BAB 1

1.2K 17 1
                                    

Hari ni cuti semester start. Aku macam biasalah kemas barang barang aku untuk pulang ke rumah. Roommate aku, si Fahmi ni semalam dah balik. Aku sorang je dalam bilik ni mengemas barang.

Cuti semester kali ni aku tak balik rumah parents aku macam biasa. Aku duduk kat rumah sewa abang sulung aku. Parents aku pergi United Kingdom sebab diaorang nak hadir konvokesyen kakak kedua aku pastu terus duduk sana dalam tiga bulan sebab bapa aku ada urusan business kat sana. Aku masuk semester depan, baru diaorang balik ke Malaysia.

Lepas je kemas barang aku pun turun dari kolej. Abang aku kata dia dah sampai. Dia tunggu dalam kereta. Masa aku turun tu aku nampak kereta abang aku. Dia nampak aku je terus dia keluar.

"Banyak ke barang-barang kau?" Soal abang aku, Badrul sambil buka penutup bonet belakang.

"Banyak juga. Tapi lagi dua kali turun habislah ni." Aku menjawab.

"Okay." Balas abang aku pendek sambil memasukkan barang-barang aku dalam bonet kereta dia. Habis barang-barang yang aku bawa turun tadi masuk dalam bonet, aku naik lagi ke bilik aku kat tingkat dua untuk ambil barang-barang aku lagi.

...

Aku tengok sekelilling rumah sewa abang aku ni. Rumah dia kondominium kat tingkat lapan. Aku rasa kondo ni kondo mewah juga la. Dalam rumah abang aku ni pun cantik dan kemas je walaupun ni rumah lelaki.

"Abang harap Aswad suka la tinggal kat sini. Buat je rumah ni macam rumah Aswad sendiri. Lagipun abang Badrul bayar sewa mahal juga dalam rumah ni." Kata abang Fadzil, housemate abang aku merangkap tuan kepada rumah sewa yang abang aku tengah sewa sekarang ni. Dia juga ketua rumah ni.

Kata abang Fadzil, sebenarnya rumah ni rumah family dia. Dia asalnya tinggal sorang kat sini. Bila tinggal sorang, rasa bosan pula. Jadi dia sewakan dua bilik kat rumah tu kepada orang lain.

Macam aku dengan abang Badrul, abang Fadzil ni pun anak orang kaya juga. Dia sekarang tengah uruskan syarikat bapa dia.

"Dalam rumah ni ada peraturan. Tak boleh sepah sepah, kena jaga kebersihan, tak boleh buat bising sampai ganggu penghuni lain dan yang paling penting, tak boleh masuk bilik penghuni lain tanpa kebenaran." kata abang Fadzil lagi.

Aku sekadar mengangguk sahaja mendengar apa yang abang Fadzil cakap.

"Rumah ni sebenarnya ada berapa orang duduk?" Soalku.

"Tiga orang. Selain abang Fadzil dengan abang Bad, ada sorang lagi duduk sini. Tapi hari ni dia kerja. Dia kerja kilang. Petang nanti dia balik." Jawab abang Fadzil.

"Kau kena hati hati dengan dia sikit Aswad." Kata abang Badrul yang sejak tadi diam je main henfon.

"Kenapa pula?" Aku menyoal pelik.

"Sebab dia tu pondan. Nanti dia goda kau, dia main batang kau. Kau tu dah la hensem. Hari-hati." Abang Badrul tersenyum nakal.

"Dia bukan pondan la. Dia lembut je. Kau ni tak baik la Bad. Kesian dia." Ujar abang Fadzil. Abang Badrul hanya gelak je.

"Takpe. Nanti dia balik nanti, Aswad kenal kenal la dengan dia. Dia okay je. Baik. Cuma tu la, abang Bad kau ni je suka ejek dan kacau dia. Naik bengang budak tu." Ujar abang Fadzil lagi.

"Aku bukan apa. Aku geli la tengok dia. Jalan kadang lenggang lenggok. Tangan pula macam patah tulang. Terlembik sana terlembik sini. Cuba keras sikit macam lelaki. Dia lelaki, kenalah buat perangai macam lelaki." Abang Badrul membalas.

"Biarlah dia. Bukan dia kacau kita pun." Kata Abang Fadzil. Aku hanya diam je dengar perbualan diaorang.

"Whatever. Okay lah, aku nak gerak gi gym ni. Aku ada sesi dengan client. Kau duduk rumah tau. Kau nak makan, kau beli je. Aku ada letak duit kat atas meja solek kat bilik aku. Kau rasa nak tidur, kau tidur je atas katil aku." Abang Badrul berpesan. Kemudian dia masuk bilik dia untuk ambil beg gym dia dan terus keluar dari rumah.

Abang Badrul kerja sebagai personal trainer kat gym. Oleh sebab dia personal trainer, sebab tu badan dia berotot sana sini. Kalau dia buka baju, bukan perempuan je terliur, gay pun terliur sama. Sebab dia bukan sahaja hensem, tapi badan dia juga berotot dan seksi.

"Okaylah. Abang pun nak masuk bilik nak rehat. Kalau Aswad nak tengok TV, Aswad tengok je la. Remote ada kat atas meja tu. Kalau ada apa, panggil abang ye." kata abang Fadzil.

"Okay." Balasku dan aku menghantar abang Fadzil masuk ke bilik dia dengan pandangan mata.

Di Mahligai Cinta Where stories live. Discover now