♡'16

202 12 8
                                    

Throwback

Aisyah tersenyum melihat kertas berbentuk 4 segi berwarna hitam putih itu.

Baru balik dari hospital, sejak kebelakangan ni badan rasa tak sedap rupa rupa nya dia disahkan mengandung 3 bulan!

Dia menyorok kertas itu di poket seluar belakang nya. Harris masuk ke dalam bilik dengan senyuman manis.

"kenapa isteri abang tersengih sengih ni? "

Aisyah mengeleng kecil.

"boleh abang pakai baju yang Aisyah beli ni? "

"em boleh. "

Beg kertas dihulurkan kepada Harris, kening Harris berkerut melihat baju itu.

"baju unicorn ? "

"haah.. Please ? "

"boleh je sayang, sekejap abang tukar. "

Harris membuka baju nya lalu dilempar kan ke kepala Aisyah, tak reti nak tutup mata ke apa Aisyah ni.  Orang nak buka baju ni.

Cis!

"ish. "

Selesai menukar baju, Harris memanggil Aisyah lalu menunjukkan baju unicorn itu.

Aisyah tergelak kuat .

"seksi nya abang! Hahaha"

"mengada eh dia ni, kenapa tiba tiba minta orang pakai baju macam ni, ni? "

"bukan Aisyah yang nak.. Baby yang nak. "

Aisyah mengosok perut nya. Tetapi reaksi nya agak biasa untuk Harris mempercayai kata kata nya.

"merepek"

Harris memandang Aisyah, langsung tak ada riak bergurau di wajahnya. Hati nya mula berdebar.

"serius ke sayang? "

Aisyah menarik kertas di belakang seluarnya lalu ditunjukkan pada Harris.

"3 bulan dah. "

Harris diam memandang kertas itu.  Perasaan nya sukar diungkapkan.

"jadi, Aisyah mengandung ? "

"yup hehehe"

Harris laju memeluk Aisyah, dadanya berombak menahan sebak.

"alhamdulillah."

"hei, nangis pula dia. "

Aisyah menyapu air mata Harris. Sebak pula bertandang ke hati.  Reaksi Harris buat kan dia pula nak menangis.

"betul ke ni? "

"ye abang, betul. "

"siapa je dah tahu? "

"cuma abang. "

Harris diam tak berkutik, matanya masih memandang wajah Aisyah.  Sekejap sekejap dia memandang sekitar perut Aisyah.

"patut abang tengok Aisyah makin berisi.. "

"tahu.. Emm"

Harris tersenyum lebar.  Hatinya terlalu sarat dengan gembira.

Dahi Aisyah dicium lama.

Terima kasih Allah, terima kasih bagi peluang ini lagi.

***

Seperti biasa, perempuan mengandung mesti ada karenah nya.

Mengidam itu, mengidam ini atau pun muntah dan alahan.

Tapi bukan bagi Aisyah.

Sampai kan Harris sendiri bertanya apa yang Aisyah mengidam.

Tapi jawapan Aisyah masih sama, tak ada apa apa.

Pejam celik pejam celik, kandungan Aisyah sudah 8 bulan.

Sekejap sahaja masa berlalu.

Aisyah terjaga dari tidur nya, cahaya lampu bilik yang terpasang dipandang dengan wajah bingung.

Persoalan nya terjawab apabila terlihat Harris sedang berdoa di atas sejadah.

"kenapa abang tak kejut subuh? "

Harris menoleh ke arah Aisyah sebelum menghabiskan doanya. Kedua dua telapak tangan dihalakan ke wajah.

"baru pukul 3."

Aisyah bangun dari perbaringan.  Wajah nya berkerut. Letih betul.

"abang doa apa? "

Soal Aisyah apabila Harris mendekatinya.  Sempat dahi isterinya dicium. 

Sayang betul.

"abang doa supaya Allah mudahkan perjalanan Aisyah untuk menglahirkan anak kita ni nanti. "

Aisyah tersenyum.

"abang takut.. Abang takut kalau Aisyah tinggalkan abang macam arwah Zhara dulu. "

"Aisyah sayang abang, tak mungkin Aisyah nak tinggalkan abang. "

Kata kata Aisyah mengundang senyuman kecil Harris.

"betul? "

"betul. "

Harris mencium jari jemari Aisyah.  Perut Aisyah diusap penuh kasih sayang.

"terima kasih, terima kasih untuk semuanya. "

***

Kata kata doktor tadi masih segar di dalam fikiran Harris hatinya berdegup kencang.

Sekejap nanti dia boleh masuk ke dalam wad Aisyah.

"tahniah, encik menimang anak perempuan sekejap tadi. Bayi dan ibu dua dua nya sihat. Sekejap lagi baru boleh lawat. "

Dia bersyukur, kalau dulu dia mendapat berita sebaliknya.

Dia bersyukur perkara itu tak berulang kembali.  Perit nya masih terasa.

Tiba waktu melawat, Harris masuk dengan senyuman lebar.

"sayang. "

Panggil Harris lembut, wajah pucat Aisyah dipandang penuh kasihan.

Penat agaknya.

"terima kasih sayang. "

Dahi Aisyah dicium, Aisyah membalas dengan mencium belakang tangan Harris.

"mana anak kita? "

Belum sempat Harris menjawab, seorang nurse perempuan menolak katil kecil beroda masuk, bayi perempuan berbalut kain pink pekat itu dipandang penuh teruja.

Keluar sahaja nurse dari bilik itu laju tangan Harris mengangkat tubuh kecil itu.

Rasanya sungguh berbeza kalau dulu dia mengangkat tubuh bayi yang sudah tidak bernyawa.

Air mata nya mengalir lagi. 

"abang, jangan lah menangis lagi.  Cenggeng betul lah. "

"ish"

Harris berdecit geram.  Orang nangis pun dia perasan!

"dah fikir nama? "

Soal Aisyah, ikutkan dia yang nak letakkan nama tapi sebab kan Harris terlalu 'over' dengan kandungan nya kalini jadi dia serahkan tentang nama pada Harris.

"sudah.. "

Aisyah tersenyum sebelum mula baring memandang siling.  Tak sangka, pada umur semuda ini dia sudah bergelar ibu.

Alunan azan oleh Harris sangat merdu.  Tanpa sedar Aisyah terlena.

"Sofea Innara Binti Harris Iskandar ".

Nama diberi pada anak kecil ini.

Membesar jadi anak yang solehah ye sayang.





Satu ni je ambil masa 2 minggu.  Chapter seterus nya sebulan.

Aisyah HumairahWhere stories live. Discover now