Sudah seminggu kejadian itu berlaku. Hubungan aku dengan Hakimi dan abang Badrul menjadi renggang. Aku tidak bercakap dengan kedua dua mereka sejak seminggu ini. Kami ada bertembung di dalam rumah tetapi hanya sekadar pandang memandang sahaja. Langsung tidak bercakap apa apa.
Aku pun jarang ada kat rumah. Sepanjang masa aku keluar dengan kawan aku. Aku keluar pagi, malam baru aku balik. Aku malas nak duduk rumah. Aku rasa rumah tu panas semacam sejak peristiwa ngeri tu berlaku. Aku tak sabar nak masuk kampus balik. Nak belajar, buat assignment dan jumpa balik dengan kawan kawan aku. Lagi sebulan je lagi cuti aku tinggal lepas tu aku boleh kembali semula ke kampus.
Hakimi hendak bercakap sesuatu dengan diriku. Maybe dia nak jelaskan apa yang berlaku tapi aku tak pernah bagi dia peluang. Setiap kali dia nak bercakap aku mesti larikan diri daripada dia. Aku betul betul kecewa dengan dia. Dia sepatutnya bagitahu aku apa yang abang Badrul buat kat dia tapi dia diam je. Kalau dia bagitahu aku pasal benda tu dari awal, maybe dia takdelah kena rogol berkali kali dengan abang Badrul.
Abang Badrul pun satu. Bertindak macam orang takde iman. Dia tahu liwat tu berdosa tapi dia buat juga. Aku tak sangka aku ada abang kandung yang jadi peliwat. Aku jadi jijik tengok dia. Lagi jijik bila dapat tahu orang yang dia liwat tu boyfriend aku. Lagi menjijikan bila dia buat jenayah liwat semata mata kena cabar dengan kawan bodoh dia tu nama Syakir dan semata mata nak kan RM10,000. Apa punya manusia la.
Nasib baik la Hakimi tu baik, tak report kat polis yang abang Badrul liwat dia. Kalau tak, dah masuk penjara abang Badrul agaknya sebab buat jenayah liwat. Kalau mama dan papa tahu apa yang abang Badrul buat, mesti diaorang malu.
Nasib baiklah aku tergerak hati nak masuk bilik Hakimi pagi tu. Sebab aku masuk bilik dia pagi tu la semuanya terbongkar. Kalau tak, entah berapa lama lagi la dia kena liwat dengan abang Badrul. Dan kalau aku tak masuk bilik dia pagi tu, mesti aku tak tahu yang abang Badrul ni seorang kaki liwat!
Malam tu aku duduk sorang sorang kat tingkat paling atas kondominium tu. Kat sinilah aku selalu lepak sorang sorang sejak seminggu ni. Memang takde orang lain pun yang selalu lepak sini kecuali aku. Tingkat paling atas tu ruangannya terbuka. Boleh nampak awan dan langit. Kalau malam boleh nampak bintang dan bulan.
Kat atas tu takde apa apa pun. Hanya ada tangki air besar dan rumah elektrik. Maybe untuk bekalan api dan air untuk blok yang aku tinggal sekarang. Ada dua tiga lampu yang dipasang tetapi keadaan kat situ masih suram. Cahaya lampu tu pun macam ada tak ada je.
Aku pandang bulan dan bintang yang ada kat dada langit. Aku rasa tenang sikit. Daripada aku duduk dalam rumah, baik aku duduk sini. Entahlah, duduk dalam rumah tu aku rasa serabut walaupun rumah tu elok je cantik tersusun. Maybe peristiwa tu kot menyebabkan aku jadi serabut. Bila duduk kat tingkat paling atas ni, barulah aku rasa tenang.
"Aswad..." aku terdengar satu panggilan lembut menerjah ke telinga aku. Aku pandang kiri. Kelihatan Hakimi berdiri kat situ sambil memandang aku. Aku pelik, macam mana dia tahu aku kat sini?
Tapi aku buat tak tahu je. Aku pandang semula langit. Saja ego. Kalau ikutkan hati aku, nak je aku peluk dia sekarang. Dia tu dah la comel nak mati. Serius aku rindu dengan dia. Berjauhan dengan dia buat hati aku jadi sengsara. Serius aku rindu dengan wajah comel dia, senyuman dia, perangai keanak-anakan dia, dan lawak lawak dia. Pendek kata, semua pasal dia aku rindu walaupun baru seminggu kitaorang tak bertegur sapa. Tapi sebab aku ego dan sakit hati, jadi aku tahan dan buat tak tahu dengan dia.
Tiba tiba aku perasan dia berdiri sebelah aku. Aku buat tak tahu juga. Bau badan dia yang wangi tu menerjah ke hidung aku. Tiba tiba kote aku jadi keras. Shit!
"Aswad, sampai bila kita nak macam ni? Sampai bila kau nak ignore aku? Kau dah tak sayang aku lagi ke?" Soal Hakimi. Lembut betul suara dia. Macam nak menangis pun ada. Tapi aku diam je. Masih lagi buat tak tahu. Aku anggap macam dia takde kat situ.
