KAKI aku aturkan tanpa hala. Dah dekat setengah jam aku pusing pusing shopping mall ni. Tapi, arrghhh! Disebabkan dia nak jumpa makwee, and then umi suruh dia bawak aku sebab umi cakap, kesiankan aku boring kat rumah sorang sorang. Dahlah dia bagitau umi nak keluar lepak ngan member!
Jadi, bila malaun tu pergi jumpe makwee nya, aku ni dia cakap lantak nak melencong ke mana pun. Huh!
Waktu aku berjalan, tiba tiba aku rasa nak minum Cool Blog pulak. So, aku menapak ke kedai Cool Blog yang berdekatan. Aku beli Green tea flavour with pearl. Actually, aku tak berapa suka green tea. Tapi entah kenapa, rasa teringin sangat. Haihh... Aku rasa, baby punya fasal lah ni! Bila nampak ada bangku yang kosong, aku pantas melabuhkan punggung di bangku tersebut.
"Takpelah... Mama minum demi awak. Dah lah awak punya bapak tu kejam! Dibiarkan mama ni melalok sorang diri. Awak ajelah teman mama. " aku mengomel perlahan sambil memegang perut. Perlahan lahan, aku menyedut Green tea yang dibeli. Eh, sedap lah pulak! Pelik pelik betul aku skang.
Tiba-tiba aku terdengar satu suara menyapa.
"Assalamualaikum." pantas aku berpaling.
"Waalaikumussa... " aku terhenti.
"Sorang? " dia bertanya.
"Tak. Berdua." pantas aku menjawab. Naim tergelak. Dia fikir aku buat joke ke,hah? Abeh, dalam perut aku ni anak kucing? Arghh, lantak lah! Dia bukan tau pun, aku ni tengah mengandung.
"Fiqa... Naim nak mintak maaf sebab buat Fiqa macam tu. Naim betul-betul menyesal. Fiqa maafkan Naim ye?" dia kelihatan bersalah.
"Sebagai manusia, kita tak akan pernah lari dari buat silap. Mungkin, itu khilaf awak. Takpe, saya maafkan." aku mengangguk perlahan.
"Thanks Fiqa. " dia tersenyum hambar. Aku membalas dengan senyuman kecil.
"Macam mana SPM? "aku bertanya. Yelah, lepas dari peristiwa tu, dia terus pindah sekolah.
"So far, okay. Cuma, ada sangkut sikit kat add math. Naim tak proo macam Fiqa. " dia tersengih. Aku cuma tersenyum. Sekadar berbasa basi.
"Boleh Naim duduk? " dia menunjukkan bangku kosong di sebelah aku. Aku cuma mengangguk dan menjarakkan diri sedikit daripadanya.
"Fiqa makin cantik. Pakai makeup? " dia bertanya. Aku menggeleng pantas. Dia tergelak. Faham dengan fill aku. Maklumlah, kitorang pernah couple dari form 2 lagi.
"Okay, lah Naim, need to go. Bye. " aku bangun dari bangku. Dia kelihatan ralat. Namun, dia tidak dapat menahan tindak drastik aku dan cuma mampu mengangguk perlahan.
"Fiqa nak balik rumah mama. Boleh?" aku bertanya sebaik sahaja sampai kerumah.
"Urmmm. Aku ikut. " just that. Dingin.
"Abang nak balik sekali? " aku bertanya. Dia mengangguk.
"Okay... " aku mengangguk perlahan.
****************
"MAMA... janji jangan bagitau Danish tau." aku memandang mama. Mama mengerutkan dahinya.
"Kenapa? "
"Fiqa tak nak dia tau. Please ma? " aku merayu.
"Yelah." mama akur dengan kehendakku. Mama boleh tau aku mengandung sebab mama perasan aku muntah muntah waktu masak kat dapur. Bila mama tanya, aku tak sampai hati nak tipu. Lagipun, mama doktor. Boleh aku buat medical check up kat klinik mama. Dapatlah jugak aku tau perkembangan baby ni nanti.
****************
"Abang... Boleh Fiqa tanya?" aku memandangnya di depan.
"What?"
"Kenapa abang berubah?" aku bertanya. Suara aku bertukar sebak.
"Manusia berubah atas dua sebab. Sama ada hati mereka terluka atau minda mereka yang terluka." dia memandang aku kosong.
"Abang betul betul sayangkan dia? " aku menduga.
"Sangat." balas nya sepatah. Cukup untuk membuat hati aku retak.
"Abang sedar tak, abang tu suami Fiqa?" aku menyoal.
"Jadi? "
"Abang tak patut keluar dengan perempuan lain. Berpeluk sakan." aku menggigit bibir.
"Dah tu, kau sedar tak kau tu bini aku?! Sibuk dating ngan jantan keparat tu!" dia membalas kasar. Sengihan sinis tersunggil di bibirnya.
"Naim? " aku meneka.
"Saper lagi? Ke berape ramai jantan kau simpan belakang aku? Huh? " dia memegang pipi aku kasar menyebabkan aku terdorong ke depan.
"Bukan! Kitorang tak date pun! Terserempak aje! " aku menafikan.
"Kau tak payah nak kencing, lah!" dia menolak aku kasar sehingga aku terjelopok di atas lantai. Mujurlah aku sempat bertongkat menggunakan tangan.
"Aku paling benci kat orang yang menipu!" dia menjeling tajam. Aku cuma mampu diam dan bersabar.
"Kalau betul kau sukakan dia, bagitau aku. Aku sedia nak lepaskan kau." tambahnya lagi. Air mata aku mengalir laju. Aku nak syurga. Bukan neraka. Jadi, aku mesti sabar dengan ujian yang melanda.
Sorry fo the late update🙃🙏.
YOU ARE READING
Maa Sweet Badboy
Storie d'amoreDanish? Hmm, badboy senget, nakal, tapi,... sweet. WARNING⚠️ Citer ni agak klise Well, citer melayu, en? Author xpaksa untuk baca. Tapi malam nanti author pi umah korang hahahhaa 😂🙏🏻 ******** "Aku nakal, jahat, teruk. Aku bukan pilihan kau tapi...