"AWAK... Err... Dulu saya tidur sebelah awak,eh? Kiri ke kanan?" Naif dia bertanya. Aku tepuk dahi.
"Abang... Dulu abang tidur sebelah kanan. Fiqa sebelah kiri, sebab abang cakap Fiqa ni tulang rusuk kiri abang. Jadi,tempat Fiqa di bahagian kiri abang. Abang cakap jugak, Fiqa kena tidur situ supaya abang dapat peluk Fiqa. Dapat belai,jaga dan lindungi Fiqa dalam pelukan abang. Lagi satu,abang cakap tempat isteri disisi suami." Aku menjelaskan sepatah sepatah. Dia mengangguk dengan mulut yang sedikit terbuka.
"Jadi,saya pernah peluk awak lah, ni?" Soalan nya ya rabbi! Aku tergelak.
"Abang... Fiqa ni dah pernah mengan..." Aku terhenti.
"Mengan... ape?" Dia menyoal.
"Tak! Takde pape!" Aku tersenyum sumbing.
"Err... Kalau saya tidur tepi awak malam ni,boleh?" Naif dia meminta.
"Abang nak peluk,cium,gomol pun suka hati! Fiqa ni abang punya!" Aku memutuskan. Geram sangat! Asal naif giler ni?! Danish yang aku kenal tak senaif ni, malahan buat pape ikut kepala batu dia tu je!
"Gomol?" Matanya meluas tidak percaya. Oi! Toksah duk membiru sangat,lah!
"Isyh, tidur lah!" Aku membaling bantal ke mukanya dia. Dia menyambut. Perlahan-lahan dia berbaring di sebelah kanan aku.Lengan kirinya didepakan dan kepala aku dialaskan menggunakan lengan kirinya itu. Aku terkedu. Danish!
"Nitezz sayang. Malam ni mimpikan abang,tau?" Lembut dia berbisik di telinga aku. Danish! Sama! Pantas aku berpaling ke arahnya dan.... Tanpa sengaja, dia tertokok aku! Aku statik!
"Sorry?" Muka Danish bertukar merah. Aku tersenyum sumbing. Awkward! Abang, Fiqa rindu!
*****************
"FIQA..." sebaik sahaja aku masuk dalam bilik, Danish mendapatkan aku.
"Ape ni?" Soalnya perlahan. Diary, gambar scan dan pregnancy test disuakan kepadaku. (sebelum keguguran haritu,aku beli pregnancy test yang baru and guna pastu simpan dalam laci kononnya kenangan.... Macam tau tau aje nak gugur kan?)
"Awak... Kita pernah nak ada baby?" Soalnya keliru. Lidah aku seakan-akan kelu. Cuma mampu mengangguk.
"Kenapa awak tak bagitau saya? Kenapa tak cakap yang awak pernah mengandungkan anak saya?" Soalnya kurang berpuas hati. Jelas riak tersebut di wajahnya.
"Fiqa...." aku kelu!
"Kalau baby kita ada lagi, awak dah berapa bulan?" Soalnya lagi.
"9 bulan. Sebab waktu gugur tu, baby baru masuk 7 bulan." Aku menjawab perlahan. Kepala aku tundukkan ,tak sanggup bertentangan mata dengan Danish. Baby... Mama rindu awak!
"Awak... Ape maksud awak dalam ni? Sebab... Awak tulis, papa penyebab baby pergi. Awak... Ape saya dah buat?" Danish meraih tangan kanan aku. Matanya mula bergenang.
"Takde ape..." Aku menggigit bibir perlahan.
"Kalau takde, takkanlah awak sampai boleh bencikan saya?" Giatnya lagi.
Aku rasa dia dah baca keseluruhan diary aku tu."Awak... Awak pernah tampar saya. Awak hina saya... Awak abaikan saya... Awak benci saya. Awak pernah cakap yang awak nak lepaskan saya. Awak duakan saya. Awak tolak saya sebab makwe awak. Saya jatuh. Lepas tu, baby kita tak dapat diselamatkan sebab saya terhentak kuat sangat. Saya bleeding teruk. Saya kehilangan." Aku berterus-terang. Kalau betul dia nak tau.
"Kalau macam tu,kenapa awak boleh mengandung?" Dia nampak keliru.
"Awak paksa saya... Tanpa kerelaan saya." Aku mengesat air mata pantas.
"Saya mintak maaf? Saya suami yang teruk! Saya papa yang tak guna! Awak...Maafkan saya?" Dia melutut di hadapan aku. Air matanya jatuh berguguran.
