Setelah 40 minit aku mengemas barang-barang yang dibawa dari rumah, aku bergegas menuruni tangga kolej kediaman untuk mengucapkan selamat tinggal kepada keluargaku yang datang bersama untuk mendaftarkan aku di Kolej Matrikulasi Kedah ini.
"Maisarah belajar elok-elok tau, jangan gaduh dengan kawan-kawan, duduk asrama baik-baik okey", sejurus berkata kemudian Puan Laili memeluk anak dara tunggalnya itu. Bukan senang ingin melepaskan anak daranya itu setelah sekian lama anaknya itu tinggal bersamanya. Maisarah menepuk-nepuk perlahan belakang ibunya untuk menenangkan ibunya yang teresak-esak menangis. Bukannya Maisarah tak sedih tetapi dia tak mahu membuatkan ibunya tidak senang hati untuk meninggalkannya jika dia turut menangis. Puan Laili melepaskan pelukan dan mengusap-usap pipi anaknya itu."Sudah-sudahlah tu menangisnya, anak tu nak pergi belajar bukannya nak pergi berperang pon bukannya tak boleh balik langsung, 2 minggu sekali balik la si Mai ni Puan Laili oiii!" Bebel ayah Maisarah, Encik Asad. Puan Laili menjeling suaminya itu.
" Entahnya mak ni haish nanti Mai baliklaa Mai jangan la sedih-sedih sangat nanti Mai pon sedih nak tinggalkan mak" ujar Maisarah menyokong ayahnya sambil mencebikkan bibirnya seperti sedang bersedihh( over amat ya kamuu HAHAHA).
"Yelah, ok dah tak nangis dah..HAAA!!" Jeritan Puan Laili secara tiba-tiba itu menyentakkan Maisarah dan ayahnya.
"Maisrah kena janji dengan mak jangan macam-macam, duduk baik-baik arasso!?" Maisarah tersenyum sambil menangguk-anggukkan kepalanya,
"iyaaaaaaaa aracci". Encik Asad tertawa suka apabila 2 beranak itu berbahasa korea dalam keadaan sedih-sedih begitu.
Maisarah melambaikan tangannya kepada ayah dan emaknya sehingga kereta mereka hilang dari pandangannya. Setitis demi setitis air matanya turun ke pipi. Rasa sebak dan sedih yang ditahannya tadi tidak dapat dibendung lagi. Dia tidak suka menangis di hadapan kedua mak dan ayahnya. Tidak. Dia tidak pernah menangis dihadapan keluarganya. Orang ramai di sekelilingnya tidak dihiraukan, dia hanya mahu melepaskan rasa sedihnya disitu. Sudah lama dia tidak berjauhan dengan kedua mak dan ayahnya sejak selelas tamat SPM. Namun, apakan daya cita-citanya harus dikejar walaupun sedih macam mana sekalipun.
Maisarah mengusap kasar air matanya lalu tersenyum.Maisrah menggenggam kedua tangannya.
"Yes!! Aku boleh!! Aku janji akan beljar baik-baik untuk dapatkan keputusan yang cemerlang dan aku janji dengan diri sendiri yg aku takkan jatuh suka kepada sesiapa pun selagi masih belajar di matrikulasi" kata Maisarah semangat. Dia takut kerana rasa sayang akan manusia buat dia lupa akan tujuan asalnya datang ke matrik ini. Tidak mustahil. Cinta boleh membutakan dan membodohkan sesorang. So janganlah jadi bodoh ya. Simpan hati buat masa sekarang. Nanti ada lah tu yang datang ketuk. Maisarah melangkah pergi ke biliknya untuk merehatkan badan sementara menunggu majlis krmasukan pelajar baru bermula. Lenguh- lenguh di pingganggnya masih belum berkurangan. Kalau dapat baring ni perghh confirm best.
***
Maisarah membetulkan duduknya setelah duduk di atas sebuah kerusi yang telah disediakan didalam dewan itu. Maisarah bersama Fatin, kawan baiknya yang sebelum ini bersekolah sejak dari tingkatan 2 hinggalah sekarang dan insyaallah sampai ke Jannah aaminn.
"Ramainya orang atin, aduhh nervous pulak aku tengok. Muka diorang ni semua nampak pandai-pandai jaa." Ujar Maisarah sambil menoleh ke kiri dan ke kanan melihat orang-orang disekelilingnya .
"Itulah tu rasa macam kumann je kat sini aishh", kata Fatin mengiyakan Maisarah. Maisarah ditempatkan di blok kolej kediaman yang berbeza, Fatin di B1 manakala Maisarah pula di blok C1. Tapi bagi mereka itu bukanlah masalah . Sampai bila mereka asyik nak berkepit ja walaupun sebenarnya aku suka berkepit dengan kawan baik akuu ni..hehheheh.
