BAB 4

609 12 1
                                    

Malam Ahad itu aku dan abang Badrul berada di ruang tamu sambil menonton televisyen. Abang Fadzil keluar dengan kawan dia. Si Hakimi pula di dalam bilik.

Sejak pagi tadi dia asyik berkurung je dalam bilik. Kata abang Fadzil, Hakimi memang jarang nak duduk di ruang tamu nak tengok TV. Masanya habis dalam bilik je. Entah apa yang dibuatnya dalam bilik itu pun tak tahu.

Sedang aku dan abang Badrul tengok TV, tiba tiba nampak Hakimi keluar dari bilik. Dia pakai sweater tanpa dizipkan dan baju t shirt kosong warna biru gelap dan seluar track suit panjang. Kemudian dia menuju ke pintu rumah. Mungkin dia nak keluar agaknya. Fikirku.

"Woi bapok! Kau nak pergi mana?" abang Badrul memanggil Hakimi tapi Hakimi buat tak tahu je. Dia terus jalan menuju ke pintu rumah.

"Hoi bapok! Kau tak dengar ke aku panggil? Kau dah pekak ke?" Suara abang Badrul kedengaran keras. Nampak macam marah pun ada juga.

"Suka hati aku la nak pergi mana? Kau sibuk asal?" Hakimi kelihatan bengang. Dia berdiri di depan pintu bilik dia sambil memandang ke arah abang Badrul.

"Kau mesti nak pergi menyundal kan? Jual bontot kat lorong. Haha." kata abang Badrul yang sedang duduk sambil meriba bantal strawberry yang besar di sofa. Tergaris senyuman jahat di mulutnya.

"Kau ni apasal biadab sangat? Aku nak pergi menyundal pun apa kau kesah?" kata Hakimi tak puas hati. Kemudian abang Badrul pergi ke arah Hakimi dan berdiri di depan lelaki itu.

"Jadi memang betul la kau nak pergi menyundal jual bontot? Berapa ye harga bontot kau? RM50 ke?" Abang Badrul semakin giat menyakat. Hakimi hanya diam sahaja. Pandangan tajam dihalakan kepada abang Badrul.

"Apa kata kau jual je bontot kau kat aku. Aku bayar RM10 pun cukuplah. Bontot kau bukan sedap sangat pun. Okay tak? Kalau okay jom masuk bilik aku." Senyuman sinis tersungging di bibir abang Badrul. Aku yang menjadi pendengar masa tu turut terkejut bila abang Badrul cakap macam tu kat Hakimi. Bagi aku apa yang abang Badrul cakap tu dah melampau.

Aku tengok mata Hakimi yang tadinya kelihatan marah mula berkaca. Nampak dia rasa sedih dengan penghinaan yang abang Badrul bagi kat dia.

"Asal? Kau tak puas hati dengan aku? Kau nak pukul aku? Pukul la!" abang Badrul menghalakan pipi kanannya kepada Hakimi. Sengaja dia mencabar lelaki itu untuk memukulnya. Dia tahu Hakimi takkan berani. Siapa yang berani pukul Badrul? Badan dia yang berketul dan berurat tu pun dah buat orang gerun.

"Haha. Kau sedih ke? Sian kau. Aku tahu mesti kau geram dan benci gila kat aku kan? Tapi kau tak boleh buat apa apa sebab aku lagi kuat dari kau. Haha." abang Badrul ketawa sambil menepuk lembut pipi kiri Hakimi beberapa kali. Kemudian dia pam bicep dia supaya timbul.

Oleh sebab Hakimi dah tak tahan, dia terus keluar dari rumah. Badrul apa lagi, gelak sakan dia kat situ. Dia betul betul seronok dapat menghina dan mengejek Hakimi. Entah apa yang seronok hina dan ejek Hakimi tu pun aku tak tahu.

"Kau ni tak baik tau buat dia macam tu. Apa salah dia kat kau sampai kau nak hina dia?" Aku meluahkan ketidakpuasan hati aku pada Badrul yang sedang berjalan kembali ke sofa tempat dia duduk tadi.

"Saja. Aku suka sakat dia. Haha." Aku hanya mampu geleng kepala je tengok perangai abang sulung aku ni.

....

Pagi Isnin tu macam biasa semua orang keluar bekerja. Hakimi pukul lima pagi dah keluar tunggu bas kilang ambil dia bawa pergi kilang. Aku tahu ni pun sebab abang Fadzil bagitahu aku semalam. Abang Fadzil pukul 7.30 pagi dah bertolak dari rumah ke pejabat. Abang Badrul pula keluar rumah pukul lapan pagi tadi. Katanya ada sesi dengan client kat gym pukul sembilan.

Di Mahligai Cinta Where stories live. Discover now