♡'9

196 12 1
                                    

Akhirnya sampai juga dia ke Malaysia selepas 13 jam berada di dalam kapal terbang. Dia menilik jam tangan nya,

2 petang.

Rasanya sebelum balik ke rumah Ummi, lebih baik beli sesuatu sebagai buah tangan. Sekurang kurang nya kalau ummi marah dan menghempuk dia dengan penyapu, dapat juga lah hati ummi sejuk dengan buah tangan yang dia beri.

Takut juga difikir kalau sampai rumah nanti.

Harris membetulkan topi di kepalanya. Dia bercadang nak ke mall berhampiran rumah orang tua nya saja.

Sampai di mall, Harris mengeluarkan telefon pintar nya untuk mencari kedai Famous Amos.

Semasa dia berada di Malaysia pun, dia jarang datang ke mall. Kalau pergi pun dengan Aisyah.

Sedang Harris mencari kedai tersebut, Harris tidak sengaja melanggar seorang wanita di hadapanya. Membulat matanya apabila telefon wanita tersebut jatuh tersebam ke lantai.

Ah mati! Kau ni Harris! Baru sampai Malaysia dah buat hal.

Harris memandang wajah wanita tadi, takut takut jika wanita itu marah.

Matanya tiba tiba berkerut, mata nya menjadi redup lalu menarik topi yang dipakai nya kebawah untuk menutup bahagian matanya.

"maaf saya tak nampak"

Harris segera berpusing dan berlalu pergi, hatinya berdegup kencang.

Dia kenal wanita tadi tu siapa.

"tu.. Aisyah kan? "

Tanya Harris pada dirinya sendiri, dia kemudian nya mengeleng laju.

Ah tak tak! Angau sangat kau ni Harris. Lebih baik cari kedai biskut tu dan balik, kalau tak semua orang kau nampak macam Aisyah!

Sampai di depan rumah ummi dan abah, Harris menekan loceng berkali kali.

Tiba tiba pintu pagar terbuka luas, Harris segera berdiri di depan halaman rumah agam itu.

Kelibat puan Mariam kelihatan. Dada Harris menjadi sebak, ummi-

"siapa tu? "

Soal puan Mariam dalam matanya menyepet. Tidak jelas muka Harris dimatanya.

"ummiii-"

Beberapa titis air mata akhirnya jatuh ke pipi. Ummi, rindu ummi-

"Harris? Harris.."

Bonda datang ke arah Harris dengan laju. Habis wajah anak nya dibelek belek.

"Harris, Harris dah balik! Abang! Rania! Harris ni"

Jerit ummi sebelum memeluk badan Harris erat.

"ampunkan dosa Harris ummi, maafkan Harris. "

Ummi mengangguk, belakang kepala anak nya diusap usap. Dahi Harris dicium bertubi tubi.

"Ya Allah anak bertuah! "

Harris melepaskan pelukkan, dia mendepa kan tangan ke arah abah yang sedang berlari itu.

"abang! "

Rania pula menghulurkan tangan menyalami abang nya.

"kau ke mana lah Harris"

Abah menyoal, matanya sudah berair. Ya Allah akhirnya kau makbulkan juga doa aku.

"kau sihat ke tidak? "

"sihat bah"

"dah dah, kita borak lebih banyak dekat dalam. Luar ni panas"

***

Aisyah HumairahWhere stories live. Discover now