Bab 14

189 15 1
                                    


"WEH, nah !number dia!" aku menghulurkan satu cebisan kertas kepada Aina. Dia kelihatan hairan.

"Asal kau tak pm aku je? " dia bertanya.

"Phone aku kong semalam." aku tersengih. Dia mengangguk laju.

"By the way, thanks weh.." dia tersengih suka. Aku membalas dengan senyuman kecil.

"Ke kau nak aku tolong tackle dia?" aku bertanya. Matanya bersinar kegembiraan.

"Serious weh?" dia menyoal tidak percaya.

"Urmmm. " aku mengangguk. Eh, baru aku tersedar! Allahurabbi.. Ape kau buat ni, Fiqa!!!

"Aku tak janji weh... " aku tersenyum hambar.

"Takpe... Kau dah tolong dapatkan number dia ni pun, dah kira bagus." Aina tersengih.

"Okay... " aku cuma mengangguk.

***************

"APE ni?" Danish menyoal kasar. iPhone s5 kepunyaannya ditunjukkan kepada aku.Aina chat dia! Bukak pintu bilik aje, terus kena sembur!

"Ai... Aina... " aku tergagap. Danish kelihatan bengang.

"Ape pasal bagi? " dia memandang aku dengan tajam.

"Ingatkan, abang tak kesah." balas aku perlahan.

"Allah..." Danish mengeluh perlahan. Tanpa dapat aku tahan, air mata aku mula mengalir.

"Sayang, kenapa nangis, ni? " dia mengesat air mata aku dengan lembut. Aku mengeleng laju. Tangannya yang ada di pipi,aku tepis.

"Fiqa, abang cuba nak jaga hati Fiqa. Abang seboleh bolehnya tak nak Fiqa terasa kalau abang ada relationship dengan mana mana perempuan lain. Tapi, Fiqa paksa abang untuk buat camtu. Abang sayang Fiqa, tau? Okay... Abang sedar, Fiqa tak sayang abang macam mana abang sayang Fiqa. Malahan, Fiqa tak sayang abang pun, kan? Tapi, tolong faham? I want you... Just you... Not someone else." Danish menunduk. Pertama kali, aku tengok dia mengalirkan air mata. AIRMATA JANTAN yang menitis disebabkan oleh aku! Aku agak, dia bukan menangis sebab sedih. Tapi, sebab dia tertekan dengan aku ni.

"Tolong faham, bila seorang lelaki sanggup menitiskan air mata dia demi Fiqa, itu tandanya Fiqa betul betul penting dalam hidup dia. Tolong ingat, air mata lelaki ni, mahal." dia mengesat air matanya dengan pantas. Aku tergamam.

*************

Dah pukul 1 pagi. Tapi, Danish tak masuk tidur pun, lagi. Aku agak bimbang. Dia keluar lepak, ke? Kenapa dia tak bagitau aku?

Tunggu punya tunggu, waktu aku hampir terlelap tiba-tiba pintu bilik dibuka. Danish mencapai bantal. Lalu, tilam di dalam almari diambilnya. Tilam tersebut dihamparkan di atas lantai di sebelah katil. Terus dia baring situ. Aku cuma mampu membatu di atas katil. Agak terkejut dengan tindakannya.

Berberapa minit aku menunggu,kedengaran desahan nafasnya. Danish daaa tido! 'Dia... Dia tidur bawah?! what? Eh, jap... Jap Fiqa! Urhhhh! Bukan ke ini yang kau nak selama ni? Dia dah tak tidur sekali dengan kau! Dia dah tak peluk, tak cium kau pun! Yeay! Kau patut happy dengan freedom ni! ' detik hatiku. Jujurnya, aku mengaku, aku sedang menipu diri aku sendiri! Arghhhhhh!

Perlahan-lahan, aku turun dari katil. Aku bersila di tepi Danish yang sedang tidur. Keningnya aku usap perlahan. Pipinya aku cubit dengan lembut. Muka Danish berkerut kerut bila aku kacau dia yang sedang tidur. Spontan, aku gelak mengekek. Entah jin mana yang merasuk aku menyebabkan aku merapatkan muka aku ke mukanya. Tiba-tiba, kepala aku ditolak kuat dari arah belakang. Dengan tak sengaja, bibir aku melekap kemas di bibirnya.Warrgghh!!!!! Bodo,bodo!!!

"Arrrgghh!" aku menolak pipinya kuat.

"Best? " soalnya sinis dengan mata yang masih terpejam. Aku mengetap bibir.

"Abang.... " aku memandangnya geram.

"Aku memang pantang bila orang kacau aku tidur. Jadi, itu upahnya sebab kacau aku tidur. Dah, syiuh! Pergi jauh jauh!" dia berbaring mengiring, membelakangkan aku. Aku terkelu. Entah kenapa, mata aku mula berkaca. Haritu, aku bahasakan diri aku, 'aku' dia marah. Ni, bila aku dah panggil abang, dia pulak yang buat aku camni. Kenapa? Apa salah aku? Sebab Aina?

