Na Jaemin. Budak lelaki yang popular itu, masih lagi mempunyai perasaan terhadap Haera walaupun mereka berdua selalu bergaduh besar, Jaemin masih lagi menyukai Haera. Tetapi Haera selalu cepat jatuh cinta dengan orang bukan untuknya. Walaupun sudah...
"Kau ni pun, Jaemin.. Apesal kau tipu dekat Haera yg kau dah ada tunang?" Jeno menolak bahu Jaemin apabila mendengar masalah Haera dengan Jaemin. "Entah, aku pun tak tahu.. Maybe aku tiba-tiba bencikan dia?" Jeno mengeluh. "Bagitahu je lah mcm mana kau rasa bila dia sakitkan kau waktu tu. Walaupun dia dh mintak maaf, baik kau terus terang je apa yg kau nk dekat dia. Tak baik do main tipu tipu ni. Lagi-lagi time macam ni. Lagi boleh buatkan situasi jadi keruh ada lah!" Jaemin membuatkan muka seperti mengejek Jeno.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Jeno pun terus menolak bahu Jaemin lagi. "Kau tahu ke Haera nak masuk university mana nanti?" Jaemin menggeleng. Jeno mengeluh sekali lagi. "At least tanya la university mana dia nak pergi.. Takkan kau tak nak ada apa-apa contact dengan dia lagi?" Jaemin mendiamkan diri. "Haih, macam-macam terjadi kat kau ni Jaemin. Kau tak risau ke nanti si Beomgyu tu ambil Haera daripada kau?" Jaemin mendiamkan dirinya sekali lagi. "Aik, kau ni dah betul-betul tak nak kat si Haera tu ke? At least berbaik la betul-betul." "Nak buat macam mana? Dia daripada dulu lagi sama je. Lari daripada masalah, tak nak langsung nak selesaikan masalah dia." Jeno mengerutkan mukanya. "Kau pun apa beza? Sekarang ni kau pun ada masalah tahu tak? Kau tipu dekat dia sebab kau pun nak lari daripada masalah kau. Haih, kalau dah jodoh memang semua benda terjadi dekat diorang, sama je." Degupan hati Jaemin berhenti untuk sesaat apabila terdengar kata-kata Jeno. "Aku dengan Haera.. Sama ke?" Jeno mengangguk. "Sebab tu aku kata, berbaik dengan dia betul-betul. Korang ni pun satu, asyik bergaduh je.. Tak ada benda lain ke nak buat selain bergaduh? And also, kau bukan ke pernah sakitkan hati dia beberapa kali? Takkan kau nak sakitkan hati dia lagi? Tak baik tau sakitkan hati perempuan ni banyak kali."
Kringg!!
"Dah la, masuk kelas jom. Waktu nak masuk kelas ni kau jangan ignore Haera pulak." Jaemin membuatkan muka mengejeknya lagi.
—Di kelas—
Semasa Haera hendak masuk ke kelas, Jaemin tidak sengaja hendak masuk ke kelas juga, membuatkan bahu mereka berdua tersentuh seketika. "Ah, kau.. Masuk lah dulu." Jaemin mengundur ke belakang untuk memberi Haera laluan masuk dahulu. "Ah, thanks." Haera menundukkan dirinya dan masuk ke kelas. Jeno memerhati Jaemin daripada jauh dan tersenyum apabila Jaemin tidak mengendahkan Haera. Muka Haera nampak sangat tidak gembira seperti dahulu, hanya monyok dan sedih sahaja. Alangkah jika Jaemin ternampak mukanya, mana tak mahu dia melarikan diri. "Ah, Jaemin-hyung!" Terdengar bunyi seseorang sedang berlari ke arah Jaemin, rupa-rupanya ianya Beomgyu yang hendak pergi ke kelas PE. "Jaemin-hyung datang pun dekat sekolah..!" Beomgyu memeluk erat tubuh Jaemin. "Eh eh apa peluk peluk ni. Dah dah, hyung nak masuk kelas." Jaemin menghalau Beomgyu dengan cara menghalau kucing.
Apabila sudah masuk ke kelas, Jaemin memandang Haera daripada belakang. "Haih, Jaemin! Dah lama tak datang sekolah, lepas tu tak bagi tumpuan pulak ke sekarang ni?" Jaemin terkejut dan terus membuka buku notanya dan menyalin nota-nota di papan hitam dihadapannya. Haera mencuri-curi memandang ke arah Jaemin. Walaupun sakit hati, tetapi tetap rindu padanya. Apabila Jaemin mendongak untuk menyalin nota, Haera cepat-cepat membuat tidak mencuri-curi memandang ke arah Jaemin. Jaemin hanya meneruskan menyalin nota-nota tersebut.
To be continued...
—sorry, another short chapter!! This was a little bit rushed, but author will definitely add more character development on Haera. Another chapter will update tomorrow.