♡'2

313 15 1
                                    

🍁🍁
3 votes 5 comments
🍁🍁

Aisyah menyapu jem pada roti yang baru dibakarnya. Rumah agak sunyi kerana bonda dan ayah ikut abang ke Melaka.

Tinggal lah Aisyah seorang diri. Tapi tak apa.. Boleh buat semua benda sesuka hati hehe!

Baru roti pertama ingin dimakan, loceng tiba tiba berbunyi. Dah siapa pulak yang datang pagi pagi ni.

Aisyah segera mengambil tudung sarung bonda lalu bergegas ke pintu utama.

"Asslamualaikum"

Seorang lelaki berbaju T panjang memberi salam. Hampir sahaja Aisyah jatuh pengsan. Ya rabbi hensem nya!

"wa-waalaikumusalam "

Aisyah menjawab sambil muka menunjukkan reaksi tenang.

"saya nak tanya.. Rumah sebelah ni kosong ye? "

Aisyah mengangguk kecil. Rumah kak Riah.

"ye.. "

"saya dapat tahu dari internet tapi tak ada nombor pula dekat sini.. "

"ohh.. Encik nak nombor telefon pemilik lama rumah ni ke? "

Aisyah menebak. Tah betul tah tidak.

"ha ye"

Gotcha

"boleh kejap"

Aisyah menyeluk poket belakang seluar untuk mengambil iphone nya.

"011-"

"011"

"2375"

"ok"

"9910"

"991- okay.. Thank you emm"

"Aisyah, Aisyah Humairah"

Senyuman manis Aisyah disambut ikhlas oleh lelaki itu.

"Harris Iskandar"

Aisyah memuncungkan bibir. Nama sedap.. Muka helok!

"bila nak pindah? "

Aisyah berpura pura ramah, selalunya dia orang paling malas layan tetamu.

"dalam minggu ni juga lah"

Harris masih membalas.

"ohhh.. Kalau senang datang lagi"

Harris agak janggal. Dia mengangguk lalu meminta izin untuk pergi. Aisyah menghantar kepergian Harris dengan senyuman yang tak lekang.

Pintu ditutup lalu Aisyah sandar pada pintu. Mukanya diraup kasar. Ahh panas panas.

***

Aisyah menilik jam pada komputer nya.

"allah, 5 minit lagi Sofea balik"

Aisyah menepuk dahi. Seorang wanita masuk ke bilik rehat lalu memandang Aisyah pelik.

"berkerut kenapa kak Aisyah? "

Aisyah memuncung kan bibir nya ke arah jam. Wanita itu laju menangkap maksud Aisyah.

"ohh.. Takpe Mia boleh jaga bakery ni"

Mia mengangkat tangan separuh. Aisyah bukan nya apa.. Tapi risau sebab 2 orang lagi pekerja nya keluar delivery .

Kesian Mia.

"betul ni? Kak Aisyah sekejap je tahu.. Maaf Mia terpaksa kerja walaupun sekarang lunch hour "

Aisyah HumairahWhere stories live. Discover now