Aku bingkas bangun. Perlahan-lahan, aku membaringkan tubuh ke atas katil. Tanpa dapat ditahan, air mata aku mengalir. Pantas, aku mengesatnya dengan kasar. Kenapa mesti mengalir sebab lelaki tu!!!

***************

AKU melangkah malas ke padang. Arrghh! Ape punya nasib, ni! Botol air aku tertinggal waktu aku main badminton masa senamrobik tadi. Namun, aku terdengar suara seseorang yang sangat aku kenali. Kedengarannya,seperti sedang memujuk seseorang.

Siapa pulak yang duduk kat padang waktu waktu macam ni? Dah pukul 4 petang, kut! Aku menjengukan kepala ke belakang dinding. Kelihatan, seorang perempuan dan seorang pelajar lelaki sedang berdua duaan. Aku tergamam. Kenapa aku rasa.... Aku kenal sangat tubuh pelajar lelaki tu walaupun aku tengok dari belakang.

"Dah.. Jangan nangis. Abang pun rindukan Lieya. Nanti, abang call Lieya selalu, ye? " suuara pelajar lelaki itu memujuk kedengaran. Jantung aku mula berdebar debar.

"Lieya tau lah abang dah ada isteri! Tapi kenapa jarang nak jumpa Lieya?! Lieya rindu abang! Mesti abang lagi sayangkan dia dari Lieya! Sebab tu abang abaikan Lieya! " pelajar perempuan itu mengesat air matanya.
"Shhh... Janganlah cakap macam tu. Nah! Fav Lieya! Abang tak pernah lupakan makwe abang ni! " pantas, pelajar lelaki tersebut menghulurkan sebungkus coklat Cadburry kepada pasangannya tadi. Pantas, dahi pelajar perempuan tersebut dikucup lembut. Airmata yang mengalir di mata pelajar perempuan itu datang kesat perlahan. Gelak ketawa mereka kedengaran. Namun, bila pelajar lelaki itu memandang ke arah aku, aku tergamam. Danish! Danish juga seakan terkejut dengan kehadiran aku, namun riak wajahnya cuba dikawal. Aku cuma dipandangnya sepi.

"Sebab ni Lieya sayang abang! Happy birthday dear! Moga panjang rezeki, sihat delalu dan berubah jadi lebih baik! Banggakan umi dan abah! Elok elok SPM nanti! Nah! Hadiah dari Lieya. " pelajar perempuan tadi menyerahkan seutas gelang tangan yang diperbuat daripada manik manik kayu berwarna hitam-putih. Kemudian, dia memeluk Danish dengan kemas. Pelukannya dibalas. Pipi Danish dikucupnya pantas. Air mata aku mula bergenang.

"Jom, lah! Lieya nak kena balik dorm, kan? Ni dah pukul 4:15 dah pun. Pergilah. Abang pun nak balik jugak. Nanti umi bising. " Danish tersenyum kepada pelajar perempuan itu.

"Abang smooking lagi? " pelajar perempuan itu bertanya. Danish cuma tersenyum manis. Air mata yang hampir tumpah, aku tahan sedaya upaya. Tak pernah dia bercakap selembut tu dengan aku. Dan tak pernah dia senyum semanis tu bila dengan aku. Coklat? Langsung tak pernah bagi!

"Abang jangan smooking! Lieya sayang pakwee Lieya! Kalau abang takde, entah camner Lieya nanti!" pelajar perempuan itu meluaskan matanya. Danish cuma tergelak kecil. Pipi Danish ditepuknya perlahan.

"Okey lah! See, ya! Love you! Muahhss. Nitez untuk malas ni!" pelajar tersebut menghulurkan tangannya kepada Danish. Danish menyambut. Aku tak pernah dapat layanan macam tu bila dengan Danish. Siapa aku ni, bagi dia?

Bila pelajar tersebut sudah beredar, aku keluar dari tempat 'persembunyian' aku. Danish cuma berdiri kaku dan memandang aku dengan pandangan kosong. Tanpa pamitan, dia berjalan melepasi aku. Tubuh kami hampir berpapasan namun dia langsung tidak memandang apatah lagi menegur aku. Bila Danish pun dah lesap, aku cuma mampu memandang keychain yang berada di dalam genggaman dengan airmata yang mengalir. Keychain yang aku tempah khas untuk aku dan dia. Sepasang. Sempena birthday dia hari ni. Aku fikir, nak buat suprise. Tapi,aku pulak yang diberi kejutan dengan aksi berpeluk dan bermanja Danish dan buah hatinya. Tuhan, aku tak nak jadi isteri derhaka. Tapi aku jugak tak sanggup terluka. Salahkah aku untuk merasakan bahagia? Entah kenapa, lutut aku terasa goyah dan aku jatuh terduduk.

MOHON KOMEN ANDAIKATA ADA KEKURANGAN. 😅😅😅

Maa Sweet BadboyWhere stories live. Discover now