♡'11

199 15 0
                                    

"Ya Allah, betul ke ni Harris? "

Harris tersenyum kecil sebelum mengangguk.

Ya, dia baru datang bagitahu bonda dan ayah yang dia nak berkahwin dengan Aisyah.  Aisyah yang menyorok di tangga tersenyum kecil.  Apa jawapan bonda dan ayah?

"jangan sebab kami, Harris terima pula"

Bonda bersuara. Takut takut kerana membalas budi, Harris menerima.  Dia tak mahu anak nya dikahwin paksa.

"eh tak tak.. Saya ikhlas memperisterikan Aisyah--"

Dia mengambil nafas dalam sebelum mengurut kedua dua belah tangan perlahan lahan. Dia tersenyum kecil memandang bonda dan ayah.

"-- lagi pun sudah sampai masa nya untuk saya mulakan hidup baru. Kan? "

"iye, betul lah tu. Sekarang? Apa rancangan Harris? "

"minggu depan Harris bawak ummi dan abah Harris untuk masuk meminang.. "

Aisyah membulat mata.  Dia merengek geram,  aku bakal kahwin!!

"elok sangat lah tu.. Sebenarnya ni, bonda nak tanya.. Aisyah dah tahu?"

Aisyah mendekatkan kepalanya pada palang besi tangga. 

"dia dah tahu. "

"apa jawapan dia."

Aisyah mengeluh geram, dia tidak tahu apa balasan Harris, tapi bonda dan ayah tergelak. apa yang lawak?

Harris apa awak buat? Awak umpat saya ye?

"bagus lah macam tu, sekurang kurang nya Harris tak bertepuk sebelah tangan. "

"umpp! Mesti umpat aku ni."

"yang kat tangga tu, dari tadi duduk situ.. Taknak turun? "

Aisyah tergamam, suara ayah itu buatkan Aisyah terkejut.

Macam mana--

"ha kaki gerak gerak tu, takut lah tu"

Aisyah memandang kaki nya yang terdedah.  Kemudian dia menepuk dahi.  Aduh! Buat kerja tak bersih lah Aisyah ni.

Aisyah bangun lalu perlahan lahan menuruni tangga. Wajah nya merah menyala. Terlampau jelas memandangkan kulitnya putih.

Dia mengambil tempat disebelah bonda.  Harris dihadapan dipandang sekejap.

Ha awak kat depan tu! Jangan nak tersenggih senggih! Kita tengah malu ni.

"kejap, bonda buat kan air, Harris ni.. Datang tak bagitahu."

Bonda mengenyit mata ke arah Harris. Alahai bonda ni, tengah bagi hint nak kami berduaan ke?

Ayah tiba tiba bangun, Aisyah berkerut memandang ayah. 

"ayah nak ke mana?"

"kebun lah, bosan pula isteri ayah dah tak ada"

mulut Aisyah terlopong luas, wah wah dia tinggalkn kita centu je wak!

Aisyah dengan muka cemberut nya memandang harris. Aisyah menunduk,maluuuu!

"apa pandang pandang?"

Harris mengikut mimik muka aisyah yang masam mencuka itu,comel sangat.

"malu eh? kesian."

"mana ada!"

Aisyah cuba mempertahan kan maruah nya. Harris tergelak hingga menampakkan lesung pipit nya.

"jaga mata, jaga mulut,  jaga aurat dan jaga hati untuk abang ye."

kalini tak tipu! aku nak meletup  sebab malu sangat ni!! Kenapa Harris suka buat jantung aku bagai nak pecah?

Aisyah HumairahWhere stories live. Discover now