh? Ahh biarlah dan kau tak layak untuk Aisha aku” tegas atikah sambil menunding jari kepada Awish .

Mereka berdua terus meninggalkan kami apabila mak lang memanggil mereka berdua.

“Ha kau datang sini apesal?!” tanya aku kepada Atikah.
“Mak kau telefon aku ajak makan-makan... lagipun nanti aku nak buat acara menarik sikit”
“Apa?” tanya ayu
“Haaaa.. nanti aku dah siap aku ajak kau tau aku culik kawan kau kejap eh”
Haa ambiklahh lama pun tak apa
Tak guna punya kawan

Abang Ayan kejarlahh tak takut pun..
Ouh tak takut erh Hwargh
Waa lariiii
Aku tersenyum melihat gelagat budak-budak yang dikejar oleh Aryan, nampak tak isteri mithali disitu eh suami hehehe.. Hurmm Aryan-Aryan kenapalah Kiut sangat ni.. geram gue

Tak lama selepas itu..
“Icha jomlah masuk Atikah dah siapkan semuanya” jerit Qurratu dari dalam rumah.
“Yaaa aku datang ni” aku terus bangun dan masuk ke dalam rumah nak tengok sangat suprise apa Atikah buat ni...

Sekarang ni aku berada di ruang tamu, haih menyesal aku ikut si Atikah ni rupanya acara menarik dia, malu aku.. aku buat-buat tak kenal jelah budak ni...

Eak Eak
Eak Eak
Eak Eak
Eak Eak
Eak Eak

“Aseminggu sekali kau datang padaku membawa cinta yang suci...” nyanyi Atikah sambil menari,

“Amboi-amboi enak, amboi-amboi enak” nyanyi ayu dan Qurratu

“Seminggu sekali ku dimanja-manja dan disayang-sayang dirimu”

“Amboi-amboi enak, amboi-amboi enak” sambung yang lain

Haih nak karaoke rupanya si atikah ni... dahlah lagu dangdut je dari tadi.. orang lain boleh pulak join sekali. Apalah nasib gue..

Tapi..
Nasib baik majlis hari jadi ibu meriah.Masa semua berkumpul untuk ambil gambar memang nampaklah aku paling menonjol kat situ sebab aku sorang je pakai baju warna hitam.Memang tak ah aku join sekali pakai baju pink aku join kira baik pe ...

.……………………

➜ Haa siap pun bab 7 harap korang terhibur dengan bab ni..

➜Ada watak baru tapi.. sekejap je diaorang ni...
→Mak lang Awish dengan kalisha, haih tiga orang tu memang hidup tak menyusahkan orang memang tak sah.

➜Ouh satu lagi dekat atas ada saya letak lagu Mas Idayu yang Atikah nyanyi tuu... Kalau korang nak dengar hehe dengarlah..

Sekian
18JAN2021

MY LIFE (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now