"FIQA.. aku masuk, ye?" Danish mengetuk pintu bilik. Namun,tiada balasan.
"Aku masuk, ekk?" serentak dengan itu, tangannya memulas tombol pintu. Mata Danish melilau mencari Afiqa di setiap sudut bilik. Tiba-tiba, pintu bilik air terbuka. Afiqa keluar dari bilik air hanya dengan berkemban menggunakan kain sarung manakala bahunya terdedah.
Danish yang memandang terpaku. Air liur ditelan. Afiqa yang tidak perasan akan kehadirannya berpaling. Namun bila terlihat Danish, Afiqa terjerit dan berlari masuk ke bilik air. Danish tersentak dengan jeritan Afiqa.
"Nish!!! Asal kau tak bagitau nak masuk?! " suara Afiqa menjerit dari dalam bilik air kedengaran. Danish tersengih.
"Aku dah bagitau, lah! Kau aje yang tak dengar." Danish membalas dengan lembut.
"Tipu! Kau cakap, kau ikhlas nak jaga aku! Tup tup, kau ikhlas nak ambik kesempatan!" Afiqa yang berada di dalam bilik air mula teresak.
"Fiqa?" Danish memanggil namanya. Afiqa tidak membalas. Cuma esakkan yang kedengaran.
"Fiqa... Bukak pintu ni." entah kenapa, Danish berasa bimbang dengan keadaan Afiqa.
"Tak nak! Nanti kau buat aku macam mana Naim buat! Aku tak nak!" Afiqa membalas dengan suara yang serak.
"Fiqa... Aku tak macam binatang tu lah! Aku ni suami kau, tau. Kau tu isteri aku. Tak salah kalau aku tengok kau dengan keadaan kau macam tadi. Bukak pintu ni, Fiqa..." Danish cuba memujuk. Janganlah budak ni buat benda bukan bukan kat dalam bilik air tu.
"Aku tak nak!" Afiqa menjerit kuat. Danish yang berada di hadapan pintu bilik air tersentak.
"Fiqa, please Fiqa... Aku mintak tolong sangat sangat... Tolong bukak pintu ni..." Danish masih memujuk.
"Aku tak nak!" Afiqa membalas dengan esakkan.
"Kau keluarlah, Nish!" Afiqa terduduk di atas lantai bilik air. Sungguh, dia trauma dengan peristiwa yang lepas.
"Fiqa.." belum sempat Danish menghabiskan kata, Afiqa membalas.
"Pergi sebelum aku benci kau untuk seumur hidup aku! Tak payah nak pujuk. Aku bukan budak kecik! Aku dah 17. Pandai pandai lah, aku!" Afiqa menjerit marah.
"Fiqa, aku nak jaga kau, aje! Bagilah aku peluang. " Danish semakin bimbang.
"Tak payah jaga aku! Aku bukan budak darjah satu! Kau boleh blah, lah! " Afiqa semakin teresak. Airmata yang mengalir dibiarkan begitu sahaja di pipi. Sungguh, dia takut dengan Danish. Ringkasnya, dia tak percayakan insan yang bernama LELAKI! Danish agak tergamam bila mendengar perkataan boleh blah dari Afiqa.
"Tapi, aku nak jaga kau!" Danish masih berkeras.
"Aku cakap tak payah! Pergi! Aku benci kau! "Afiqa memeluk kedua dua belah lututnya.
"Fiqa..." Danish memanggil nama Afiqa dengan perlahan.
"Aku benci kau!" Afiqa menekup kedua dua belah telinganya.
"Fiqa.. Please, bukak pintu ni..." Danish terduduk dihadapan pintu bilik air. Kepalanya disandarkan ke pintu.
"Tak nak!" Afiqa masih lagi memberikan jawapan yang sama.
"Fiqa... " Danish memanggil namanya dengan lembut. Afiqa tidak membalas.
"Fiqa... " panggilan demi panggilan dari Danish tiada sahutan.
"Fiqa? " senyap.
"Fiqa? " tiada balasan.
"Fiqa, jangan macam ni, Fiqa!" Danish berasa agak cemas.
YOU ARE READING
Maa Sweet Badboy
Lãng mạnDanish? Hmm, badboy senget, nakal, tapi,... sweet. WARNING⚠️ Citer ni agak klise Well, citer melayu, en? Author xpaksa untuk baca. Tapi malam nanti author pi umah korang hahahhaa 😂🙏🏻 ******** "Aku nakal, jahat, teruk. Aku bukan pilihan kau tapi...