♡'27

199 5 0
                                    

Aisyah menepuk lembut kaki Sofea yang lena tertidur. Memang bagus pun Sofea tidur. Aisyah taknak Sofea dengar semua kutukan dari orang tua tu.

Jam tepat pukul 8 malam. Pintu bilik itu dibuka dari luar. Harris tersenyum melihat Aisyah yang serba hitam itu.

Cantik sangat bidadari nya.

"Jom sayang"

Aisyah mengangguk lalu menyelimutkan Sofea. Dia kemudiannya keluar bersama Harris.

Lengan Harris dipegang erat tatkala mata mata orang memandang mereka.

"Ha sampai pun. Ingat tuan puteri nak dipanggil turun"

Ju tersenggih meluat. Dasar manja !

"Pembetulan, Aisyah ni memang tuan puteri, abang yang jemput dia turun tadi"

Harris membalas sinis dengan senyuman yang manis. Juliana panas hati apabila bekas abang iparnya menjawab sebegitu.

"Harris cepat, kau ketua bacaan yassin"

Tok mencelah selepas mendengar perbualan mereka.

Harris sekadar mengangguk dan memandang Aisyah. Bibirnya tersenyum manis.

"Abang pergi sana dulu ya? Assalamualaikum sayang"

Aisyah melukis senyum pendek. Dia mengangguk lalu membiarkan Harris pergi ke tempat lelaki.

Alunan ayat suci Al-quran oleh Harris benar benar membuat orang terbuai.

***

Aisyah melihat beberapa lauk yang berada di atas dulang, menu malam itu ayam masak kurma, nasi briyani, acar buah dan air teh o.

Kecur liur melihat semua makanan itu. Nak pula masakan mereka memang sedap!

Tiba tiba lengan Aisyah ditarik menuju ke satu tempat oleh Juliana. Dek kerana panas hati tentang tadi.

"Kenapa ni ju?"

Soal Aisyah pelik dengan kening berkerut.

"Kau tak payah nak acah baik lah depan aku.. aku cuma tertanya kenapa eh abang Harris tu terlalu sayangkan kau?"

"Apa Ju cakap ni?"

Aisyah masih dengan nada tenangnya. Masak sangat dengan perangai baran Juliana ini.

"Aku tertanya tanya lah.. kau yakin ke Harris tu sayangkan kau? Kau tak rasa pelik ke? 3 tahun dia hilang tiba tiba datang balik nak kahwin dengan kau? Tah tah dia dah ada anak sorang dengan—"

"Jangan biadab Ju, jangan fitnah abang Harris macam tu?"

"Kenapa? Kau sebenarnya kasi dia makan nasi kangkang kan?"

Pap!

Semua terdiam tatkala mendengar bunyi tamparan yang agak kuat dari mereka. Harris yang pada mulanya sedang berbual dengan seorang ustaz itu memandang mereka berdua.

Juliana memegang pipi kirinya yang ditampar. Mulut nya terlopong tak percaya. Muka nya merah menahan amarah yang begitu sangat.

Pap!

"Kurang ajar!"

Juliana membalas tamparan tersebut sebelum beredar dari situ.

Harris segera mendapat kan Aisyah. Harris memegang kedua dua belah pipi Aisyah lalu dihala memandang nya.

"Sayang kenapa?"

Aisyah mengeleng laju sebelum mahu beredar dari situ tapi tangan nya pantas dipegang oleh Harris.

"Juliana!"

Harris melaung nama bekas adik iparnya. Serta merta Juliana berhenti dan memusingkan badan nya. Tangan kanan nya masih memegang pipi.

"Harris beri amaran pada Ju dan Tok... atau mungkin semua. Berhenti menghina, memerli atau memperlakukan Aisyah macam haiwan!"

"Tapi abang nampak sendiri dia lempang Ju!"

"Berhenti atau abang tambah?"

Ju menjeling tajam abang iparnya lalu memeluk tubuh. Sungguh panas hati. Abang Harris tak adil!

"Layan Aisyah baik baik atau lepasni saya takkan datang sini lgi. Lebih baik saya baca yassin dirumah dari datang tapi dapat hinaan. Saya masih ingat yang Zhara tu isteri saya dan sebab itu lah saya datang sini"

"Kalau kau tak ikhlas kau takyah datang lepasni. Bawak bekas isteri kau tu balik. Datang sini sedap sedap lempang cucu aku. Pergi! Pergi!"

Tok bersuara selepas dengar semua kata kata Harris. Hatinya panas melihat Aisyah menampar cucunya sebentar tadi.

Harris agak terkilan dengan tok tapi dia masih tersenyum dan mengangguk.

"Sayang ambik Sofea dan kita pergi"

Aisyah mengangguk sebelum beredar naik ke atas.

"Harris, mama minta maaf ya pasal tok dan Ju tadi.. mama tak tahu kenapa diorang terlalu benci kedatangan Harris kalini."

Bekas mak mertua atau mak kepada Arwah Zhara datang memujuk bekas menantu nya.

"Tak apa lah ma.. kalau orang tak suka kita tak boleh paksa.. ha tu Aisyah kitaorang balik dulu nak minta maaf juga ya ma buat kecoh tadi"

"Tak de lah Harris.. mama suka kamu datang tapi mama kecewa dengan perangai Ju dan tok."

"Ma, balik dulu ya?"

Aisyah sempat mempamit sebelum ke kereta dengan beg baju dan Sofea yang masih lena.

"Jaga Aisyah baik baik.. dia macam mutiara. Satu dalam sejuta."

Harris tersenyum sebelum mengangguk. Betul Aisyah sangat unik.

Dengan hati yang sebal dan kecewa, mereka berlalu dari perkampungan pada malam itu.

Harris sempat mengerling ke arah Aisyah yang elok terlena. Tangan Harris naik ke pipi Aisyah lalu memberi elusan yang lembut pada pipi itu.

Kadang hatinya turut terluka. Rasa bersalah membawa Aisyah ke kampung arwah Zhara. Dia tahu Aisyah sangat sangat terluka dengan tamparan dan makian oleh Tok.

Dia juga rasa bersalah kerana terlalu banyak yang berlaku antara Aisyah dan Sofea sejak dari ketiadaan nya.

Jika benar lah kami masih berjodoh Ya Allah, kau permudahkan lah urusan kami.

Tbc

Jika semua wanita adalah bintang, pasti Aisyah seorang yang bulan.

Kerana dia masih bersinar walau tiada nya cahaya.

Aisyah HumairahWhere stories live. Discover now