Bab 12

193 13 0
                                    

"NISH ngan Fiqa dah makan?" soal mama sebaik sahaja aku selesai menyalami tangannya.

"Tak. " balasku perlahan.

"Haa, Nish... Pergilah makan. Fiqa, temankan Danish. Layan Danish nak makan." mama menepuk bahu Danish dengan lembut. Aku memandangnya Danish. Dia cuma mengangguk.

"Jom?" aku memegang tangan kanannya dan berjalan menuju ke dapur. Aku agak kecewa bila Danish tak membalas pegangan tangan aku. Dia cuma menurut tanpa bunyi.

"Abang nak ayam?" aku bertanya.

"Up to you. Fiqa bagi apa, abang telan aje." dia mengangkat bahu tanda tak kesah. Aku mencedok tomyam ke dalam pinggannya dan seketul ayam masak merah.

"Fiqa? " tanya nya pula. Aku cuma tersenyum dan menggeleng.

"Ahh, takde! Makan jugak! " pantas, Danish membaca Bismillah kemudian, tangannya berada di hadapan mukaku. Aku cuma memandang kosong.

"Makan." arahnya sepatah.

"Tak nak." aku mencebikkan bibir.

"Makan." tegasnya lagi. Aku cuma mengeluh perlahan sebelum mengangakan mulut. 

"Nak air?" dia bertanya lembut. Aku cuma mengangguk. Air sunquick yang telah aku tuangkan ke dalam gelas untuknya dihulurkan kepadaku.

"Abang nak air?" aku bertanya. Dia mengangguk. Lantas, aku capai gelas tadi. Aku pegangkan gelas dan dia meneguk air tersebut. Tiba tiba kedamaian hilang terus akibat......

"Wei! Sweet hah?!" along merangkap kakak sulung aku menyergah. Danish agak tersentak. Aku pulak, nasib baik bukan jenis yang latah macam si Aina. Kalau tidak, hancuss!

*************

OKEY...Hari ni,  genaplah seminggu Danish acah-acah merajuk ngan aku. Padanhal nak tidur cari aku jugak, nak peluk lah apalah. Tak paham betul dengan pakcik ni.

"Fiqa!" aku tersentak dengan suara nyaring Aina di pagi yang dah jadi tak berapa nak indah sangat, sebab aku nampak Danish MALAUN tu tengah jalan ngan sorang pelajar perempuan. Astaghfirullahhalazim, Fiqa... Tak baik cakap camtu kat dia. Eh, apa aku kesah?!  Aku bukan main lagi treat dia dengan lemah lembut, dengan elok,  kononnya nak pujuk dia. But, datang datang sekolah aje, dia dah date ngan makwe! What the hell?!

"Fiqa!" sekali lagi aku tersentak. Apa hal ajelah minah ni. Orang tengah jeless ngan laki sendiri ni!

"Ye, ye.. Apa hal?" aku memandangnya. Dia tersenyum manis.

"Kau dah kenapa?" Aina bertanya lagi.

"Entahlah. Period dah nak dekat, kut. Itu yang angin sikit. Eh, tu bukan  crush kau, ke?" aku buat buat alih tajuk. Aina segera berpaling ke arah yang aku tunjukkan.

"Eh... Perempuan tu lah yang hugging dengan dia kat padang haritu! " Aina memetik jarinya berkali kali. Dahiku berkerut.

"Maksud kau, crush kau yang ni lah yang hugging hari tu? " aku bertanya cuak.

"Yup! " Aina mengangguk. Aku terdiam. Cis! Dasar jantan! Dah secondhand rupanya. Aku peluk bekas orang lain dah peluk! 

"Kau tak rasa apa-apa? " aku menduga. Aina terdiam.

"Aku nak rasa apalah sangat. Bukan nya laki aku. Lainlah kalau aku ni bini dia. Weh, aku nak bagitau, kalau betul lah aku jadi isteri dia pun, memang aku ignore 7 keturunan kau tau, tak?" Aina tersenyum sinis.

"Mana nak jadi keturunannya kalau kau buat ignore?" aku bertanya pelik.

"Weh, cakap tapis sikit! Itu 18 ke atas!" Aina menolak kepala aku sehingga aku terteleng. Pantas aku menolak kepalanya pula. Kami berjalan sambil bergurau sampailah...

BEDEBUK! 

Pantas aku mengangkat muka. Danish! Mata kami bertentang. Aku menahan geram. Entah lah, aku yang langgar dada dia, aku pulak yang nak marah. Pelik kan?  Tapi apa aku kesah?!

