Bab 8

275 10 0
                                    


Aku melipat kain yang bertambun di atas katil. Baju dan seluar Danish, aku lipat sama. Bila dah siap semua, aku susun dalam rak. Baju seragam sekolahnya aku sangkut ke penyangkut baju dan sangkutkan di dalam almari.

"Fiqa... Ada nampak baju ngan seluar uniform sekolah abang punya, tak?" tiba tiba aje dia masuk ke dalam bilik dan bertanya.

"Ada. Aku sangkut dalam almari." aku cuma mengangguk.

"Jangan lah cakap 'aku'." dia menegur dengan lembut. Tapi, lembut pun tak selembut waktu dia angkat panggilan semalam tu!

"Dah tu, nak cakap apa? Tenuk? " kasar aku bertanya. Bila fikirkan balik, biadab pun ada!

"Sayang... Janganlah.. " belum sempat dia meneruskan, aku dah potong.

"Jangan nak ber'sayang sayang' sangat, boleh tak? Apa guna kau panggil aku sayang, kalau tu panggilan yang kau dah panggil kat orang lain dulu sebelum aku? " aku memandangnya dengan meluat. Danish tergamam. Merah mukanya. Sama merah waktu dia diejek oleh Irwan. Danish menundukkan mukanya. Air mukanya kelihatan keruh.

"Sorry." cuma sepatah tu dan dia mengambil baju seragam sekolah kepunyaannya di dalam almari. Tanpa kata, dia membuka laci meja. Bekas jarum dan benang diambil. Dia duduk di atas katil. Benang dimasukkan ke dalam lubang jarum dan dia mula menjahit lencana sekolah di poket sebelah kiri bajunya.

Kenapa dia tak mintak tolong aku? Aku cuma mampu memerhati tingkah lakunya tanpa bunyi.

"Aduh!" dia mengaduh perlahan. Aku cepat cepat mencapai jari telunjuknya. Darah membasahi jari tersebut.

"Dah lah... Aku okay. Kau buat arr kerja kau tu. Baca lah novel tu sampai khatam. Kalau dah khatam, khatamkan lagi. Baca sampai kiamat! Aku boleh jahit sendiri. Lagipun, tak mati punya, kalau tercucuk jarum ni." dia menarik tangannya dari pegangan aku. Kasar sekali caranya! Cara dia bercakap pun kasar. Aku terkedu.

"Pergi sana,lah! Semak aje!" dia kembali menjahit lencana sekolah di bajunya. Aku terdiam. Entah kenapa,airmata aku jadi murah sangat bila dengan dia! Tanpa dapat dikawal,airmata aku menitis satu persatu. Muka aku mula terasa panas. Aku menolak bahunya dengan kasar. Dia mengangkat muka dan memandang aku.

"Kau dah apehal?" Danish kelihatan bengang. Namun, bila dia terlihat muka aku yang merah dan airmata aku yang mengalir, dia kelihatan terkejut.

"Sayang...Kenapa ni?" wajah Danish kelihatan cemas. Dia mengesat airmata aku.

"Stop panggil aku sayang!" aku menolak kedua dua belah tangannya yang berada di pipiku.

"Fiqa... Abang mintak maaf." dia memegang tangan kananku dengan lembut.

"Lepas, lah! Kau jahat!" aku menepis tangannya. Pantas, aku berjalan masuk ke dalam bilik air. Pintu bilik air aku kunci.

"Fiqa... Fiqa! " bunyi ketukan kedengaran. Aku menghamburkan tangis sepuas yang mungkin. Dia janji nak jaga aku! Dia tipu!

"Aku benci kau, Danish! Kau tipu! " aku menjerit sekuat hati.

"Fiqa... Bukak pintu ni! " Danish mengetuk pintu lagi. Aku cuma terduduk diatas lantai bilik air. Lantai kering, jadi seluar aku tak basah.

"Fiqa... Bukak sayang...." suara Danish memujuk dengan lembut.

"Kenapa kau panggil aku sayang?!" aku bertanya dengan esakan.

"Sebab Fiqa isteri abang... Abang sayang Fiqa. " suara Danish kedengaran semakin lembut.

"Stop! Aku tak nak panggil kau abang, dah!" aku membalas.

"Fiqa... Bukak pintu ni... Kita settle elok elok, ya?" suaranya memujuk masih kedengaran. Disebabkan aku nak benda ni selesai, aku membuka pintu bilik air. Sebaik sahaja pintu bilik air terbuka, Danish menilik tubuh aku.

"Fiqa ada sakit mana mana, tak? " dia memandang aku dengan pandangan risau. Aku menggeleng perlahan. Airmata masih lagi mengalir akibat terasa dengan layanannya tadi.

"Cuba cakap, apa yang buat Fiqa menangis? Apa yang buat Fiqa tak puas hati? Cuba cakap? Abang tau, kita ni baru lagi. Kita sama sama tak kenal perangai masing masing. So, Fiqa cakap, tak puas hati pasal apa? Kita settlekan sekarang jugak." dia mengesat airmata aku yang masih bersisa.

