♡'8

211 12 3
                                    

Harris menghirup udara petang, memandangkan sekarang musim sejuk di Moscow, Rusia jadi suasana di sana agak sejuk.

Harris sekali sekala memandang nombor yang berada di telefon nya.

Dahulu, itu nombor Aisyah tapi sekarang masih pakai ke dia nombor itu?

10 minit berfikir, barulah Harris buat keputusan untuk menelefon nombor tersebut

Dengan lafaz bismillah, Harris menarik nafas panjang sebelum telefon diletakkan di tepi telinga.

Berdering!

Baru sahaja Harris ingin menekan butang merah, panggilan itu dijawab.

"hello"

Harris membeku mendengar suara itu, itu.. Suara Aisyah!

Harris tergamam. Dia terdiam. Suara itu, suara yang sudah 3 tahun tidak dijamah telinga, sudah 3 tahun tidak mendengar nya. Betapa merdunya suara itu. Harris terkesan.

"hello siapa ni? Saya kenal ke? "

Harris mengeleng sebelum meletakkan panggilan tersebut. Ahhh! Gila! Ini kerja gila, Harris kau gila!

Hidung dan mata Harris mula merah akibat sejuk yang teramat.

Nombor tadi masih direnung nya. Kenapa Aisyah tak tukar nombor telefon nya? Dia mati mati fikir Aisyah sudah menukar nombor telefon.

Seorang lelaki berusia awal 30-an menegur Harris.

"pochemu eto Kharris? (kenapa, Harris?) "

Muhammad, housemate Harris bertanya. Harris menoleh sebelum mengeleng kecil. Dia mengangkat telefon separa bahu. Menunjuk skrin telefon kepada Muhammad.

Muhammad adalah sepupu Harris belah ayah, sepupu jauh. Muhammad memang orang Rusia sebenar, jadi dia hanya boleh bercakap dalam bahasa Rusia sahaja.

"chey eto nomer? (nombor siapa ni?)"

"moya byvshaya zhena (bekas isteri saya)"

Harris menjawab sebelum masuk ke dalam lalu duduk di sofa rumah, cuaca amat sejuk. Tak tahan rasanya. Muhammad mengikut, Muhammad menepuk perlahan belakang badan Harris sebelum tersenyum manis.

"zavtra ya vernus'v Malayziyu (esok saya akan balik ke Malaysia) "

Harris tersenyum senget, sejujurnya dia sudah terlalu lama berada di negara Rusia ini. Sudah sampai masa dia balik berjumpa dengan Ummi dan Abah. Rindu sangat.

Tak lupa juga, Sofea Innara. Mesti anak nya itu sudah besar! Ayah rindu sangat!

"eto khorosho, ye zhelayu tebe i ayshe vsego nailuchshego (baguslah, saya doakan yang terbaik untuk kamu dan Aisyah) "

Harris tersenyum manis, 3 tahun sudah mereka berpisah, apa perasaan wanita itu apabila tahu yang bekas suaminya dah balik?

Harris meminta diri untuk masuk ke dalam bilik. Frame gambar dia bersama Aisyah dan Sofea diambil sebelum wajah Sofea diusap.

"ayah rindu sangat dekat awak, tunggu ayah balik ayah cari awak okey? "

Harris segera meletak kan gambar itu, risau sebak nya bertandang ke hati. Dia segera mengambil beg pakaian lalu membuka pintu almari. Malaysia, i'm coming.

***

Selepas mendapat panggilan dari Farizes untuk datang ke bakery. Aisyah meminta Sofea untuk tinggal dengan Bondanya hingga lewat petang sementara dia uruskan bakery yang entah apa masalah.

Aisyah HumairahWhere stories live. Discover now