BAB 5

534 13 1
                                    

Sejak kejadian dua hari lepas, abang Badrul langsung tak nak tegur aku. Malam tu, masa dalam bilik, dia ada marah aku sebab masuk bilik Hakimi. Esoknya dia langsung tak nak bercakap dengan aku. Bila aku tanya, dia diam je.

Hakimi pun sama. Aku cuba minta maaf kat dia tapi dia buat bodoh je. Dia cuba mengelak dari aku lagi ada.

Cuma abang Fadzil je layan aku dengan baik. Dia still tegur aku dan borak borak dengan aku macam biasa. Aku ada cerita pada dia pasal aku tumbuk abang Badrul pada malam tu. Dia pun terkejut dengan tindakan aku.

"Sabarlah Aswad. Diaorang still marah lagi tu. Dah sejuk sikit Aswad pergilah pujuk diaorang. Hakimi tu hati lembut. Dia mudah maafkan orang." Kata abang Fadzil ketika aku dengan dia sahaja berada di rumah.

"Tapi saya tak pandailah pujuk orang bang. Selama ni saya tak pernah pujuk abang Badrul. Biasa dia je banyak buat salah kat saya. Ni saya yang buat salah kat dia. Saya tak tahu nak pujuk dia macam mana. Hakimi pula saya tak kenal sangat. Lagilah saya tak tahu cara nak minta maaf kat dia."

"Nak pujuk orang ni senang je. Bagi je apa yang dia suka. Nanti terpujuk la hatinya tu. Pasal abang Bad tu, korang kan keluarga. Walau apa pun, korang takkan bermasam muka lama sangat punya. Paling kurang seminggu. Tapi try la minta maaf kat dia. Lama lama dia maafkan la tu." Ujar abang Fadzil.

Malam itu, sewaktu hendak tidur, aku terfikir kata kata abang Fadzil. Puas aku terfikir bagaimana mahu memujuk Hakimi dan abang Badrul. Tapi apa apa pun, aku kena pujuk Hakimi dahulu sebab aku yang menjadi punca pada malam itu. Kalau aku tak masuk bilik Hakimi, mesti benda tu semua takkan jadi.

Tiba-tiba aku teringat buku Fixi yang ada dalam bilik Hakimi. Aku yakin pasti Hakimi peminat buku Fixi. Jadi aku bercadang nak beli buku Fixi untuk Hakimi dan hadiahkan padanya. Dalam hadiah tu nanti aku nak letak surat minta maaf. Aku harap sangat yang Hakimi boleh terima hadiah tu dan terima permohonan maaf aku.

Pagi pagi lagi sebelum abang Fadzil pergi kerja, aku nyatakan apa yang aku fikir semalam. Abang Fadzil bersetuju denganku. Kemudian aku cuba pinjam kunci pendua bilik Hakimi sebab aku nak letakkan hadiah tersebut dalam bilik dia. Saja nak buat kejutan.

Mula mula abang Fadzil macam keberatan nak bagi aku kunci pendua tu. Dia risau kalau Hakimi tambah marah bila aku masuk bilik dia sekali lagi. Tapi bila difikirkan niat aku baik, dia bagi juga. Dengan syarat lepas aku letak hadiah, aku mesti terus keluar. Aku tak dibenarkan berada dalam bilik tu lama lama.

Tengah hari tu aku keluar dengan menaiki Grab ke kedai buku Popular yang ada di NU Sentral. Biasa novel Fixi banyak dijual di kedai buku tersebut. Aku tahulah sebab kawan perempuan aku ramai yang baca Fixi kat universiti tu.

Sampai saja di kedai buku Popular, aku terus mencari novel novel Fixi. Aku cari jenis jenis thriller atau seram atau penyiasatan saja. Aku tahu pasti Hakimi suka dengan novel Fixi genre begitu sebab dia ada banyak novel genre macam tu kat bilik dia.

Aku beli untuk Hakimi dalam lima buah novel. Bagi abang Badrul pula, aku beli untuk dia wallet dan wireless earphone. Aku sebenarnya tak tahu nak beli apa untuk abang Badrul sebab aku tak pernah amik tahu apa yang dia suka.

Lepas beli hadiah tu semua, aku pergi ke kedai cenderahati untuk beli pembalut hadiah. Kemudian aku jalan jalan cuci mata kat NU Sentral untuk habiskan masa. Balik rumah awal pun bukan ada apa. Puas berjalan, aku gerak pergi rumah kawan perempuan aku yang tinggal kat KL. Aku minta tolong dia balut hadiah tu untuk aku sebab aku tak pandai balut hadiah. Oleh sebab aku ni baik, aku upah dia RM20 sebab dia tolong balut hadiah aku.

Habis balut hadiah, aku balik rumah. Sampai rumah, aku tulis surat permohonan maaf untuk Hakimi dan abang Badrul. Aku tampal surat tu pada kedua dua hadiah. Kemudian aku masuk bilik Hakimi dan letakkan hadiah tu atas meja belajar dia. Setelah itu, aku tutup dan kunci pintu bilik tu macam biasa. Untuk hadiah abang Badrul pula, aku letak je atas meja solek dia. Abang Badrul memang suka pergi kat meja solek tu sebab ada cermin. Dia nak tengok otot otot yang dia bina kat badan tu menjadi ke tak. Kalau menjadi, dia akan ambil gambar dan upload dalam Instagram.

Aku tengok jam. Masa tu dah baru pukul lima petang. Ada banyak masa lagi sebelum Hakimi dan abang Badrul balik. Aku menunaikan solat Asar. Dalam solat aku berdoa supaya Hakimi dan abang Badrul dapat memaafkan aku. Dan aku berdoa semoga Hakimi dan abang Badrul tidak menolak hadiah yang aku bagi. Dalam pukul enam macam tu, aku turun ke medan selera untuk beli makan malam untuk makan di rumah.

Dalam pukul lapan lebih tu, Hakimi balik. Dia macam biasa tak pandang langsung aku yang tengah tengok TV kat ruang tamu tu. Menonong je dia masuk bilik dan kunci pintu. Aku biarkan je dia. Aku nak tengok apa reaksi dia bila tengok hadiah yang aku beli tu atas meja dia. Aku harap sangat dia suka.

Tak lama kemudian Hakimi keluar. Dia terus menuju ke arah aku sambil memegang hadiah yang aku beli. Nampak dia dah buka hadiah tu.

"Kau beli ea hadiah ni semua?" Serius saja muka Hakimi masa tu. Aku mengangguk perlahan. Aku rasa macam aku nak kena marah dengan Hakimi time tu.

"Dan kau masuk bilik aku lagi?" Aku meneguk liur pahit. Aku mengangguk lagi takut takut. Nampak Hakimi macam nak meletup time tu.

"Okay, aku maafkan kau sebab kau bagi novel yang aku suka. Tapi macam mana kau tahu aku suka novel Fixi?" Soal Hakimi.

"Sebab saya ada nampak ada banyak novel Fixi kat rak buku abang." Jawabku yang pada masa itu dalam kelegaan.

"Ohh...okay. Btw, aku pun nak minta maaf juga sebab tampar muka kau dua kali hari tu. Aku tak sepatutnya buat kau macam tu. Tapi tu la, aku terlalu ikut perasaan aku." kata Hakimi. Ada nada keikhlasan di situ.

"Takpe. Memang salah saya pun sebenarnya. Saya tak sepatutnya masuk bilik abang. Saya minta maaf sangat sangat." Ucapku dan kami pun bermaafan.

Di Mahligai Cinta Where stories live. Discover now