"Abang lagi pentingkan makwe dari isteri." aku menunduk. Airmata aku dah jadi macam air paip! Mengalir aje! Fiqa, kenapa kau nangis, hah?!

"Kes jealous lah ni?" Danish tersenyum. Aku memuncungkan bibir. Bahunya aku tumbuk kuat.

"Aduh.. Sakitlah... Tak baik pukul suami, tau... Tak kesiankan abang, ke?" Danish mengerutkan mukanya. Bahunya diusap. Sakit ke? Tak semena mena, aku turut mengusap bahunya. Bimbang dia sakit. Apelah kau ni, Fiqa! Pukul pastu usap balik!

"Dah tu, abang nak manja manja dengan saper?" dia mengangkat dagu aku. Wajah aku dipandangnya.

"Fiqa kan ada! Kenapa nak cari orang lain?! Abang tu Fiqa punya, tau!" aku memandangnya geram. Danish tersenyum. Eh, jap.... Maksudnya aku provok supaya dia bermanja dengan aku ke? Allahurabbi.... Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, bodoh lah kau ni, Fiqa!

"Fiqa bukannya nak layan abang pun, kan?" dia bertanya. Aku terdiam.

"Tapi kenapa nak kena panggil sayang sayang?! Fiqa ada perasaan,lah!"aku menjelingnya tajam. Danish ketawa perlahan.

"Haa.. Gelaklah! Fiqa tau, abang sengaja nak buat Fiqa sayang abang. Pastu, abang nak hancurkan hati Fiqa macam yang Naim buat! Abang kalau tak ikhlas ngan Fiqa, tak payah lah kawin ngan Fiqa! Dah lah Fiqa ni kena paksa kawin! Pastu suami Fiqa pulak ada makwe lain! Semua orang tak jaga hati Fiqa!" airmata aku kembali mengalir. Terasa hati sangat sangat dengan sikap semua orang! Mama, Danish, sama aje!

"Mengarut apa panjang panjang tu?" Danish tergelak. Pipi aku dicubitnya dengan lembut. Dia kata aku mengarut?

"Eeiii... Dah lah! Abang faham ke tak, apa Fiqa cakap?" aku bertanya.

"Tak." selamba dia menjawab.

"Dah lah! Fiqa pun dah malas dah!" aku berpusing ke belakang dan berjalan menuju ke katil. Novel aku capai dan baca.

"Takpelah kalau taknak layan abang. Jangan marah abang call makwe abang, dah lah... Makwe lagi layan abang daripada isteri abang sendiri." dia mencapai iPhone s5 kepunyaannya.

Belum sempat iPhone itu dicapai, terus aku sambar! Kad SIM aku keluarkan dan genggam dalam tangan. Terus aku letak balik iPhone tadi ke tempat asal tuan dia letak. Danish ketawa kuat.

"Tuuu diaaaa.... Dia punya jeles tahap tujuh petala langit, naa?" Danish mencuit pipiku. Pantas, aku menepis.

"Hey... Mintak balik SIM card abang tu..." dua menadahkan kedua dua belah tangannya. Aku cuma diam. Tak boleh! Jangan harap!

"Mintak lah sini... Nak call makwe abang, ni... Nak kasi sayang cakap ngan dia..." Danish memujuk.

"Tak payah call!" aku menjeling Danish dengan tajam.

"Kalau call?" dia bertanya.

"Okay... Fiqa call pakwe Fiqa!" aku tersenyum sinis. Berubah riak muka Danish. Nampak bengang!

"Apa Fiqa cakap?" mukanya mulai memerah.

"Nak call pakwe Fiqa!" aku tersenyum. Tanpa diduga, Danish mencapai iPhone aku dan dibukanya satu persatu contact.

"Tuuuu diaaa... Lagi dasyat dia punya jelesss! Sampai angkasa lepas, naa? " aku tergelak. Tanpa riak, terus dia masukkan iPhone aku kedalam poket seluar track dia! Wadafakk???

"Hey! Give me that!" aku menadah tangan.

"Dalam mimpi!" dia tersenyum sinis. Warrghhhh!

"Kejam!" aku merungut.

"Fiqa... Siapa Naim tu dengan Fiqa?" lembut Danish bertanya. Alih tajuk punya manusia!

"Waktu benda tu jadi, dia still bf Fiqa. Dia jealous sebab Fiqa berbual ngan abang masa Fiqa jatuh tu." aku menundukkan muka.

"Pastu, sekarang?" Danish mengangkat dagu aku lagi. Tau, dia nak pastikan sama ada aku jujur atau tak.

"Clash." balasku sepatah.

"Asal?"

"Sebab Fiqa hak abang." aku menjawab. Danish tersengih kegembiraan.

"Yelah tu." dia menjuihkan bibir. Aku cuma mengangguk.

Maa Sweet BadboyWhere stories live. Discover now