♡'21

571 10 0
                                    

Pagi itu, udara begitu nyaman dan sejuk.  Aisyah memandang sungai yang mengalir. Bunyi air terjun dan cengkerik buatkan hatinya berasa tenang.

Bunyi tapak kasut dan ranting yang patah dipijak didengari dari arah belakang.

Aisyah tidak menoleh, seakan tahu siapa gerangan itu.

Kerusi bersebelahan Aisyah di tarik lalu diduduk.

Harris tersenyum manis memandang bekas isteri nya. Aisyah cuma menunduk memandang jari jemarinya.

Hari ini adalah hari terakhir berada di sini.

Dan mungkin, kali terakhir dapat berjumpa Harris.

"tidur lena semalam? "

Soal Harris

"hm."

Aisyah mengangguk perlahan.  Mesti lah lena--

"sebab dengar suara abang ke? "

Aisyah memandang Harris tak puas hati.

"merepek. "

Harris tergelak kecil.

"Aisyah nak tahu tak? "

"tahu apa tu? "

"abang rindu sangat dekat Aisyah. "

Mata Aisyah merenung wajah Harris.  Mata mula panas dan berair.

"abang nak cakap yang abang betul betul minta maaf. Abang harap satu hari nanti kita-"

"mustahil"

Aisyah tersenyum kecil.

"lepas abang ceraikan Aisyah, Aisyah macam hidup dalam dunia yang gelap, menangis tiap hari bercakap seorang diri.. Sampai pernah masuk hospital sakit jiwa hahaha-

- Aisyah bukan tak boleh terima abang, tapi Aisyah fikirkan family kita.. "

"Kadang sampai Aisyah terfikir, abang tak lagi cintakan Aisyah jadi untuk apa Aisyah bertahan? Untuk menangis? -

- Aisyah rasa macam Aisyah dah boleh terima hidup tanpa abang. Aisyah beri abang hati, abang hancurkan nya dan sekarang abang pulangkan dengan kesan. Itu adil ke untuk Aisyah? "

Harris diam seribu bahasa. Matanya mula merah, sekarang bukan waktu terbaik Harris untuk cakap semua ni.

"kalau abang nak bersama dengan alasan Sofea, bukan abang sendiri ke kata abang tak lagi perlukan kami?  Jadi untuk apa? "

"i want to make you happy, only i know what can make you smile. You don't deserve this kind of pain. Sepatutnya abang yang terima semua ni, abang dah hilang orang yang selalu ada dengan abang.. I lose you "

Air mata Harris jatuh membasahi pipi. Dia betul betul ikhlas mahu kembali menjadi suami isteri.

"abang tahu, abang datang cuma bawa malapetaka-"

Tangan harris dipegang lembut.

"kenal dengan abang bukan suatu malapetaka, tapi mencintai abang suatu mimpi indah. Tak pernah hati ni benci abang, cuma Aisyah kecewa. "

Harris tersenyum mendengar kata kata Aisyah.  Bibirnya bergetar laju.

Allah hadirkan wanita sekuat dan setabah Aisyah untuk dirinya. Namun kenapa dia lepaskan?

"l'll never give up. Wait for me ya? "

Aisyah menunduk, air mata yang terjatuh itu disapu lembut.

"it's not that easy, abang"

"that's why i said, wait for me"

***
Perpisahan yang dia ingin kan

Aisyah HumairahWhere stories live. Discover now