♡'22

370 11 6
                                    

"welcome back kak Aisyah!! "

Kata Mia, gembira sungguh bila boss kesayangan dah masuk kerja balik.  Seminggu tak jumpa. 

"assalamualaikum semua, dah sarapan? "

Soal Aisyah. 

Masing masing mengangguk tanda sudah. 

Aisyah tersenyum kecil sebelum memandang Ariyana.

"Ari, jumpa Aisyah di bilik kejap. "

Pinta Aisyah dengan suara serius nya.  Ariyana mengangguk sebelum menghantar Aisyah ke bilik dengan matanya. 

Dia mengeluh berat. 

"kenapa Ari?"

Soal Farizes, dia juga gerun melihat Aisyah yang serius tu. 

"tak ada apa.. Aku masuk dulu. "

Kata Ariyana sebagai penutup bicara.  Malas berlama lama disitu dia segera melangkah ke bilik peribadi Aisyah.

Pintu diketuk sebelum dibuka. 

"kak.. "

"hm, masuk lah. "

Jawab Aisyah sambil mata masih di komputer.

"duduk"

Ariyana mengangguk. 

"kenapa? "

Soal Aisyah serius.  Kini matanya memandang Ariyana.

"kenapa nak berhenti? "

Soal Aisyah lagi.

"maaf kak.. "

"Aisyah taknak dengar maaf, aisyah nak tahu kenapa? "

"mak saya sakit.. Saya kena jaga dia dekat kampung."

Lama Aisyah memandang Ariyana sebelum mengeluh berat.

"3 tahun Ari berkerja sini. Kita macam keluarga.  Tapi Aisyah takkan paksa Ari. Yang Aisyah boleh cakap, kalau Ari rasa nak kerja balik sangat dialukan.  Ari pekerja yang baik tau.  Sayang nya.. Tak apa lah.. Nah"

Sampul surat berwarna coklat cair itu diletakkan di hadapan Ariyana.  Ariyana memandang sebelum mengambil nya. 

"terima kasih untuk 3 tahun ni.  Aisyah sayang Ari sangat sangat.. Jaga mak baik baik ya? Semoga cepat sembuh. "

"terima kasih kak.. Aminnnn.  Ari keluar dulu kak.. "

Dengan berat hati Ari melangkah keluar dari bilik itu. Farizes dan Mia memandang Ariyana atas bawah.  Wajah Ariyana tidak segembira tadi.

Ada apa apa jadi?

***
Petang itu, selepas menghantar Rania ke hospital, Harris pulang ke rumah.

Selalu waktu waktu begini, Sofea sudah berada di rumah. Tak sabar nya!

"assalamualaikum "

"waalaikumusalam "

Jawab ibu, Harris kaget.

"mana Sofea? "

"Aisyah tak hantar sini.  Mungkin hantar rumah mak dia. "

"oh. "

Harris menggenggam kedua dua tangan nya, cuba berura ura tiada apa.

"Harris naik atas dulu. "

"nanti. "

Ibu yang sedang minum teh di ruang tamu itu berdehem.  Tv di tutup sebentar.

"sini. "

Aisyah HumairahWhere stories live. Discover now