♡'28

201 5 2
                                    

Aisyah membasuh pinggan pinggan yang ada di sinki. Walau sudah dihalang oleh Mia.. Aisyah masih mahu lakukan.

Dia juga kesian takkan Mia nak uruskan segalanya sorang sorang.

"Akak.. ada orang datang"

"Pelanggan ke? Mia layan kan sekejap.."

Mia yang berdiri dibelakang Aisyah diam seketika.

"Akak.. tengok lah.."

Aisyah memusingkan tubuhnya. Dia mengeleng sekejap sebelum dia mengelap tangan di kain kering.

Aisyah keluar dari dapur lalu ke pintu hadapan. Matanya terbuntang besar apabila orang itu adalah Harris. Patut paksa semacam.

"Abang buat apa sini?"

Harris meletakkan sehelai kertas A4 yang tertulis 'jawatan kosong'

"Hi saya jumpa kertas ni dekat luar.. nama saya Harris Iskandar Bin Ahmad. 34 tahun dan ada jurusan dalam bidang bakery . Saya duda anak satu dan bakal berkahwin dengan ibu kepada anak saya. Nama anak saya Sofea Innara Binti Harris Iskandar dan berumur 6 tahun. Nama ibu dia Aisyah Humairah Binti Abdul Aziz.. wanita cantik di depan saya.. "

Aisyah mengulum senyum. Kenapa lah Allah menciptakan Harris dengan penuh gula.. sangat manis!

"Awak datang nak minta kerja ke nak melamar saya?"

"Kalau boleh dua dua. Saya nak jadi pekerja awak dan juga suami awak pada waktu yang sama.."

"Kenapa abang ni sweet sangat?"

"Abang sweet untuk sayang.. i want to make you happy with me "

Harris menayangkan gigi nya. Kata katanya ikhlas.. dia benar benar sayang kan Aisyah.

"Abang diterima dan abang dinaikkan pangkat.."

Harris tergelak sebelum tangan nya naik mengusap pipi putih Aisyah.

"Okay sayang.. i love you okay?"

"I love you more abang"

"Ehem.. payah lah kalau suami isteri kerja sini.. Mia yang single ni bertambah rasa single."

Mia yang ingin menyusunkan kek itu sempat mengusik.

Wajah Aisyah mula memerah menahan malu. Tak apa lah janji sekarang aku bahagia!

Namun selamanya?

***

"Aisyah.."

Harris memanggil Aisyah yang sedang makan biskut Famous Amos. Saja ajak Aisyah jalan jalan di mall.. sudah lama tidak berdua.

"Ye abang?"

"Jom kahwin?"

Mata Aisyah tidak berkedip memandang Harris. Dia terkedu seketika. Tidak tahu mahu balas apa.

"Sayang.. jom kahwin?"

Aisyah tersenyum senget sebelum mengangguk tanda setuju. Mata nya berkelip beberapa kali. Dadanya tiba tiba sesak. Menangis.

"Sayang? Kenapa nangis?"

Soal Harris gementar.. salah ke apa dia cakap?

Aisyah mengeleng laju selepas sedar air matanya bertakung.

"Aisyah teringat pasal dulu.."

Harris mengeluh nafas berat.. nampak nya Aisyah belum beri 100% kepercayaan kepadanya.

"Its okay sayang.. take your time. Abang tunggu"

"Aisyah teringat 3 bulan lepas kita cerai.. Aisyah masuk hospital sakit jiwa haha"

Wajah Harris berubah serta merta..

"Aisyah pernah masuk hospital sakit ji—"

"Ye.. Aisyah penat.. Aisyah stress.. Aisyah rasa macam tak ada harapan hidup. Aisyah hampir bunuh diri dan—"

Aisyah memandang wajah Harris. Air mata nya dikesat perlahan. Dia mengambil nafas sebelum menyambung.

"Anak kita.."

Aisyah tersenyum kelat. Dia ibu paling tak berguna. Macam mana dia boleh terbayang untuk bunuh anak sendiri hanya sebab seorang lelaki. Dia betul betul tak guna.

"5 bulan Aisyah dirawat dan alhamdulillah.. I'm survived "

Aisyah tidak lagi tersenyum. Bila teringat segala yang terjadi padanya.. sangat sakit.

"Sebab abang cinta pertama Aisyah. Abang orang pertama menghuni hati Aisyah.. bila abang tinggal kan Aisyah.. Aisyah pun hilang jiwa Aisyah.. semuanya ikut abang"

Sambung Aisyah.. Harris mengedip mata perlahan. Ya Allah.. kuatnya Aisyah.

"Tapi Aisyah tahu takdir Allah tu adil.. kita dipertemukan dan bina masjid semula.. jodoh kita ada.."

".. Aisyah nak.. Aisyah nak kahwin dengan abang.."

Aisyah tersenyum kelat sebelum hujung jari nya menyentuh hujung terlunjuk Harris. Dia nak bersama Harris.. dia nak sehidup semati dengan Harris.

"Kita kahwin.. abang tunaikan janji sayang yang abang hancurkan.."

***
Jika belum move on dari cinta pertama atau takut jika cinta sekarang sama seperti cinta pertama.. tolong jangan simpan rasa ingin bercinta.. sakit dan pedih
***

Keluarga Aisyah dan keluarga Harris sudah berbincang akan menyatukan Harris dan Aisyah buat kali ke dua dalam masa terdekat. Buat kecil kecilan.

"Alhamdulillah.. semoga dipermudahkan segalanya.."

Bonda berkata selepas perbincangan tamat. Nampak wajah gembira bonda.

"Aminnnn.. terima kasih ya Khadijah terima lagi kami sebagai besan"

"Allah maha mengetahui apa yang kita tidak tahu.. ada hikmah"

Ayah menyampuk sebelum menjemput mereka makan. Harini bonda buat sambal udang dan ayam masak kurma.

"Sayang.."

Aisyah memandang Harris yang duduk disebelahnya. Wajah Harris nampak suka semacam.

"Kenapa abang?"

"Abang nervous, macam kita mula mula kahwin.."

"Hahaha ngada lah abang ni.. 1 minggu lagi.. sabar ye?"

"Tak boleh sabar.. abang rindu sayang"

Aisyah mengecil kan matanya. Ada unsur unsur bahaya dekat situ.

"Jangan nak mengada eh"

"Hahaha gurau lah sayang.. jom makan. Sayang nak apa? Abang ambil kan"

"Ayam kurma tu"

Harris mengangguk sebelum bangun pergi mengambil makanan. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Segalanya diatur dalam keadaan yang baik dari kedua dua belah pihak.

Ya Allah.. adakah ini sebahagian dari perancangan mu atau ini doa ku yang telah engkau makbulkan? Terima kasih untuk peluang kedua ini ya Allah.

Tbc

Alhamdulillah syukur dapat habiskan dan Alhamdulillah 28/2/2021 genaplah umur saya 16 tahun. Allah masih bagi pinjam nafas ni supaya saya dapat membetulkan apa yang tak betul.

Saya start buat cerita tahun 2018 bulan may.. masa tu bukan ramadhan. Ilham buat buku pun dari buku orang.. sekarang saya usaha buat cerita dengan imaginasi sendiri.

Untuk cerita yang ni.. sebahagian darinya dari cerita kehidupan saya sendiri.

Kenapa kita terlalu mengikut gaya Khadijah ra sedangkan ada gaya Zulaikha.

Boleh saya dapat wish 🥰❤️

Aisyah HumairahWhere stories live. Discover now