"Sorry. " aku mengundur setapak sebelum meneruskan langkah namun, tiba tiba tangan aku dipaut olehnya.
Aku terhenti. Wajahnya aku pandang dengan riak menyampah dan sakit hati.

"Apa ni, pegang pegang?" aku mengheret tangan aku tapi, makin kuat dipautnya! Kes dalam bilik tidur haritu berulang lagi! Arghh!

"Lepas! " aku menjelingnya tajam. Setajam tajam yang boleh! Kalau boleh, biar lagi tajam daripada pedang dalam filem The Lord Of The Ring yang kitorang tengok sama sama dalam laptop dia haritu!

"Kalau tak nak? " dia tersenyum nakal.

"Lepas!" aku memasamkan muka.

"Balik nanti,  mesti abang pulak yang kena pujuk orang tu." dia mengeyitkan mata. Arrghh, poodaah! Ingat aku nak cair? Sorry to say!

"Let me go please. And one more thing, date ajelah dengan makwe kat sebelah tu. Aku tak nak kacau daun." aku merentap tanganku kasar. Aku meneruskan langkah secepat yang mungkin. Tangan Aina aku heret sekali.

"Dia tu.... Sweet lah ngan kau. Ada apa apa ke? " Aina bertanya. Aku dapat mengesan riak cemburu di situ.

"Tak lah. Entahnya mamat tu. Makwe ada kat sebelah pun nak  'memancing' lagi. Kaki pancing punya manusia!" aku mencebikkan bibir.

"Tulah kan? Dia sangka kau sangkut dengan dia kot." Aina terangguk angguk. Aku tersenyum hambar. Bukan setakat sangkut, Aina. Dia dah peluk cium aku dah pun.

"Ermm.. Weh, kau punya class  dah buat ke, eksperimen yang kena bedah katak tu?" Aina bertanya. Aku menggeleng.

Eksperimen? Hurmmm.....

************

"CIKGU nak kamu cari partner masing masing." suara cikgu Aziah memberikan arahan kedengaran. Aku mengeluh perlahan. Semua yang lain dah ada pasangan aku je takde. Dahlah kelas kali ni kena gabung dengan 5 IBK. Aina punya mulut ni memang masin betul! 

"Siapa yang takde pasangan lagi?" tanya cikgu Aziah. Serentak dengan itu, aku dan salah seorang pelajar 5 IBK mengangkat tangan.

"Okey, kamu berdua sekumpulan." putus cikgu Aziah. Aku berpaling ke tepi bagi melihat siapa yang akan jadi partner aku nanti. Rupa rupanya, Danish! Allahurabbi... Dahlah marah aku kat mamat ni tak surut lagi. Alih alih, kena geng sama pulak. Allah...

"Sayang okey tak ni?" serta merta darah aku menyirap. Ada hati nak panggil aku sayang?

"Pergilah bersayang sayang dengan pompuan tadi tu. " aku menjeling Danish dengan tajam.

"Sayang jealous ke?" Danish tersenyum lebar.

"Tak! And be formal please?"aku memandangnya dengan pandangan kosong.

"Okey... Formal. Saper nak pergi ambik katak? " dia menganggukkan kepalanya sebelum bertanya.

"Aku nak!" aku tersenyum. Dia kelihatan hairan.

"Okeylah. Asal kau bahagia." dia mengeleng perlahan.

"Kau perempuan pertama yang aku kenal  tak takut dengan katak." dia bercakap sambil memaku kaki katak pada papan yang disediakan.

"Kenapa? " aku bertanya.

"Yelah. Biasanya, kalau perempuan  jumpa aje katak, terus menjerit." dia mengangkat bahu.

"Tolong sikit. Aku bukan camtu okey. Lain kali, jangan judge orang berdasarkan luaran. " aku tersengih. Entah kenapa aku tersengih padanhal aku tengah nak marah ngan dia ni.

"Kan? Macam sayang, lah. Nampak aje luaran ganas. Tapi kalau tidur malam,peluk best wooo. Kalau tak peluk, sayang tak boleh nak tidur. Dahlah manja, kan? Sikit sikit masuk bilik air. Paling sayang suka kalau kena cium dahi. Kan? " dia tersenyum nakal dan mengenyitkan mata. Aku tergamam.

"Watch your mouth or I'll watch it for you! " aku menunjukkan pisau bedah yang akan digunakan untuk membedah katak kepadanya.

"Okey. Aku diam sampai habis eksperimen." dia tersenyum senget. Nampaknya, dia langsung tak heran dengan cubaan acah acah membunuh aku tu, huh!

Maa Sweet BadboyWhere stories live. Discover now