Kami berdua juga taktau macam mana boleh berkawan baik, mungkin sikap kami yang berbeza melengkapi antara satu sama lain. Dia pula jenis yang suka melayan aku apabila aku mula mengajak nya bersembang. Tengoklah sudah hampir 5 tahun kami berkawan, sekalipun kami tak pernah bergaduh tapi kalau merajuk sikit2 tu pernahla hehhe..mengada lebihh hshsh. Tapi jangan ingat diam-diam Fatin dia tak pandai kutuk orang tau. Haa pantang kami berdua berjumpa mesti ada ja yang tak kena dengan mata kami apabila melihat orang lain yang berada di sekitar kami. Mesti ada ja yang nak dikomen. HAHAHHA.
Aku dan Fatin tekun mendengar ucapan yang diberikan oleh HEP Matrikulasi. Aku tau Fatin sedang menahan kantuknya keran Fatin ini seorang yang tak boleh mendengar orang bercakap panjang nanti mulalah mata dia tu. Automatik tertutup. Aku memandang ke setiap pelusuk dewan ini boleh dikatakan besar namun tetap juga tak dapat menampung pelajar baru yang mendaftarkan diri pada hari ini. Ada pelajar yang duduk dia atas kerusi dan diatas lantai juga ada. Setelah hampir dua jam mendengar ucapan ucapan dari pensyarah-pensyarah akhirnya majlis pun tamat. Maisarah melepaskan nafasnya lega lalu berdiri meregangkan badannya apabila para pelajar mula berarak keluar dari dewan tersebut. Maisarah mencuit bahu Fatin untuk mengejutkannya yang masih bermimpi dan tak sedar apa yang terjadi di sekelilingnya.
"Fatin!! Ui uii bangunlah majlis dah habis ni, kau takkan tak habis buat taik mata lagii uii", katanya sambil menolak nolak perlahan bahu gadis itu. Fatin membuka matanya sambil mengeliat.
"Dah habis ka?" Tanya fatin sambil berpisat pisat menggosok matanya.
"Haah dah habis, jomlah bangun-bangun. Jom makan wehh aku lapar laaaa" rungut Maisarah sambil menarik tangan Fatin untuk memaksa gadis itu bangun dari mamainya.
" Hmm jom-jom tapi kau belanja eaaa" ujar Fatin berdiri malas lalu mengikuti Maisarah yang berjalan laju meninggalkannya di hadapan. Hmm macamlah kafe tu nak lari haish. Rungut Fatin lagi.
"Maiii tunggulahhhhhhhh" jerit Fatin tanpa menghiraukan mata-mata yang memandangnya.
"Ish kau ni yalah yalah aku belanja tapi boleh tak kau cepat sikit aku lapar niiii", Maisarah berpatah balik lalu menarik lengan kawannya itu bersama. Dia memang dah lapar sangat sangat ni. Tiada perkataan yang dapat menerangkan bertapa laparnya dia sekarang.
Setibanya di kafe, mereka tercegat di bucu kafe,
"weh ramainya aduhh", rungut Maisarah. fatin hanya mengangguk- anggukkan kepalanya bersetuju dengan Maisrah.
"Takpalah wei, kita tapau jalah eh? Sebab nak duduk pun macam tiada hari esok dah ni kafe pon." Cadang Fatin.
"Yelah lagipun boleh rest terus lepas makan kat bilik. Jom". Maisarah mengajak Fatin membeli makanan dan seterusnya mereka berpecah ke bilik masing-masing.
Hai dear readers, firstly terima kasih sebab sudi baca novel ni. This is my anak sulong hshhs.. maafkan saya kalau ada terkurang ka tertypo ka.. kalau ada salah mana-mana komen ja insyaallah akan saya cuba betulkan. Kalau cara penyampaian cerita kurang sampai, saya minta maaf sekali lagi ampun saya budak baru belajar. Saya akan cuba update secepat yang mungkin sbb saya seorang pelajar dan seorang anak. Saya juga ada komitmen lain saya harap awak-awak sekalian memahami. Lastly, have a nice day everyone🙆.
YOU ARE READING
Meant to Be✓(Unedited)
RomanceSTATUS: COMPLETED Highest Ranking - 1 #perpisahan (28/10/2021) "No matter how far we separated, if we meant to be we will meet again" Pertemuan yang tidak disenangi oleh Maisarah telah berlanjutan hingga menjadikan perang dingin di antara Maisarah d...