♡'12

186 12 0
                                    

Aisyah menelefon bonda, takut takut juga sebenarnya nak bagitahu yang bekas besan bonda mengajak untuk bercuti. Marah bonda pada pihak sana masih belum reda. 

Panggilan dijawab, Aisyah membetulkan suaranya.

"assalamualaikum Aisyah, ada apa?"

bonda menjawab,Aisyah menelan liur nya perit. Bonda ni cakap macam marah sahaja.

"waalaikumusalam bonda, aisyah nak bagitahu yang ummi dan abah--"

"mereka nak apa lagi dari aisyah?"

aisyah mengaru kepalanya yang tidak gatal itu. Bonda ni sabar lah dulu,  tak habis bagitahu lagi ni.

"mereka..emm ajak kita bercuti--"

"haha-- bercuti? apa kita dapat bercuti dengan--"

"kenapa tu yang?"

suara ayah menyelamatkan keadaan yang mula janggal itu.. Dah ada aura bonda ingin meletus! Nasib ayah datang.

"ni hah, bekas besan abang ajak kita sekeluarga bercuti-"

"lah.. baguslah macam tu. apa salahnya.. Siapa tu? Aisyah? "

"assalamualaikum ayah, ye ummi dan abah ajak kita sekeluarga bercuti esok ni.. "

"tak silap ayah, cuti awal tahun kan?  Em elok sangat."

Aisyah tersenyum kecil, sedikit sebanyak perjumpaan ini boleh buatkan famili mereka bersatu semula macam dahulu.

Eratkan semula silaturahim yang terputus selama 3 tahun ini.

"kalau jadi, bonda dan ayah tolong bagitahu kakak dan abang.. "

"ye insyAllah."

Bonda kedengaran senyap sahaja.  Mungkin bonda tak setuju.

"kalau bonda taknak Aisyah pergi.. Aisyah boleh je tak pergi.  "

Kalau bonda tak restu, tak boleh juga kan?

"hm.. Kalau Aisyah nak pergi, pergi. Jela.. Bonda izinkan. "

Akhirnya bonda bersetuju. Ahhh lega hati, entah kenapa hati dia bagai teruja dengan percutian kali ini.

Tiba tiba panggilan baru masuk, Aisyah mengechek sekejap telefon sebelum bersuara kembali.

"bonda, ayah... Ada panggilan baru masuk.. Nanti kita borak lagi.  Assalamualaikum "

Tanpa menunggu balasan mereka, Aisyah laju menjawab panggilan itu.

Nama tidak di set, pelangan ke?

Ada ke pelangan pukul 10 malam ni?

"assalamualaikum siapa ni? "

Aisyah menyoal, senyap tiada jawapan.

"assalamualaikum.."

Ulang Aisyah lagi.. Masih sama.

Dalam beberapa minit kemudian Aisyah terdengar jelas dengusan nafas seseorang.  dengusan itu jelas bagai orang itu berada betul di sebelah telinga nya.

"hm"

Aisyah terkedu mendengar hembusan nafas itu.

Aisyah lantas meletakkan telefon tadi, entah kenapa.. Dengusan nafas itu bagai pernah bermain ditelinga nya.  Tapi siapa?

Hanya ada satu jawapan bermain di minda nya, namun jawapan tu cepat dilupakan.  Tak mungkin.

"ibu-"

Sofea masuk ke dalam bilik Aisyah sambil tangan mengosok mata. Mesti terbangun dari tidur ni.

"Sofea sayang, kenapa tak tidur lagi ni? "

Aisyah HumairahWhere stories live. Discover now