Tiba tiba aku rasa kaki aku kena pegang. "Aswad, tolonglah jangan buat aku macam ni. Maafkan aku Aswad. Maafkan aku. Aku sayang kau Aswad. Aku cinta kau. Tolonglah jangan ignore aku. Aku sakit Aswad. Hati aku sakit. Batin aku sakit." Hakimi merayu dan menangis sambil me lutut dan memegang kaki aku. Aku terkejut dengan perbuatan Hakimi.
"Weyhh Kimi, janganlah macam ni." aku cuba menarik kaki aku dari terus dipegang oleh Hakimi tapi tak berjaya sebab Hakimi pegang kaki aku dengan sangat kuat. Dia masih lagi menangis.
"Aswad, tolonglah...jangan buat aku macam ni. Jangan ignore aku please. Aku sayang kau Aswad. Maafkan aku Aswad kalau aku ada buat salah." rayu Hakimi lagi.
"Okay, okay. Aku akan maafkan kau kalau kau lepaskan kaki aku dan berdiri." Ujarku. Tak sanggup aku nak tengok Hakimi macam tu. Luluh hati aku dibuatnya.
Hakimi pun berdiri menghadap aku. Dia mengesat air matanya yang membasahi pipi. Merah mata dan mukanya kerana menangis. Setelah itu, aku segera memeluk dirinya erat. Serius, aku rindu dengan Hakimi. Rindu sangat sangat. Walaupun dekat, tapi sejak seminggu ni, aku rasa aku jauh dengan dia.
Hakimi menangis lagi di bahu aku. "Maafkan aku Aswad. Aku tahu aku salah. Aku sepatutnya cerita dekat kau. Tapi aku takut Aswad. Aku takut kalau aku cerita video aku kena liwat tu akan tersebar. Aku takut kalau aku cerita hubungan kau dengan abang kau jadi renggang. Sebab tu aku tak bagitahu kau awal awal pasal benda tu." Luah Hakimi. Dia sudah berhenti menangis di bahuku. Hanya esakan sahaja yang kedengaran.
Segera aku menarik kepala Hakimi supaya memandangku. Aku menatap mata Hakimi. Ada sinar bening di situ. Aku mengesat pipi Hakimi yang penuh dengan air mata dengan jariku.
"Kimi, aku ni boyfriend kau kan?" aku bertanya. Dan Hakimi mengangguk.
"Kau sayang aku tak?" aku bertanya lagi. Dan Hakimi mengangguk.
"Cakap kau sayang aku. Aku tak nak kau angguk angguk dan geleng geleng je." kata ku.
"Aku sayang kau Aswad. Aku cintakan kau." Sesusai Hakimi mengucapkan kata katanya, aku lantas mencium dahinya lama. Kemudian aku mencium bibirnya. Lama.
"Kalau kau anggap aku boyfriend kau, kalau kau sayang dan cintakan aku, please...lain kali jangan rahsiakan apa apa dari aku. Apa benda saja yang berlaku kat diri kau, please bagitahu aku. Boleh?" Hakimi mengangguk lagi.
"Cakap! Aku tak nak kau angguk angguk je." kata ku sedikit tegas.
"Boleh!" jawab Hakimi. Kemudian aku cium bibirnya lagi.
"Kau tahu tak aku sayang sangat dekat kau. Aku cintakan kau. Bila kau kena liwat dengan abang aku, aku rasa sakit sangat. Aku sendiri pun tak pernah liwat kau lagi. Abang aku dah liwat kau dulu. Siapa yang tak marah?" ujarku.
"Kau tahu tak, seminggu aku jauhkan diri dari kau, batin aku tersiksa. Hati aku sakit. Aku rindu sangat dengan kau. Tapi aku ego. Aku tahankan hati aku. Maafkan aku Kimi." Aku memeluk Hakimi semula.
"Aswad, aku tahu kau marah tapi aku nak minta maaf sebab tak bagitahu kau. Kau tahu kan aku ada alasan?"
"Ya, aku tahu. Tapi lain kali jangan buat lagi. Ada apa apa masalah, cepat cepat bagitahu aku. Apa guna aku jadi boyfriend kau kalau aku tak boleh nak lindungi kau?"
"Okay, aku janji lepas ni aku takkan simpan apa apa rahsia dari kau lagi. Aku janji." Ujar Hakimi.
"Macam tu la." aku tersenyum. Kemudian aku cium bibir mungilnya sekali lagi dan memeluknya. Malam itu, bulan dan bintang menjadi saksi kehangatan cinta kami.
YOU ARE READING
Di Mahligai Cinta
Short StoryDua orang adik beradik lelaki jatuh cinta kepada lelaki yang sama. Apa kesudahan kisah mereka? Baca cerita ini. Maaf tak pandai buat sinopsis. Hehe.