Beomgyu terus meneman Haera untuk pulang ke rumahnya. "Beomgyu, thank you sangat-sangat sebab tolong noona jaga kaunter hari ni. Noona tengok Beomgyu nampak mcm penat je jaga kaunter.." "Eh tak lah! Beomgyu suka jaga kaunter. Rasa best bila boleh ada interaksi dengan org yg kita tak kenal langsung." Haera tersenyum. "Noona.. Jaemin-hyung okey ke tu?" Haera hanya mendiamkan diri dan tersenyum sekali lagi. Melihat ekspersi Haera, Beomgyu terus memahami apa yang berlaku. Beomgyu terus menghantar Haera ke rumah keluarga Haera. "Kalau noona nak mintak tolong jagakan kaunter lagi, Beomgyu boleh datang bila-bila masa je. Hm, Beomgyu pergi dulu ya?" Haera mengangguk.
Pintu rumah ditutup dan dikunci, Haera menghempaskan badannya ke katil, merenung siling. "Jaemin.. It's better when you find a new person than staying with me." Haera passed out.
—Pagi [8:09]
"Haera! Sini breakfast!" Puan Kim memanggil anaknya untuk turun ke bawah, breakfast bersamanya tetapi tiada satu sahutan daripada Haera pun. Puan Kim mengeluh. Dia terpaksa menaiki tangga, mengetuk pintu bilik anak perempuannya itu.Tokk, tokk!
"Haera~! Tidur lagi ke? Bangun, ya? Basuh muka, gosok gigi! Nanti turun bawah breakfast dengan eomma." Haera terjaga daripada tidurannya. Dia segera membuka pintu biliknya dan berlari ke bilik air. Selepas habis membasuh muka dan memberus gigi, Haera berjalan ke meja dapur.
"Appa ada shift malam ke tadi?" Puan Kim mengangguk. "Eomma tak kisah kan kalau Haera kerja part-time?" Puan Kim membelai kepala anaknya. "Haera buat lah apa-apa yang boleh buat Haera happy. Eomma tak kisah, asalkan Haera happy." Haera tersenyum.
Ding Dong!
Puan Kim terus berdiri daripada tempat duduknya dan membuka pintu rumahnya. "Boleh saya jumpa dengan Kim Haera?"
Haera menjengukkan kepalanya untuk melihat siapakah yang menyebut namanya.
"Siapa pulak tu?" Puan Kim masih lagi berbual dengan tetamu itu dan menjemput tetamu tersebut masuk ke dalam rumahnya. Haera hanya terus memakan makanannya. "Haera! Ni counselor kepada kawan Haera. Haera kenalkan siapa Na Jaemin?" Haera berhenti mengunyah dan memandang counselor tersebut sambil mengangguk. "Dah cepat makan tu, counselor ni nak cakap dengan Haera." Counselor itu terus menggelabah. "Eh, eh tak apa tak apa! Biar Haera makan dulu. Tak elok makan cepat sangat nanti perut susah nak hadam." Haera terus memakan makanannya dengan kelajuan 50%. Selepas habisnya makan, dia terus duduk di hadapan counselor itu. "Tak sangka pulak Jaemin ada hire counselor." Bisik Haera dihatinya.
"Hai, nama saya Byun Hyunwoo. Macam Puan Kim katakan, saya counselor kepada Na Jaemin. Saya dapat tahu awak ada sedikit berselisih dengan Jaemin, boleh awak terangkan apa yang berlaku? Saya tidak dapat cerita yang lebih lanjut daripada Jaemin." Haera mengangguk faham. "Hmm, apa yang sebenarnya berlaku.. Saya rapat sangat dengan Jaemin. Saya pernah jadi kekasih kepada Jaemin, tapi disebabkan saya tolak semua keinginan dia untuk belanja saya, dia jadi marah dan saya terpaksa memutuskan hubungan dengan dia. Dia mula buat rumors pasal saya dan buat cerita saya curang dia dengan junior saya. Tapi saya tak faham kenapa dia tak kasi orang lain buli saya. Then a few weeks later, saya kena culik dengan assistant coworker kepada company ayah saya. Dia tahu ayah saya sayang sangat dengan saya. Saya tolak kemarahan dia sampai dia hampir membunuh saya. Bila Jaemin dapat tahu yang saya diculik, dia selamatkan saya. And kitaorang mula jadi kawan balik. Selanjutnya, Jaemin minta untuk get back dengan saya. Saya menolak permintaan dia. Dia jadi tak tenteram, tapi kami masih lagi berkawan. Tapi bila dia dah tau saya rahsiakan dia yang saya bekerja di kedai di cafe, dia marah, sedih. Dia banyak soalkan soalan yang macam 'Why did you want to break up with me at that day?'. Saya terpaksa menjawab semua soalan yang dia tanya. And all of that, saya dah jarang cakap dengan Jaemin." Counselor tersebut hanya mengangguk faham. "Oh, begitu~ Baiklah, terima kasih tolong ceritakan semuanya. Saya mungkin dah ambil sedikit masa awak." Haera menggeleng. "Kalau ada masa lagi minum la dulu." "Ah, terima kasih ya." Haera hanya tersenyum. "Jaemin.. Semalam dia menangis telefon saya. Suara dia macam terdesak nak jumpa saya." Haera mengangguk.
A few minutes later.
"Terima kasih ya Puan Kim." Puan Kim mengangguk. Counselor tersebut meninggalkan kediaman rumah Haera itu.
"Jaemin, I'm sorry."
To be continued.
YOU ARE READING
[ 𝙊𝙂 ] 𝙇𝙤𝙫𝙚 𝙔𝙤𝙪 , 𝙈𝙧 𝘼𝙧𝙧𝙤𝙜𝙖𝙣𝙩 ! ( 𝙈𝙖𝙡𝙖𝙮 )
Fiksi PenggemarNa Jaemin. Budak lelaki yang popular itu, masih lagi mempunyai perasaan terhadap Haera walaupun mereka berdua selalu bergaduh besar, Jaemin masih lagi menyukai Haera. Tetapi Haera selalu cepat jatuh cinta dengan orang bukan untuknya. Walaupun sudah...