“Baby, you're like lighting in a bottle.”
-
Beomgyu x Haera“Noona~! Noona!” Beomgyu berlari dengan senyuman manis terukir di wajahnya sambil berlari ke arah Haera. Haera juga tersenyum melihat Beomgyu berlari keanak-anakan ke arahnya. “Noona! Beomgyu ada jumpa taman paling cantik! Jom pergi sama-sama!” Haera mengangguk dan berlari bersama-sama dengan Beomgyu.
Mereka berketawa bersama-sama, seperti di dalam kayangan.
"B-Beomgyu.. Beomgyu, jangan tinggalkan noona!"
Tiit, tiit, tiit!
Bunyi jam loceng berleluasa di dalam bilik tidur Haera. Haera terus bangun dalam keadaan seperti mempunyai mimpi ngeri. "Lah, mimpi rupanya." Haera mengeluh. "Eh, jap! Asal aku mengeluh? Aku suka Beomgyu ke? Eh, tak mungkinlah!"
Haera menumbuk bantalnya. "Eh, tak mungkin, tak mungkin~" Haera kemudian menghentakkan kepalanya ke dinding. "TAK MUNGKINLAH KAN KALAU AKU SUKA DEKAT BEOMGYU? TAK MUNGKIN KAN?" Kata Haera lalu terus menyambung menghentakkan kepalanya. "Haera~! Beomgyu ada dekat bawah ni!" Haera berhenti seketika. Dia terus berlari masuk ke bilik mandi. Selepas habisnya mandi dan mengeringkan rambut, Haera pergi ke bawah untuk berjumpa dengan Beomgyu. "Noona!" Haera hanya memberikan senyuman kelat. "Beomgyu nak study dengan noona boleh?" "Oh, boleh boleh!" Degupan jantung Haera berdegup dengan laju. "Study date!?" Bisik Haera di hatinya. Haera memberikan expression yang lemah lembut namun, di dalam hatinya, dia menjerit sekuat hati. "Beomgyu tak faham soalan ni la.." Haera melihat soalan di buku latihan Beomgyu itu. "Oh, yang ni kena buat mcm ni." Haera terus memberikan explanation kepada Beomgyu dan Beomgyu hanya mengangguk kepalanya tanda faham. Tanpa Haera sedari, mukanya begutu dekat dengan muka Beomgyu. Haera hendak melihat Beomgyu dan pada masa itulah dia perasan mukanya terlalu dekat dengan muka Beomgyu. Haera melompat kebelakang kerana terkejut. "S-Sorry!" Beomgyu hanya tertawa melihat gelagat Haera.
Selepas habisnya sesi study date dengan Beomgyu, Puan Kim mengambil kesempatan untuk memberikan minuman kepada mereka berdua. "Beomgyu tahun depan masuk semester baru kan? Noona nanti tahun depan dah kena masuk university." Muka Beomgyu terus berubah sedih seperti pokok yang layu. "Noona jangan la tinggalkan Beomgyu! Noona tunggu la sampai Beomgyu masuk university sama-sama dengan noona.. Beomgyu tak nak sorang-sorang je dekat sekolah." Haera seperti mahu menjerit dengan kecomelan Beomgyu. "Kawan-kawan Beomgyu kan ada?" "Tapi tak rasa sama bila noona tak ada!" Haera terkejut. Mata Beomgyu nampak bergenang, menahankan diri sendiri daripada menangis. "Beomgyu jangan la merajuk. Kalau noona kena belajar oversea, noona janji yang hari-hari noona chat dengan Beomgyu." Haera menunjukkan jari kelingkingnya. "Noona betul ni?" Soal Beomgyu dan Haera mengangguk. Mereka berdua memautkan jari kelingking mereka bersama-sama. "Beomgyu tahun depan bila dah masuk semester baru, jangan nakal-nakal. Jangan selalu cari gaduh je. Belajar sungguh-sungguh. Nanti baru boleh masuk university sama dengan noona." Beomgyu mengangguk faham dengan nasihat Haera. Haera memegang kedua-dua pipi Beomgyu. "Kalau noona mungkir janji, it's okay to be mad at me." Beomgyu mencebikkan bibirnya. "Waktu noona ada dekat university nanti, jangan lupakan Beomgyu tau." Haera mengangguk. "Noona, Beomgyu nak tanya boleh?" "Hm?" "Jaemin-hyung okey ke? Dah lama tak nampak Jaemin-hyung dekat sekolah." Expression Haera berubah. Dia jugak tidak tahu apa yang berlaku terhadap Jaemin. "Noona pun tak tahu. Noona harap dia baik-baik je." Mereka berdua mendiamkan diri untuk beberapa saat. "Kalau mcm tu, kita pergi rumah Jaemin-hyung nak?" Mata Haera terbuntang. Jumpa Jaemin? Lepas apa yang dia telah buat pada Jaemin? "Jumpa Jaemin? S-Sekarang ke?" Beomgyu mengangguk berkali-kali seperti burung belatuk. Haera masih mendiamkan dirinya. Apa yang Haera akan jawab? Adakah dia akan menolak?
To be continued...
![](https://img.wattpad.com/cover/162328576-288-k832867.jpg)
YOU ARE READING
[ 𝙊𝙂 ] 𝙇𝙤𝙫𝙚 𝙔𝙤𝙪 , 𝙈𝙧 𝘼𝙧𝙧𝙤𝙜𝙖𝙣𝙩 ! ( 𝙈𝙖𝙡𝙖𝙮 )
FanficNa Jaemin. Budak lelaki yang popular itu, masih lagi mempunyai perasaan terhadap Haera walaupun mereka berdua selalu bergaduh besar, Jaemin masih lagi menyukai Haera. Tetapi Haera selalu cepat jatuh cinta dengan orang bukan untuknya. Walaupun sudah...