BAB 11

563 13 0
                                    

Hubungan aku dengan Hakimi makin rapat hari demi hari. Aku betul betul suka dengan dia. Banyak benda pasal diri dia, dia cerita pada aku dan begitulah sebaliknya. Luar dan dalam tubuh Hakimi pun aku dah tengok. Haha.

Walaupun aku dah tengok Hakimi tu luar dan dalam, tapi kitaorang takdelah sampai lakukan hubungan seks. Kitaorang just selalu cium, hisap dan lancap je. Hakimi kata dia tak nak bagi aku fuck bontot dia sebab dia cakap berdosa. Aku hormati permintaan dia. Lagipun aku mencintai Hakimi bukan sebab seks, tapi aku ikhlas mencintai dirinya.

Hubungan aku dengan abang Badrul pun berjalan macam biasa. Kitaorang tegur macam biasa. Takde gaduh gaduh. Dia pun tak tahu aku tengah hangat bercinta dengan Hakimi. Gila nak bagitahu dia yang aku gay dan bercinta dengan mamat lembut yang dia tak suka. Mahu disembelihnya aku. Silap silap dia tak mengaku aku adik dia nanti.

Malam tu aku tidur macam biasa. Dekat pukul tiga pagi tu aku tersedar. Aku terasa katil aku bergerak gerak. Aku tengok abang Badrul bangkit dari katil dan keluar dari bilik.

Macam tu la tiap tiap malam sejak belakangan ini. Bila pukul tiga pagi je mesti aku tersedar sebab abang Badrul akan bangkit dari katil dan keluar dari bilik. Aku tak tahu dia buat apa. Maybe dia kencing agaknya. Fikirku.

Malam malam sebelum ni aku boleh je tidur lepas tersedar. Tapi malam ni tak boleh. Aku tak boleh nak lelapkan mata aku balik. Aku pandang je siling bilik tu sambil fikiran aku menerawang jauh. Dah dekat pukul empat tu aku tengok abang Badrul balik semula ke bilik. Aku pandang pelik kat dia. Nampak badan dia berpeluh dan nafas dia termengah mengah. Badan berotot dia berkilat sebab peluh jantan yang keluar dari badan dia. Aku jadi tertanya tanya dengan keadaan abang Badrul tu.

Apa yang dia buat sampai satu jam? Dia berak ke? Kalau berak takkan sampai berpeluh macam tu macam orang baru habis workout. Abang Badrul setahu aku tak pernah workout kat rumah. Dia selalu workout kat gym. Aku terus tertanya tanya dalam hari.

Kemudian aku tengok abang Badrul baring kat atas katil dalam keadaan menelentang. Nafasnya berat. Tiba tiba dia pusing ke arah aku yang tengah melihatnya.

"Huishh, kau belum tidur lagi? Asal tak tidur?" Soal abang Badrul yang kelihatan gugup. Jelas dia terkejut melihat aku yang belum tidur.

"Tidur dah tadi. Tapi tersedar bila kau bangun.  Kau pergi mana lama sangat sampai berpeluh peluh aku tengok?" soalku.

"Err...aku workout tadi." abang Badrul menjawab tanpa memandang ke arah aku.

"Workout pukul tiga pagi? Kau biar betul. Bukan biasa kau workout kat gym ke?"

"Ala...bisinglah kau ni. Tidur je la. Aku mengantuk la." abang Badrul lantas memusingkan badannya menghadap dinding membelakangi aku.

Aku pandang belakang abang Badrul. Aku dapat rasakan abang Badrul sembunyikan sesuatu dari aku tapi aku tak tahu apa. Takpelah, suatu hari nanti aku akan tahu juga cuma cepat atau lambat je. Fikirku.

....

Aku dengan Hakimi lepak kat Taman Tasik Titiwangsa pada petang Ahad tu sambil makan jajan. Kitaorang diam je. Tak banyak cakap. Entahlah. Sejak akhir akhir ni Hakimi semakin kurang bercakap dengan aku. Dia banyak termenung. Macam ada masalah. Aku tak tahu kenapa. Hakimi yang aku kenal bermulut becok dan peramah jadi pendiam sejak akhir akhir ni. Sepatah aku tanya, sepatah dia jawab. Aku ada tanya dia kenapa dia diam je sejak akhir akhir ni. Dia kata sebab dia penat kerja. Aku jadi pelik. Sebelum sebelum ni pun dia balik kerja penat je tapi elok je bercakap dan bermesra dengan aku. Siap boleh main kote aku lagi. Tapi sejak akhir akhir ni Hakimi macam dah berubah.

"Kimi, boleh aku tanya sesuatu?" Soalku memecah kesunyian antara kami. Hakimi macam terkejut. Maybe dia terkejut sebab dia lama sangat termenung.

"Boleh, apa dia?" Hakimi tersenyum. Tapi aku nampak senyuman tu dibuat buat. Tak ikhlas macam biasa.

"Kau ada masalah ke?" aku bertanya.

"Takde. Kenapa kau tanya macam tu?" jawab Hakimi.

"Ye la. Kau dah tak macam dulu. Aku dah tak banyak cakap dengan aku. Kau lebih banyak termenung. Kau kenapa Kimi? Kau ada masalah ke? Kalau ada masalah, share la dengan aku. Mana tahu aku boleh tolong."

"Takdelah. Mana ada masalah. Aku cuma penat je."

"Sebelum sebelum ni aku tengok kau penat je tapi elok je kau layan aku. Tapi sejak akhir akhir ni kau berubah. Kau dah macam tak nak layan aku."

"Ish, mana ada. Perasaan kau je tu. Tapi aku nak minta maaf la kalau kau rasa macam tu. Tapi serius, aku memang takde masalah apa apa. Aku okay je." Hakimi tersenyum untuk mengambil hatiku walaupun aku tahu senyuman itu adalah suatu paksaan.

"Ke kau dah ada lelaki lain selain aku?" Aku menduga Hakimi. Pandangan mataku dihalakan ke arah tasik. Aku tiada niat sebenarnya nak meragui cinta Hakimi tetapi entah mengapa soalan begitu boleh muncul dari mulut aku.

"Ish, mana ada la. Aku mana ada lelaki lain selain kau. Aku sayang kau sorang je." Bersungguh sungguh Hakimi berkata.

"Betul?"

Hakimi mendiamkan diri. Begitu juga dengan aku. Tiba tiba aku terdengar esakan di sebelahku. Hakimi menangis!

"Weyhh Kimi! Kau kenapa?" aku menggoncang lembut bahu Hakimi. Aku mula risau melihat Hakimi yang menangis seakan tidak mahu berhenti itu. Dia ni kenapa? Bisik hati kecilku.

"Aswad, aku nak kau tahu sesuatu. Walau apa pun yang berlaku, aku nak kau tahu aku cintakan kau. Aku minta maaf atas segala silap aku ke atas kau. Tapi percayalah, hanya kau lelaki yang aku cinta sekarang ni." Ujar Hakimi dalam keadaan tersedu sedan. Segera aku menarik Hakimi ke dalam pelukan ku. Aku sudah tidak kisah lagi dengan mata mata pengunjung yang memandang hairan melihat 'kemesraan' aku dan Hakimi.

"Shh....dah dah. Jangan nangis lagi. Aku minta maaf okay. Aku takde niat nak ragui cinta kau. Aku sayang kau Kimi." aku menggosok gosok dengan lembut bahu Hakimi.

Di Mahligai Cinta Where stories live. Discover now