Na Jaemin. Budak lelaki yang popular itu, masih lagi mempunyai perasaan terhadap Haera walaupun mereka berdua selalu bergaduh besar, Jaemin masih lagi menyukai Haera. Tetapi Haera selalu cepat jatuh cinta dengan orang bukan untuknya. Walaupun sudah...
"Siapa kata kau boleh sesuka hati tolak tangan aku macam tu? Kau ada permission ke untuk sentuh tangan aku?"
"Jaemin please, you're hurting my hand." Kata Haera tapi genggaman Jaemin terus menjadi kuat dengan lebih lagi. "Oi oi.. Kau dayus ke apa?" Haechan menarik tangan Haera untuk melepaskan genggaman Jaemin. "Haih, Jaemin kau ni kan.. Memang noob la kalau ngan perempuan." Lebih terang lagi jelas, dengan selambanya Haechan mengutuk Jaemin.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Aih, aku pula yang kena?" "Biasa la kan, Mr. Arrogant mana pernah kisah pasal perasaan perempuan." Jaemin tidak puas hati, lantas membuat cara hendak menumbuk Haechan. "Nak fight ke?" "On jer"
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Haera hanya tercegat melihat dua jejaka itu menarik rambut masing-masing seperti perlawanan perempuan di sekolah. "Haera, baik kita tinggalkan je la diorang ni. Tak baik kita masuk campur hal orang. Dah dah, jom." Jeno menolak Haera ke hadapan untuk meninggalkan Haechan dan Jaemin yang masih lagi bergaduh. "Takut la kalau cikgu nampak diorang bergaduh.." "Ah tak apa, cikgu pun dah malas nak layan diorang." Kata Chaena dan Jeno mengangguk setuju. "Also, aku dengar kau dah makin rapat dengan Beomgyu. Spill the tea, sis." Haera tertawa kecil. "Tak ada apa-apa pun, macam hubungan biasa macam senior dengan junior." Chaena memuncungkan bibirnya. Haera hanya memandang Jaemin daripada jauh, tidak tahu mengapa Jaemin jadi begitu. "Noona~" Satu suara menguasai koridor tersebut, sangat dikenali sangat suara itu. "Beomgyu..!" Beomgyu berlari keanak-anakan ke arah Haera. "Noona.. Nanti lagi seminggu je kan noona nak masuk university?" Beomgyu memuncungkan bibirnya, membuat muka sedih. "Beomgyu jangan risau lah. Beomgyu ingat kan apa yang noona cakap hari tu? Noona takkan lupa untuk stay contact dengan Beomgyu." Kata Haera sambil mengusap kepala Beomgyu.
Apabila Jaemin ternampak Haera mengusap kepala Beomgyu, Jaemin serta merta berhenti menarik rambut Haechan. "Eh, pahal mamat ni." Haechan pun tercegat melihat Jaemin. Akhirnya barulah dia faham, Jaemin cemburu apabila Haera bermesra dengan lelaki lain. Haechan mengeluh, lantas menampar sedikit pipi Jaemin. "Sudah sudah lah tu kau jealous. Baik korang berbaik je lah. Stop je jadi sombong sangat. Cuba jadi mesra jugak. Ini tak. Sombong tahap gaban. Mana Haera tak monyok je bila dengan kau." Haechan menggelengkan kepalanya. "Tapi aku memang tak tahu macam mana nak jadi mesra dengan dia. Aku pun nak masuk university sama dengan dia, kau fikir aku tak nak sangat ke dengan dia? Aku nak jadi macam dulu weh, walaupun aku ada banyak 'rival', aku still nak dekat dia, aku still tak putus asa. Kau rasa... Dia nak dekat aku lagi ke?" Haechan terdiam. Tanpa Jaemin sedar, Haera yang berada di belakangnya terdengar luahan Jaemin. "Oi, pahal kau diam?" Jaemin melihat mata Haechan yang memandang ke belakang Jaemin. Jaemin memusingkan badannya lantas menjadi kaku. "J-Jaemin? Betul ke, kau still nak dengan aku?" Jaemin tidak dapat bergerak, hanya mendiamkan diri sahaja yang dapat membantu. "Jaemin, please be honest. Is it true?" "Kau fikir aku nak tipu ke yang aku kata aku still nak dekat kau? Ah.. Sorry, aku still jadi sombong dekat kau lagi kan? Pasal aku kata yang aku dah ada tunang tu, tu semua tipu. Aku nak kau rasa apa yang aku rasa, I'm sorry about that. Aku rasa aku memang tak layak untuk kau. Aku tahu kau ada Beomgyu untuk temankan kau, tapi bila dah masuk semester baru, aku risau kau jadi lonely lagi. Aku risau kau kena buli lagi. Please fahamkan aku, Haera. I still want you." Luahan Jaemin membuatkan mata Haera bergenang. "Bodoh punya lelaki! Kau pun fikir aku tak nak dekat kau lagi ke? Aku pun nak kita jadi macam dulu. Tapi please, aku tak nak kau habiskan duit kau semata-mata untuk aku."
Haera menangis, membuatkan semua pelajar di sekelilingnya memandangnya. Haera mengesat kasar air matanya. "So, can we become together again..?" Soal Jaemin dan Haera menangguk bermaksud 'ya'. "Weh, fikirkan la sikit dekat aku yang single ni." Mereka berdua tertawa melihat Haechan yang membuat muka jijik dan geram. "Jaemin, you want me to tutor you?" Jaemin mengangguk. Beomgyu memberikan senyuman apabila nampak Haera sekali lagi menjadi gembira. Walaupun sakit hatinya, asalkan Haera menjadi gembira sekali lagi.