♡'1

479 18 0
                                    

Aisyah Humairah memandang anak nya yang berusia 3 tahun itu. Nyenyak betul tidur ye. Dia tersenyum sendiri. Perlahan lahan tanganya menepuk punggung kecil itu.

Bibirnya bergerak menyanyi kecil. Cepatnya anak ibu membesar.

Pintu biliknya terbuka kecil sebelum ada kepala yang mengintai.

"abang? Mari lah"

Aisyah tersenyum seraya kepalanya memandang kembali pada si anak.

"nyenyak Sofea tidur"

Sofea innara nama diberi pada sikecil ini.

"abang ada sesuatu nak bincang"

Aisyah mula fokus pada suaminya. Nampak macam ada sesuatu yang serius.

"ye abang, cakap lah"

Harris Iskandar memandang sekejap anak mereka sebelum mengambil nafas dalam.

Kedua dua belah tangan Aisyah dipegang erat sebelum mengurut perlahan.

"abang sayang Aisyah"

Aisyah tersenyum, suka dia mendengar ayat itu, nak pula keluar dari mulut suaminya. Langsir yang terselak itu memberikan sedikit cahaya bulan menerangi mereka berdua. Wajah mereka masih dapat dilihat walau dalam malap.

"Aisyah pun sayang abang"

Harris mati senyuman. Tangan kanan nya naik mengusap pipi merah Aisyah. Aisyah kekal tersenyum manis.

"mesti Aisyah penat seharian jaga Sofea ? Sekarang rehat lah"

Aisyah menganguk kecil. Sejujurnya ya, agak penat.

"tidur lah"

Aisyah tanpa ragu menoleh ingin ke katil semula. Tiba tiba belakang nya dipeluk oleh Harris.

"abang minta maaf. Tapi abang dah buat keputusan "

"keputusan apa abang? "

Aisyah agak kaget, keputusan apa? Tak bincang pun?

"bercerai"

Wajah Aisyah segera pucat. Jantung nya berdegup laju. Apa yang diucapkan oleh suaminya bagai mimpi ngeri. Dia bernafas melalui mulut, tergamam dia jadinya.

"ab-abang"

"ye betul.. Abang minta maaf "

Pipinya mula basah dengan air mata. Dia mengeleng laju. Ingin sahaja dia memusing kan tubuh menghadap Harris tapi laju dihalang oleh harris sendiri.

"abang penat ni.. Esok kita bincang tentang ni. Mari, mari tidur"

"Aisyah, abang serius"

Aisyah menutup sekejap matanya. Air nya mengalir deras. Dia merayu meminta semuanya hanya mimpi.

Harris perlahan lahan melepaskan pelukkan. Segera Aisyah menoleh memandang suaminya. Wajah suaminya itu jelas menampakkan dia menangis. Makin sebak dan sesak hati mereka berdua.

"abang-"

"Aisyah Humairah Binti--"

"abang! "

Aisyah segera memeluk suaminya erat. Menghentikan suaminya dari menyambung ayat itu.

" i'm sorry "

"abang jangan buat Aisyah macam ni. Macam mana anak kita? Sofea? Abang kena fikir masak masak."

Aisyah masih merayu. Ya Allah bantu aku.

Badan Aisyah ditolak menjauhi nya. Harris mengeleng kecil.

Aisyah HumairahWhere stories live. Discover now