♡'23

330 11 0
                                    

Entah kenapa, tapi hati mau sangat mengajak Harris datang ke rumah.

Niatnya cuma ingin Harris dan Sofea luang masa bersama.

"ayah sampai pukul berapa ibu ?" soal Sofea polos.

Rambut Sofea disikat perlahan.

"kejap lagi"

Tiba tiba bunyi loceng kedengaran, ahh panjang umur.

"tu sampai dah.. Sofea tunggu sini. Biar ibu buka kan pintu"

"okay ibu"

Aisyah berjalan menuju ke pintu, pagar automatik terbuka sendiri selepas Aisyah menekan butang pada alat kawalan.

"assalamualaikum Aisyah"

"waalaikumsalam abang, masuk lah."

Harris berdiri tegak memandang segenap wajah putih Aisyah yang kemerahan itu.

MasyaAllah, cantik.

"abang.. Kenapa?"

"tak ada.. Aisyah cantik harini"

Ayat Harris mengundang senyum di bibir Aisyah.

"ada ada je.. Dah masuk, anak abang tunggu dari tadi"

Aisyah masuk ke dalam rumah lalu terus ke ruangan dapur.

Harris menuju ke arah Sofea yang sudah berlari anak ke arah Harris.

"ayah!"

Badan Sofea didukung oleh Harris.

"sayang ayah ni, wangi nya dia"

Pipi gebu Sofea dicium berkali.

"ibu masak nasi ayam.."

Jawab Sofea. Namun wajah Harris berubah, tidak ke Aisyah tahu itu makanan kegemaran nya?

"jom pergi dapur"

Sofea mengangguk sahaja.

Sampai di dapur Harris meletakkan Sofea di meja makan. Harris pula mendekati Aisyah dari belakang.

Pinggang Aisyah dicuit perlahan.

"ish abang.. Kenapa? Pergi lah duduk dulu. Dah nak siap dah ni"

"abang nak tengok Aisyah masak"

Aisyah tersenyum manis. Mungkin harini mood nya baik. Senyum sahaja.

"abang ada ternampak gambar Aisyah dan abangwaktu kahwin dekat ruang tamu.."

"oh gambar tu Aisyah sengaja letak, untuk kenangan. Tak ada sebab Aisyah nak buang kan?"

"iya betul.."

Lama mereka diam, Harris mula menyoal sesuatu.

"Aisyah masih sayang abang?"

Sup yang dikacau menggunakan senduk itu berhenti serta merta.

"abang.. Bukan sekarang"

"jawab kah Aisyah, abang nak tahu"

Aisyah memusingkan badan. Matanya menatap anak mata bekas suami nya.

Berkaca mata Aisyah.

"ya, Aisyah sayang abang.."

Harris tersenyum manis, suka dia mendengar.

"tapi waktu takkan mengubah apa apa, melainkan izin Allah."

Aisyah menyambung percakapan nya lalu api ditutup. Sup sudah habis dimasak.

"abang tolong Aisyah angkat sup ni.. Panas"

"boleh."

Sampai di meja makan, Aisyah mencedok nasi lalu diletakkan ke atas pinggan.

"ibu, nak makan sambil tengok tv boleh ke?"

"boleh sayang"

Pinggan yang berisi nasi dan ayam itu diberi oleh Aisyah. Terkedek kedek Sofea berjalan ke ruang tamu.

"nasi ayam Aisyah memang paling sedap. Abang suka"

"kegemaran abang kan? Sofea pun suka ni"

"oh yaka.. Ikut abang lah tu"

Aisyah tersenyum senget.

"abang kan.."

Aisyah berhenti menyuap nasi. Mula memberikan tumpuan.

"hahaha tak ada apa lah"

Aisyah cuma diam lalu tersenyum janggal. Aisyah tahu ada, tapi dia tak mahu memaksa.

"abang rindu semua masakan Aisyah, abang rindu Aisyah"

Mata Aisyah berkedip beberapa kali. Nasi dikunyah perlahan.

"abang tahu perit nya Aisyah dulu.. Tapi abang Betul betul mahu ambil galas balik tanggungjawab abang"

Beberapa detik selepas itu, Aisyah menyoal

"abang nak ayam lagi?"

"betul lah.. Aisyah dah tak nak abang"

"Aisyah kalau diizinkan, memang Aisyah nak abang. Tapi cuba abang fikirkan balik sama ada apa yang kita rancang baik untuk kita atau tak"

"kalau tak baik untuk kita mungkin baik untuk anak kita.. Sofea perlukan ayah dan ibu"

"kita tak perlu tergesa gesa macam ni abang, macam ni lah.. Kita perlahan lahan dapatkan balik cinta kita yang dulu."

"Aisyah dah tak ada sikit cinta langsung ke dekat abang?"

"ada.. Tapi kita berusaha dapat kan balik apa yang kita hilang dulu."

Mata Aisyah mula basah. Aih dugaan, mau atau tak kena juga lalui.

Aisyah sayang kan abang sangat, tapi Aisyah tak mampu untuk lalui semuanya.

Macam mana kalau Aisyah kehilangkan abang semula?

Dan abang kehilangan Aisyah semula ?

Dan kemudian abang minta maaf dan ingin mengalas tanggung jawab abang semula.

Dan Aisyah pula menghabiskan masa 3 tahun untuk menangis.

Macam mana?

Semuanya masih dalam dilema.

Kalau kita pilih untuk bersama, kita harus terima apa yang akan datang selepasni.

Namun, kalau kita pilih haluan masing masing. Kita pasti takkan segembira dahulu

Aaa fikir Aisyah!

Tbc

Aiii hihi lambat ka cepat? Aaa janji saya update cukup lah kan.

Enjoy, nis 📍

Aisyah HumairahWhere stories live. Discover now