♡'26

219 8 0
                                    

Aisyah bersiap menyarung tudung bawal. Tak lupa turut menutupi bahagian dadanya. Aisyah mengenakan lipstick berwarna maroon. Siap! Cantik nya!

"Sofea Innara!"

Aisyah memanggil Sofea sambil sibuk meletakkan lipstick yang dipakainya kedalam beg.

"Ya ibu."

Sofea menjengguk ibunya dari pintu.

"Dah siap?"

Soal Aisyah sebelum memusingkan badanya memandang Sofea. Aish budak arab ni. Lawa kemain!

"Dahh"

"Okay.. jom turun ayah dah sampai dah tu"

Jelas senyuman manis si Sofea. Seronok lah tu nak jumpa tok nenek dia.

Selesai sahaja menutup pagar rumah, Sofea segera berlari ke arah Harris yang menunggu di depan pintu kereta.

"Anak ayah manja ni!"

Sofea segera didukung oleh Harris lalu sempat pipi Sofea menjadi tempat singgah bibir Harris.

"Assalamualaikum abang."

"Waalaikumusalam sayang"

Aisyah tersenyum malu. Tak habis habis dengan sayang dia tu!

"Sofea masuk kereta dulu ya"

Sofea diturunkan sebelum pintu kereta belakang dibuka oleh Harris. Aisyah yang pada mulanya ingin masuk ke kereta ditahan sebentar oleh Harris.

"Eh tunggu"

"Kenapa abang?"

Soal Aisyah pelik

"Aisyah cantik..cantik sangat"

Aisyah tersenyum malu. Pipi nya mula berona merah. Memang kelihatan jelas dengan kulit putih nya itu.

"Aisyah macam sekuntum bunga"

"Iya?"

"Ya sayang.. bunga yang ada di tengah taman. Hidup subur tanpa diganggu. Cukup khasiat, cukup matahari, cukup air dan cukup baja"

Aisyah cuma tersenyum mendengar itu. Harris sangat manis!

"Tapi sayang.. abang datang dan memetik bunga tu.. mulanya masih hidup segar sama seperti berada ditaman.. tapi selepas itu lama kelamaan layu.. sebab kurangnya air, kurangnya cahaya matahari dan kurangnya baja—"

"Sama lah macam sekarang.. Aisyah hidup sempurna disamping bonda dan ayah. Tapi abang pula, salah mencintai Aisyah.. salah gunakan cinta Aisyah.. salah membahagia kan Aisyah dan akhirnya bila Aisyah dilepaskan, Aisyah sungguh struggle untuk teruskan hidup.. susah dari layu ke segar.. tapi tengok sekarang.. look at you. "

"Im so proud of you my sayang. Im so sorry."

"Abang.. sudah lah.. jangan ungkit benda yang kita tak nak ingat.. benda yang kita tak mau itu terjadi lagi. Mungkin ya dulu Aisyah layu.. tapi lepas hadirnya abang buat kali kedua.. Aisyah bahagia kembali. Jangan lah minta maaf lagi. Aisyah dah maafkan.. lama dah"

"You're so kind. I don't deserve you but I'll improve myself"

Bahu Harris diusap perlahan. Dia tahu apa terjadi dahulu ada sebab nya.. dan mesti ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Dia takkan sesekali menyalahkan Harris dalam hal ini. Harris baik dan dia takkan buat keputusan tanpa paksaan.

InsyaAllah segalanya akan balik kepada asal dengan izin yang maha esa.

***
Cinta itu takkan bersemi selamanya..
tetaplah berjuang, walau mati tetap setia.
***

Aisyah HumairahWhere stories live. Discover now