"Abang.... Fiqa mintak abang jadi macam dulu! Fiqa dah maafkan abang. Cukuplah baby aje tinggalkan Fiqa. Jangan abang pulak yang lupakan Fiqa. Fiqa sayang abang! Kalau abang jadi macam dulu,Fiqa janji.... Kali ni sumpah! Semua Fiqa bagi. Antara cepat dan lambat aje!" Aku memeluknya erat.
"Betul? Janji?" Soal Danish sambil membalas pelukan aku. Aku mengangguk.
"Abang nak baby? Boleh?" Pintanya manja. Aku terpaku. Pantas, pelukan dileraikan. Aku mengangguk laju. Tak kesah! Yang penting,aku nak dia yang dulu! Bila terpandang Danish tersengih nakal dan bersorak riang....
"Abang..." Aku memandangnya tidak percaya. Entah kenapa, aku rasa....
"Abang!!!" Aku menumbuk dadanya kuat. Lepas geram!
"Jahat!" Aku menjerit. Danish tergelak kecil.
"Sakitlah sayang. So, dah janji kan? Nak bagi abang baby lagi." Dia tersenyum lebar. Muka aku terasa membahang!
"Bila nak bagi?" Giatnya nakal.
"Abang.... Kalau nanti umur 22, boleh?" aku bertanya lembut. Dahinya berkerut.
"Kenapa nak tunggu 22? Lama tau... 4 tahun,tu!" Dia kurang bersetuju.
"Yelaa... 22 tu, kita dah tau pasal tanggungjawab masing-masing. Study pun,hampir tamat dah. Fiqa bimbang kalau-kalau Fiqa mengandung dalam masa terdekat ni, datang makwe abang dari planet Marikh mana entah,silap silap Fiqa gugur lagi." Aku memuncungkan bibir. Dia menarik hidung aku kuat. Aku terjerit kecil.
"Saper kata?! Abang dah break dengan semua tau! Untuk Fiqa seorang! Skang, abang hak milik Fiqa sepenuhnya! Just for you. Not someone else. And please, jangan paksa abang untuk terima Aina." Dia menggelengkan kepala dengan perlahan.
"Jap... Kenapa semua orang pun seolah-olah abang ni betul-betul lupa?" Aku bertanya hairan.
"Actually..."
IMBASAN (POV DANISH)
"Kenapa Fiqa boleh pengsan ni,mi?" Aku bertanya kepada umi. Kepala Afiqa aku usap perlahan.
"Dia pengsan sebab doktor senget tu cakap Nish dah meninggal." Mama membalas. Aku tergelak lucu.
"Sayang jugak Fiqa kat abang,ekk?" Aku berbisik di telinga Afiqa dengan perlahan. Wajahnya yang pucat aku pandang. Pipinya aku usap perlahan.Kesian dia. Waktu keguguran hari tu, bibir dia memang pucat sangat!
Semua sebab aku. Pertama,sebab dia mengandungkan anak aku. Kedua,sebab aku jugak lah dia keguguran! Aku bukannya tak perasan yang dia asyik muntah muntah.
Sengaja aku bgi Panadol tu,nak tengok dia makan ke tak. Dia fkir aku tak tahu yang dia flush ubat tu dalam tandas! Pasal nenas tu pun, memang sengaja aku nak duga dia. Tapi yang aku tolak tu,sumpah! Aku tak sengaja and aku tak sangka yang dia betul-betul mengandung! Tapi,entahlah... Aku bodoh! Tak hiraukan isteri sendiri!
"Kalaulah abang tak tolak sayang, mesti baby kita ada dalam ni lagi,kan? Anak kita. Benih kita. Tapi abang bodoh. Maaf ya, sayang?" Bisik aku di telinganya dengan perlahan. Perutnya aku usap dengan lembut.
"Umi..Mama... Abah, Papa... Nish nak mintak tolong boleh?" Aku memandang mereka.
"Ape?" Soal umi.
"Macam ni...."
YOU ARE READING
Maa Sweet Badboy
RomanceDanish? Hmm, badboy senget, nakal, tapi,... sweet. WARNING⚠️ Citer ni agak klise Well, citer melayu, en? Author xpaksa untuk baca. Tapi malam nanti author pi umah korang hahahhaa 😂🙏🏻 ******** "Aku nakal, jahat, teruk. Aku bukan pilihan kau tapi...