Bab 9

243 13 1
                                    

"KAU tak rasa, ke benda ni terlalu cepat?" aku bertanya perlahan.

"Maksud kau? " dia menjongketkan keningnya.

" Tak rasa cepat ke, kau boleh sayangkan aku? Yelah... Aku nak pupuk sayang kat kau pun, ambik masa... Kau pulak, senang senang aje panggil aku sayang. Kau treat aku, baik... Kau layan aku... Kau.. Kau terima aku. Sedangkan aku?" aku mengeluh perlahan.

"Aku mintak, tolong jangan mengeluh. Ni takdir kita... Memanglah kita kena paksa... Aku biasakan diri dengan panggilan abang-sayang sebab aku nak pupuk rasa sayang tu... Kau faham, kan? Aku treat kau elok, sebab aku rasa... Kau takde salah pun dengan aku. Kalau dah kau elok aje, takkan aku nak melenting lenting pulak layan kau, kan?" dia mengangkat bahu. Aku mengangguk. Betul jugak... Serta merta aku rasa terpukul. Aku rasa bersalah layan dia macam tu. Lagipun, dia tak salah apa apa pun... Malahan, dia selamatkan aku, lagi!

"Nish... Kau sudi maafkan aku? " aku bertanya perlahan.

"Maafkan?" soalnya kurang mengerti.

"Cara aku layan kau... Aku bukan isteri yang baik. Aku mintak maaf. " aku menundukkan muka.

"Aku maafkan." dia tersenyum dan mengangguk.

"Nish... Camner kau boleh sayangkan aku ni?" aku bertanya.

"Panggil abang, boleh tak?" dia mengangkat kening. Aku terdiam sejenak sebelum mengangguk.

"Apa rasa bila kawin dengan crush sendiri?" dia bertanya lembut. Aku mengangkat bahu.

"Abang dah perhatikan Fiqa lama lagi dah. Cuma mampu tengok dari jauh. Langsung tak terlintas di fikiran ni, nak dekat dengan Fiqa. Iyelah, Fiqa PKP. Abang ni, budak nakal. Cikgu cikgu sanjung Fiqa tapi abang ni, cikgu anti. Kita berbeza. Jarak kita, memang jauh sangat." dia tersenyum hambar. Aku terkedu.

"Lagipun, waktu tu, Fiqa taken. Naim punya kan? Sesuai lah tu, KP dengan PKP couple. Abang cuma mampu butakan pandangan dan pekakkan telinga bila tengok korang sweet sweet waktu balik sekolah. Gurau gurau waktu bertugas." Danish mengeluh perlahan.

"Fiqa budak bijak tapi abang, habuk pun tadak... " dia memandang aku dengan pandangan yang.... Aku tak reti nak terangkan. Cuma kami yang memahami.

"Abang akan datang lewat setiap hari Isnin dan Khamis. Sengaja datang lewat. Sebab, 2 hari tu Fiqa bertugas jaga pintu pagar dan tempat parking motor. Untung untung, dapat tengok Fiqa." dia mengangkat muka dan pandangan kami bertaut. Aku terkelu.

"Sampailah one day, abang tertinggal buku log kat bawah meja. Dah sampai kat motor baru perasan. Jadi, abang terpaksa balik ke kelas nak ambik buku tu sebab esoknya, cikgu nak kutip buku. Abang nak siapkan kerja dalam buku tu. Bila abang lalu ikut lorong tepi dewan tu, abang terdengar suara Fiqa dengan Naim. Tak nak sakitkan hati sendiri, abang terus jalan aje. Tapi, entahlah kenapa, rasa nak tau tu, jadi makin kuat." dia terhenti seketika sebelum menyambung.

"Bila abang patah balik, abang nampak Naim tolak Fiqa. Asalnya, rasa hairan lah... Apesal pulak dia nak tolak makwe sendiri. Tapi, bila dia bukak butang baju Fiqa, mulut ni dengan sendirinya menegah." Danish berbaring dan ingin tidur.

"Dah nak tidur ke? " aku bertanya. Dia mengangguk dan memejamkan mata rapat.

"Cerita lah bagi habis dulu! " aku rasa tak puas hati betul!

"Ngantuk lerr sayang..." dia buat bodoh aje.

"Ish..." aku menjelingnya tajam sebelum merebahkan tubuh di sebelah dia.

"Jangan peluk! " aku memuncungkan bibir tanda marah bila tangan Danish mula merangkul pinggangku erat.

"Semalam boleh aje peluk? Bukan abang aje peluk Fiqa. Dengan Fiqa sekali peluk abang." selamba Danish bercakap. Aku tergamam. Betul ke? Argghhh, malunya!!! Tapi, waktu aku terjaga pagi tadi, memang aku peluk dia, dia peluk aku pun. Kepala aku ni,siap terlentok kat dada dia lagi! Wadafakkkk!

"Abang peluk, ek?" lembut dia bertanya sebelum dia merangkul pinggang aku. Aku cuma membiarkan. Kepala aku di alaskan menggunakan lengan kirinya.

"Bila abang selesai tibai dia, eh jap! Tak selesai. Sebab dia blahh camtu aje lepas dapat penumbuk abang ni 2 bijik. So, abang angkat Fiqa, call member abang, mintak tolong datang ngan kereta dia. Bawak Fiqa balik. Waktu abang nak angkat Fiqa kat belakang dewan tu, hujan pulak turun. Pastu, basah arr baju. Bila camtu, abang bawak masuk bilik, baru aje nak keluar tiba tiba umi masuk. Waktu abang bawak Fiqa balik tu, umi takde pun." panjang lebar dia bercerita. Mungkin sebab tak nak kasi aku merajuk, kut? Aku cuma mendengar tanpa suara.

"Jadi, takdir menyebabkan kita diikat camni. Dipaksa atau terpaksa. Rela atau merelakan, itulah hakikat sebuah kehidupan." Danish tersenyum kecil. Aku terkelu. Ringkas ayatnya tapi, menusuk hingga ke dalam hati aku.

"So then, sayang... Boleh abang tidur?" dia bertanya lembut.

"Tidur lah..." aku tersenyum hambar. Pipinya aku usap perlahan. Dia mencium dahiku dengan lembut sebelum melelapkan mata. Aku menyandarkan kepala ke dadanya sebelum terlelap. Jujur, aku mula menyayanginya.

Maa Sweet BadboyWhere stories live. Discover now