Dalam pukul dua petang, time aku tengah khusyuk tengok TV, aku nampak ada sorang lelaki berpakaian t-shirt lengan panjang warna putih masuk ke rumah. Aku rasa inilah housemate abang Bad dan abang Fadzil sorang lagi tu. Aku lupa pula nak tanya nama dia kat diaorang. Pastu aku nampak lelaki tu buka pintu bilik dia yang berkunci dan terus masuk ke dalam. Dia menjinjing satu beg plastik yang berisi polisterin. Maybe makan tengah hari dia agaknya. Fikirku.
Aku rasa dia tak perasan aku yang tengah duduk kat ruang tamu ni. Tak lama kemudian dia keluar dari bilik dia. Pakaian dia dah bertukar. Dia pakai baju t shirt warna maroon lengan pendek dan seluar track suit panjang. Dia menuju ke dapur.
Oleh sebab aku tak nak orang kata aku sombong, jadi aku pun menuju ke dapur untuk menegur dan berkenalan dengan housemate abang aku sorang ni.
Aku berdiri di pintu dapur. Aku tengok dia tengah bancuh air oren dalam satu gelas panjang. Bila dia perasan kehadiran aku, matanya memandang aku.
"Eh, awak siapa?" Soalnya yang kelihatan terkejut melihat aku. Maybe dia kaget tengok ada orang lain dalam rumah ni.
"Hai, saya Aswad. Saya adik Badrul. Saya tumpang kat sini dalam tiga bulan sebab parents saya sekarang kat UK. Saya still belajar lagi. Err... Nama abang apa ye?" Aku menyoalnya kembali.
"Ohh...adik Badrul. Nama aku Hakimi." Balasnya sambil tangan dia membacuh air oren. Dia macam jawab nak tak nak je dengan aku. Dia jawab tu pun tak pandang muka aku.
"Abang Hakimi baru balik kerja ke?" Aku tahu soalan tu bodoh tapi aku tanya juga. Sebab aku memang nak berbual dengan dia.
Mamat depan aku ni serius comel. Rambut dia panjang tapi takdelah sampai bahu. Elok je terletak kat kepala dia. Nampak rambut dia lembut. Dia ni kurus je dan agak pendek sikit dari aku. Yang aku pelik, tak nampak pun dia ni macam lelaki lembut. Yang lembut cuma muka dia yang baby face tu. Aku rasa umur dia dalam awal 20an.
"Haah." Dia membalas pendek. Kemudian dia terus masuk ke bilik tanpa mempedulikan aku.
Aku sendiri jadi pelik. Kenapa mamat ni macam marah kat aku.
....
Selepas pertemuan dengan Hakimi kat dapur tu, aku rasa mengantuk pula. Lepas aku tutup TV kat ruang tamu, aku terus masuk bilik abang aku dan tidur. Dalam pukul lima petang macam tu, aku terbangun untuk solat Asar. Oleh sebab aku tak nak keluar malam, jadi aku bercadang nak bungkus nasi goreng kat kedai makan yang dekat dengan kondo abang aku ni.
Masa aku keluar dari bilik sekitar pukul 6.45 petang tu, aku nampak Hakimi baru masuk ke dalam rumah. Jadi aku pun tegur dia.
"Abang dari mana tadi?" Soalku. Aku nampak dia pegang beg plastik berisi polisterin. Maybe dia pun bungkus nasi goreng.
"Pergi beli makan malam." Dia menjawab acuh tak acuh. Kemudian dia buka pintu bilik dia dan masuk. Aku macam pelik. Apa salah aku sampai dia macam nak tak nak layan aku. Aku malas fikir panjang, jadi aku pun keluar dari rumah untuk beli nasi goreng untuk makan malam.
Dalam pukul lapan macam tu, aku makan nasi goreng yang aku beli tadi kat ruang tamu sambil tengok TV. Aku sorang je masa tu. Abang Badrul tak balik lagi. Abang Fadzil dengan Hakimi masih lagi dalam bilik.
Tak lama kemudian abang Fadzil keluar dari bilik dia. Dia pakai smart smart. Maybe dia nak keluar.
"Eh Aswad tengah makan. Makan apa tu?" Soal abang Fadzil.
"Nasi goreng kampung je bang." Aku menjawab sambil memandang ke arahnya. Dia duduk di sofa yang berdekatan dengan aku.
"Dah jumpa dah dengan Hakimi?" Soal abang Fadzil lagi.
"Dah...tapi dia macam nak tak nak je layan saya. Macam saya ada buat salah kat dia pula." Ujar ku.
"Eh serius la? Biasa Hakimi tak macam tu. Maybe dia penat kot. Yalah, dia kan kerja kilang. Kerja 12 jam sehari. Hari sabtu macam ni pun dia kena kerja lapan jam. Tu yang dia macam nak tak nak je layan Aswad." kata abang Fadzil.
"Maybe kot..." Balas ku yang cuba bersangka baik dengan Hakimi.
"Okaylah. Abang keluar dulu. Nak jumpa kawan. Aswad duduklah ye. Kejap lagi abang Bad balik la tu." kata abang Fadzil.
"Okay." Aku membalas sambil menghantar pemergian abang Fadzil dengan pandangan mata.
YOU ARE READING
Di Mahligai Cinta
Short StoryDua orang adik beradik lelaki jatuh cinta kepada lelaki yang sama. Apa kesudahan kisah mereka? Baca cerita ini. Maaf tak pandai buat sinopsis. Hehe.