♡'5

209 12 2
                                    

Selepas 2 bulan berfikir, Harris kembali ke rumah orang tua Aisyah.

Keluarga Aisyah semua nya berkumpul. Aisyah agak malu untuk bersua muka dengan Harris, ada ke patut belah perempuan yang pergi merisik

Harris nampak agak tenang.

"dah dua bulan pakcik bagi ruang untuk Harris berfikir. Dah ada jawapan?"

Harris tersenyum sebelum memandang Haidin.

"sejujurnya, belum"

Nampak keluhan kecil keluar dari bibir bonda.

"tak apa lah, makcik anggap itu sebagai kamu menolak anak makcik jela. Kita memaksa pun tak bagus juga kan? "

Aisyah mengunci mulut. Agak sedih tapi-

"saya seorang yang setia"

Mata senua menumpukan perhatian pada Harris. Harris tiba tiba memandang anak Haidin yang ada di atas riba itu.

"isteri saya meninggal akibat kehilangan banyak darah, masa arwah keguguran anak pertama kami"

Aisyah terkedu mendengar. Kesian nya.

"jadi susah untuk saya terima anak pakcik dan makcik, saya tak mahu kisah lama berulang"

Harris mencubit pipi gebu Haziq, anak Haidin yang berusia 2 tahun itu. Dia tersenyum sebelum mendengus halus.

"saya hormat keputusan pakcik dan makcik jadi saya harap pakcik dan makcik hormat keputusan saya juga"

Aisyah memandang bonda dan ayah yang terus terdiam mendengar cerita Harris. Mungkin mereka hampa kerana ditolak.

"saya menghormati keputusan awak encik, maafkan keluarga saya meminta awak untuk menikahi saya. Saya faham awak ada hati yang perlu dijaga, bekas mertua awak kan? "

Harris tersenyum lalu mengangguk. Benar kata kata Aisyah, apa pula kata belah mertua nya? Anak mereka baru sahaja meninggal, takkan sudah ada penganti?

"awak seorang suami yang baik, terima kasih kerana jujur. Sekurang kurang nya kata kata awak tak menyakiti mana mana pihak kan? "

Aisyah tersenyum manis, sejujur nya dia agak hampa tapi untuk apa dia mahu memaksa?

"maafkan pihak keluarga saya, kami mengalu alu kan kedatangan awak ke rumah kami, kita boleh jadi kawan kan? "

Harris mengangguk. Kata kata Aisyah benar benar matang dan sangat jujur. Langsung tiada kata kata memaksa.

"ye.. Kita boleh jadi kawan, terima kasih Aisyah "

***

Aisyah mengaul ayam yang sudah di perap dengan sos bbq. Malam ni ada bbq dinner!

Semua perapan sudah disedia kan oleh Aisyah sendiri. Sosej, daging, kambing, ikan! Semua ada!

Semua tadi ke pasar, Aisyah sahaja tak mengikut kerana malas nak bersiap dan sekarang semua sedang terbongkang tidur.

Mata Aisyah tiba tiba tiba terpaku pada rumah sebelah. Tingkap dibuka oleh seseorang yang pastinya pemilik baru rumah itu.

Matanya tiba tiba berair apabila mengingati kenangan dia dan Harris di rumah itu.

Selepas berkahwin, mereka tidak tinggal lama di situ. Mereka berpindah ke rumah yang diduduki Aisyah sekarang.

Aisyah menelan liur perit. Dia menunduk memandang perapan nya.

Dia mengeleng sekejap sebelum menutup mata perlahan. Tiada istilah move on di hati, tapi untuk berharap Harris akan kembali padanya agak mustahil.

Aisyah HumairahWhere stories live. Discover now