♡'19

184 10 1
                                    

Trowback

Perkahwinan mana yang tiada masalah kan?

Namun berbeza dengan rumah tangga Harris dan Aisyah. Semuanya tenang dan aman tanpa pergaduhan. Setakat gaduh manja itu biasa dan kerana pergaduhan manja itulah buatkan mereka semakin rapat. Sehingga bergaduh pun tiada masa.

Genap 3 tahun perkahwinan mereka, Aisyah mula nampak sisi 'pelik' Harris.

Harris sudah kurang berkomunikasi dengan nya, bahkan jarang ada di rumah.

Nak kata bergaduh, tidak pun namun Harris berubah terus 360 darjah.

Dulu Harris lah paling rapat dengan anak mereka, Sofea.

Sedang termenung, matanya menangkap kelibat Harris yang turun ke dapur. Cawan kaca diambil lalu diisi air suam. Dia berdiri lalu ke arah Harris. Bahu suaminya disentuh lembut.

Namun perasaan nya hampa apabila Harris mengalihkan bahunya seperti tidak mahu disentuh oleh isteri sendiri.

Namun Aisyah masih tersenyum, wajahnya didongak untuk memandang wajah suaminya.

"assalamualaikum suami Aisyah, hensem nya suami Aisyah ni. "

Pipi Harris dicuit geram lalu dicium sekilas.

Hati Aisyah bagai di robek pisau apabila Harris tidak membalas salam nya, dan yang lebih teruk lagi adalah Harris mengelap pipinya kasar.

Abang.. Aisyah terasa.

"abang nak kemana? "

soal Aisyah apabila Harris mula beredar dari dapur.

"atas"

Walaupun soalan nya dijawab, namun kedengaran dingin.

Air mata yang hampir terjatuh itu dilap menggunakan kedua dua belah tangan.

Abang dah tak sayang Aisyah...

***

Ingatkan 'pergaduhan' mereka sekejap, namun sekarang sudah hampir 3 bulan Harris dingin dengan nya tanpa sebab.

Bakery juga sudah tak terjaga, akhirnya Aisyah sendiri yang ambil alih.  Perniagaan suaminya harus diteruskan walaupun si suami sudah lepas tangan.

Sebulan yang lalu Harris ada bagitahu yang dia mahu outstation di Rusia. Katanya ada majlis saudara mara disana.

Namun yang peliknya, kenapa Aisyah tak boleh ikut sedangkan itu majlis keluarga?

Sekarang sudah sebulan berlalu, Harris masih di Rusia. Dia dan Sofea di Malaysia.

Sudah muak menjawab soalan bonda dan ayah tentang Harris.

Tiap tiap hari ditanya

"mana suami Aisyah pergi? Korang berdua bergaduh kan sebenarnya?"

Muak!

Telefon di atas meja makan dicapai lalu didail nombor suaminya.

Bibir nya digigit lembut, abang jawab lah.

Semakin lama, semakin kuat gigitan nya. Sehingga tak sedar bibirnya sudah terkoyak sederhana besar.

"bubu-"

Sofea yang sedang bermain anak patung di sebelahnya memandang bibir ibunya yang mula berdarah, Aisyah segera menyentuh bibirnya.

Telefon yang sudah bersambung itu diletakkan di tepi meja, tisu di ambil lalu dilap pada bibir.

Aisyah berdesir sakit.

Air mata yang sudah mencurah jatuh itu turut dilap menggunakan  tisu.

Dan tanggisan nya turut didengari oleh Harris.

Aisyah HumairahWhere stories live. Discover now