Bab 26

203 13 0
                                    


Dalam tak sedar, dah hampir 3 tahun aku dan Danish apply universiti yang sama. Kitorang ambik course pun, sama jugak. Business study. So, jadual kitorang hampir sama. Aku tak tinggal kat hostel atas 2 sebab. Satu, dah penuh. Dua, Nish tak bagi.Ngeeee..

"Weh, minah! Ni air kau! " Fitri menampar bahu aku dengan perlahan menyebabkan aku tersentak. Aku kenal dia sejak minggu orientasi lagi. Sejak tu kitorang rapat. Nama penuh dia, Wan Nur Fitriliyana Alya binti Wan Liah. Tuannya baik, cantik, putih gebu. Tapi, Nish cakap aku lagi cantik. Hehe, kuat betul bodek pakcik tu. Yelaa, cubalah cakap perempuan lain selain mama dan umi lagi cantik melainkan dia betul betul nak tido luar! Ngee... Aina? Dah sampai UUM sana! Rindu betul ngan akak tu! Dah lama tak jumpa!

"Kau dah ada idea untuk assigment prof? Dahlah dia nak esok! Haihh!" Fitri mengeluh perlahan.

"Belum lagi. Weh, pasni kau teman aku, eh? Kita pergi library? Aku nak cari bahan sikit." aku memandangnya menanti jawapan.

"Okay. " balasnya sepatah.

Tiba-tiba iPhone bergetar. Aku tersenyum.

Fiqa kat mna? Habis class trus hilang. Abang carik x jumpe. Lju btul! - Abang

Pantang aku hilang kejap aje pakcik ni! Pantas, tangan menaip.

Fiqa kat cafe ngn Fitri ni. Dahaga lah. Tdi Fiqa nampk abang tngh discuss ngn kengkwn abang, Fiqa x nk lah kacau. - Fiqa

"Jom, ar!" Fitri memandang aku. Aku mengangguk dan menghabiskan fresh orange yang masih bersisa.

*************

AKU tersentak saat merasakan ada sesuatu disumbat ke dalam mulut! Aku segera berpaling ke tepi dan.... Danish! Dia tersengih lucu memandang aku.

"Nak membaca ke, nak tido? " dia mengejek.

"Dua-dua." balasku malas. Mata sempat menangkap sesuatu dalam pegangannya. Cadbury! Patutlah rasa manis! Benda alah tu yang dia sumbat dalam mulut aku.

"Nak lagi?" aku meminta.

"Tak elok makan dalam library. " dia memangkas.

"Alah! Tadi tu?" aku memuncungkan bibir.

"Itu ubat! Nak kasi hilang ngantuk." serentak dengan itu, dia mengemas barang barang aku yang ada di atas meja.

"Nak gi mana?" soalku dengan dahi yang berkerut.

"Balik. Ke, Fiqa ada plan lain?" tingkahnya terhenti.

"Takde." Aku menggeleng perlahan.

"Mana abang tau Fiqa kat sini? " aku bertanya hairan.

"Fitri chat, bagitau." Dia kembali menyambung aktiviti mengemasnya yang terjeda sebentar tadi.

"Fiqa datang ngan Fitri. Nak balik ni, kena bagi tau dia dulu."

"Tak payah."

"Asal plakk?"

"Fitri dah balik dari tadi lagi." balas Danish tanpa memandang aku. Aku terkedu. Dah balik?

"Fitri chat suruh abang datang sini. Dia suruh teman Fiqa sebab dia ada hal. Takkanlah dia saje chat abang. Dia pun tau lah, abang ni suami Fiqa." seolah -olah memahami aku yang dilanda kekeliruan, Danish menjelaskan. Aku mengangguk. Cis, kau Fit! Balik tak bagitau!

"Dah, jomlah!" Danjsh mencapai tangan kanan aku dan aku cuma mengekor dari belakang.

*************

AKU memicit kepalanya yang terasa pening. Mata pun dah senak akibat menghadap laptop lama sangat!

Danish muncul dengan mug di tangan. Mug tersebut dihulurkan kepada aku. Aku menyambut. Kopi yang ada di dalam mug, aku hirup perlahan. Panas!

Maa Sweet BadboyWhere stories live. Discover now