BAB 10

617 15 0
                                    

BAB 10

Sudah seminggu perkara itu terjadi. Hakimi pun sudah kembali seperti sedia kala. Aku bersyukur kerana Hakimi bukanlah jenis orang yang murung berhari hari lamanya. Balik saja dari Taman Tasik Titiwangsa tu, Hakimi dah ceria balik. Dia dah boleh senyum dan gelak macam biasa. Siap boleh bergurau dan buat lawak lagi dengan aku.

Hujung minggu tu, hanya aku dengan Hakimi je ada kat rumah. Abang Badrul dengan abang Fadzil keluar entah ke mana. Bercakap pasal abang Badrul, dia macam tak marah atas apa yang aku buat kat kawan dia tempoh hari. Dia jumpa je aku, dia tegur je aku macam biasa. Aku ingat dia nak marah sampai tak nak tegur aku berhari hari sebab aku kurang ajar dengan kawan dia, rupanya tak. Aku pun okay je la dengan dia. Tak tahulah kalau dia simpan benda tu dalam hati dia.

Macam biasa, bila Hakimi ada kat rumah, aku akan duduk berborak dengan Hakimi kat bilik dia. Macam macam benda yang kitaorang bualkan. Aku suka berbual dengan Hakimi. Meskipun Hakimi ni sekolah setakat SPM je, pengetahuan dia boleh tahan luas juga. Sudut pandang dia pasal sesuatu isu pun boleh dikatakan menyeluruh dan tidak sempit macam sesetengah orang. Aku rasa Hakimi ni banyak membaca bahan bahan dari Internet selain mambaca novel novel Fixi dia tu.

"Kimi, kau kata kau tak pernah melakukan hubungan seks kan dengan mana mana lelaki. Tapi bukan ke kau pernah main dengan Syakir?" Soalku. Sengaja aku timbulkan soal itu untuk menduga Hakimi.

"Haha. Aku saja je tipu kau. Takkanlah aku nak buka aib aku kat kau. Kan aib kita kan kita kena simpan. Tapi tu la, macam mana aku cuba simpan pun, akhirnya pecah juga. Haih." Hakimi kelihatan agak kecewa dengan dirinya kerana gagal menyimpan aib sendiri.

"Weyhh, tapi kau jangan bagitahu sesiapa tau. Aku rasa kau je tahu pasal benda tu. Tapi tak tahulah kalau Syakir ada cerita benda tu kat abang kau." Hakimi memberi amaran.

"Kau jangan risau. Rahsia kau selamat dengan aku." Balasku dan Hakimi tersenyum.

"Tapi kan Kimi, kau tak nak ke buka hati kau pada mana mana lelaki lain? Maksud aku, kau tak nak ke bercinta balik? Takkan sampai bila bila kau nak nak hidup dengan kenangan pahit kau?" Soalku.

"Haih. Entah lah. Aku pun tak tahu. Kalau aku nak bercinta pun, aku nak bercinta dengan siapa? Lagipun bercinta dengan lelaki ni dapat dosa tahu tak. Nabi tak mengaku umat nanti." Balas Hakimi.

"Kalau aku cakap, ada lelaki yang suka kau dan ikhlas mencintai kau sepenuh hati, apa kau rasa?" Aku menduga.

"Haha. Serius lah? Siapa lelaki malang yang suka aku tu?"

"Aku!" Tanpa ragu aku menjawab. Suasana sepi seketika. Hakimi seakan terkejut dengan apa yang aku perkatakan.

"Kau biar betul? Apahal pula kau tiba tiba suka aku ni?" Hakimi meragui aku.

"Entahlah. Tapi sejak aku kenal kau aku jatuh cinta. Aku suka dengan muka kau yang comel. Perangai kau yang lembut. Personaliti kau yang menarik. Sikap kau yang berdikari. Pengetahuan kau pasal sesuatu isu yang luas. Pendek kata, semua benda pasal diri kau aku suka." Luahku pada Hakimi tanpa segan silu.

"Haha. Aku tak percaya. Kau mesti main mainkan aku kan? Jangan bergurau weyhh benda benda macam ni." Hakimi masih meragui aku.

Tidak semena mena, entah keberanian datang dari mana, aku menarik kepala Hakimi mendekatiku dan aku lantas mencium bibir Hakimi yang basah dan lembut itu. Hakimi agak terkejut dengan tindakan aku. Mula mula dia tak respon apa apa. Tak lama lepas tu dia mula balas ciuman aku. Agak lama juga kitaorang bercium. Ciuman kami menjadi semakin hangat sampai aku dan Hakimi kehabisan nafas. Bila ciuman menjadi ganas, segera aku melepaskan bibir Hakimi. Aku sungguh puas dapat menjamah bibir merah jambu itu. Dah lama aku mengidam nak rasa bibir tu.

Di Mahligai Cinta Where stories live. Discover now