BAB 3

683 13 1
                                    

Pagi tu dalam pukul 6 aku bangun. Aku mandi dan menunaikan solat Subuh. Abang Badrul masih tidur lagi. Dia tak solat. Aku pun malas nak tegur dengan perangai dia yang suka tinggal solat tu. Kalau mama dengan papa tahu, mesti diaorang marah.

Aku malas nak kejut dia. Kalau aku kejut pun bukan dia bangun. Silap silap hari bulan aku kena marah dengan dia. Jadi aku biarkan dia. Dia pun dah besar. Dosa dia tanggung sendiri.

Semalam nak dekat pukul 11 baru dia balik. Dia kata dia ada photoshoot. Abang Badrul ni, selain jadi personal trainer, dia pun jadi model sambilan juga. Maklumlah, orang hensem dan sado, dapatlah jadi model.

Aku bukan nak cakap apa la. Aku ni pun hensem juga. Kalau tak, takkan berebut perempuan nak kenal dengan aku kat fakulti tu. Tapi sebab aku ni malas melayan, jadi sebab tu la sampai sekarang aku single. Kalau aku nak, aku boleh je ambil mana mana perempuan jadi girlfriend aku. Ramai kot perempuan nak jadi girlfriend aku. Yang sanggup serah dara diaorang pun ada. Tapi sebab aku ni baik, aku tak sanggup nak buat macam tu.

Aku bukan macam abang Badrul yang sejak dari sekolah menengah perempuan keliling pinggang. Jadi playboy mengecewakan hati ramai perempuan. Abang Badrul ni bukan awek je ramai, dara perempuan yang dia pecahkan pun banyak. Ramai dah perempuan yang dikecewakan oleh abang Badrul datang rumah aku cakap pasal perangai abang Badrul dekat mama dan papa. Tapi abang Badrul buat tak kisah je. Sampai sekarang perangai dia tak berubah.

Oleh sebab aku tak tahu nak buat apa, jadi aku pergi ruang tamu sebab nak tengok TV. Bila aku nak buka TV je, aku perasan ada orang kat dapur tengah buat sesuatu. Macam memasak pun ye sebab aku dengar macam bunyi kuali. Jadi aku melangkah kaki aku ke dapur.

Kat dapur tu aku tengok Hakimi tengah potong bawang. Maybe dia nak masak. Fikirku. Jadi aku bercadang nak tolong dia.

"Abang nak masak ke? Abang nak masak apa? Nak saya tolong?" Aku menarik kerusi dan duduk di hadapan dia kat meja makan kecil yang ada kat dapur tu.

"Tak payah la. Kau pergi je la depan tengok TV sana. Tak payah nak menyibuk kat sini." Hakimi membalas. Serius aku terasa dengan kata kata dia. Tapi aku diam je kat situ. Aku pandang je dia buat kerja.

"Weyhh kimi. Kau masak apa?" Abang Fadzil yang entah muncul dari mana tiba tiba bersuara di belakang aku. Dia menuju ke arah Hakimi.

"Nak masak nasi goreng. Beras yang kau beli tu macam dah lama tak berusik. Tu yang aku nak masak sarapan pagi ni." Jawab Hakimi.

"Nak aku tolong tak? Nasi dah masak?" Soal abang Fadzil.

"Boleh juga. Kau tolong potong bebola ikan dengan sayur tu. Nasi aku dah masak semalam. Ada dalam peti ais." Hakimi menjawab. Aku serius terasa dengan Hakimi. Tadi aku nak tolong dia tak bagi. Bila abang Fadzil nak tolong, dia bagi pula. Tapi aku diam je.

Aku lihat abang Fadzil yang berbaju t warna hitam dan berkain pelikat itu duduk kat sebelah aku sambil membawa sayur kangkung dan bebola ikan untuk dipotong. Lepas tu dia mula  potong sayur kangkung.

"Kau dah kenal dengan adik Bad ni Kimi?" Soal abang Fadzil.

"Dah...semalam..." Hakimi membalas pendek.

"Dia ni tengah cuti semester. Sebab parents dia pergi UK, dia duduklah kat sini dua tiga bulan. Habis cuti nanti, dia baliklah hostel dia kat universiti tu balik." Abang Fadzil memberitahu Hakimi tanpa Hakimi bertanya pun. Hakimi sekadar menggangguk.

"Aswad nak tolong ke?" Soal abang Fadzil dan aku menggangguk.

"Nah tolong belah dua bebola ikan ni. Habiskan je la semua dalam mangkuk tu. Abang rasa abang dah beli lama dah bebola ni. Tersimpan je dalam peti ais tu takde orang makan. Better kita habiskan." Ujar abang Fadzil sambil meletakkan sebuah mangkuk yang berisi bebola ikan yang direndam dalam air.

Di Mahligai Cinta Where stories live. Discover now