Bab 17

336 10 4
                                    


SEBIJI Panadol dihulurkan kepadaku. Aku cuma membatu.

"Ambiklah. Telan ni. Aku turun bawah kejap." Danish meletakkan ubat tersebut ke dalam genggaman aku. Aku menggigit bibir perlahan.

Mama pernah cerita, waktu aku berusia 2 tahun, dia pernah keguguran sebab telan Panadol. Kata mama lagi, kalau bukan sebab dia keguguran, sudah pasti aku mempunyai seorang adik lelaki berusia 15 tahun sekarang. Tapi, tulah kan? Takdir Allah kita kena terima.

Pantas, aku berjalan ke bilik air. Ubat tadi aku flush dalam tandas. Kalau Danish tau aku tak telan, mesti dia mengamuk punya! Cepat-cepat aku duduk atas katil dalam posisi tadi. Tak lama, Danish muncul.

"Dah telan? " soalnya tegas.

"Urmmm." aku hurming. Sorry abang, Fiqa terpaksa tipu demi baby kita! Eh, tak! Ni baby aku sorang aje! Baby ni, aku punya! Huh! Eh, Fiqa! Kalau bukan sebab mamat ni, tak jadi tau baby tu. Tiba-tiba otak mencelah. Hek elehh, nak nyelit jugak otak ni! Syiuhhh! Pergi duduk kat lutut sana! Biar hati berbicara. Buahahaha!

Menyedari hati dan otak aku sedang rancak berperang, lantas aku mengetuk dahi sendiri. Bila aku angkat muka, aku perasan yang Danish pandang aku pelik.

"Dah kenapa? Tau lah SPM dah habis. Tapi janganlah ketuk kepala tu. Bengap nanti. " dia menggeleng perlahan. Aku cuma diam. Termalu sendiri. Ngeeee...

"Sakit lagi ke, kepala tu?" soalnya prihatin. Eh, eh! Lembut pulak suara!

"Sikit." balas aku perlahan.

"Sini." dia menepuk paha kanannya. Aku termangu.

"Sini! " dia menarik kepala aku supaya tidur di atas ribanya. Allahu! Malunya tak usah dicerita!

"Tak payah nak malu sangat! Aku nak tolong picitkan kepala kau aje pun! " dia berkata selama.

Aku cuma diam. Kurang sikit sakit kepala ni bila dia picitkan.

Perlahan lahan, dia berubah. Badboy sengal kesayangan aku dah hilang...

****************

"HOW'S your day?" suara dari sebelah sana kedengaran.

"Okay... Urmm, mamaaa... " aku sengaja meleretkan suara.

"Yup sayang?" mama menyahut.

"Boleh tak kalau Fiqa nak balik sana? Fiqa rindu mamaaaa... " aku memanjakan suara sedikit.

"Dah kenapa pulak anak mama ni? Ke gaduh dengan Nish? " soalnya lembut.

"Taklah... Fiqa betul betul rindukan mama... Maaaa.... Please, ma??" entah kenapa, aku jadi makin cengeng pulak! Air mata asyik nak bertakung aje!

"Tanya Nish lah... Dia kan suami Fiqa? Lagi elok, kalau balik sama sama." putus mama.

"Yelahh... Urmm, maaa... Fiqa nak turun dapurlah. Nak tengok apa yang Fiqa boleh tolong. Nanti apa pulak umi cakap." aku berniat ingin menamatkan panggilan. Yelah, terasa sangat! Sikit sikit, Danish! Sikit sikit,Danish!

"Elok lah tu... Dah,jaga diri, jaga makan minum. Mama letak dulu. Assalamualaikum. " pantas, panggilan ditamatkan sebelum aku sempat membalas salam mama. Huwaaaa!

*****************

"FIQA, rasa lah nenas tu." umi mempelawa. Tanpa diminta, Danish menyuakan sepotong nenas dihadapan muka ku. Aku menggeleng pantas. Kenapa lah banyak sangat dugaan ni? Semalam panadol, petang ni nenas pulak!

"Takpelah umi. " aku menolak lembut.

"Makan!" Danish mendekatkan nenas tadi ke mulut aku. Aku mengelak.

"Apelah. Nak suruh makan macam nak kena ajak berperang. " Danish mengomel perlahan. Namun, telinga aku masih dapat menangkap dengan jelas omelan tersebut. Nenas tersebut dimakannya.

"Ubat dah makan, belum?" Danish bertanya.

"Tak demam dah." aku menggeleng pantas. Tipu sikit takpe kan? Lagi pun aku bukannya demam! Aku alahan aje, kot! Itupun jarang jarang. Dan, aku dapat rasakan yang baby aku ni sporting betul! Waktu bapaknya ada, takdelah pulak aku rasa loya atau nak muntah.

****************

AKU mengusap perut yang terasa sebu. Aduhh, tak larat dah nak muntah! Macam ni ke mama waktu mengandungkan aku? Air mata aku mula bertakung bila menyedari begitu banyak kesilapan yang aku dah buat kat mama. Terutamanya waktu aku dan Danish nak kena paksa kahwin. Waktu tu, air mata mama memang betul betul mengalir. Bukan sikit, siang malam aku nampak muka dia sugul. Nampak murung dan matanya sentiasa sembap.

Nada dering dari iPhone kepunyaan bapak baby mengejutkan aku (aku malas nak sebut nama dia).

Aku cuma melihat nama pemanggil. Lieya. Aku melihat iPhone tersebut tanpa niat ingin menyentuhnya.

"Kenapa tak tolong angkatkan?" soal Danish apabila dia masuk kedalam bilik dan mendapati banyak panggilan tidak berjawab.

"Barang aku, aku punya hal. Barang kau lantak arr. Jangan sentuh barang aku. Aku tak suka. " aku mengulangi percakapan sinisnya sebulan yang lepas.

Danish memandang aku dengan pandangan menghelang. Seolah olah tidak berpuas hati. Aku membalas pandangannya. Ingat aku takut sangat ke, hah? Hah?? Hah?? Hah???

"Mulut tu aku cium jugak nanti kang!" dia mengugut keras.

"Bukan tak biasa." aku memerlinya. Danish menggenggam penumbuk. Terus dia keluar dari bilik. Bajet aje lebih!

Aku bingkas bangun bila menyedari bahawa sekarang sudah menjangkau pukul 9 pagi. Nak pi jemur kain jap!

Maa Sweet BadboyWhere stories live. Discover now