No matter how far we separated, if we meant to be, we will meet again.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Aku nampak kau sibuk lain macam je dua tiga menjak ni." Tegur Azlan kepada Alif sebaik kelibat Alif menapak ke dalam bilik."Tak adalah sangat. Aku asyik pergi bilik sakit ja sebab Mai-.."
"Bilik sakit? Mai? Apa ni?"Azlan menapak mendekati Alif yang sudah tak senang duduk. Habislah mesti nanti kena marah dengan Fatin kalau si azlan ni tahu.
"Eh ma-mana ada aku cakap Mai. Aku cakap aku pergi bilik sakit sebab sejak study week ni aku asyik mamai..haa." Alif tersandar di pintu apabila Azlan mencengkam kolar baju lalu ditolak tubuh Alif.
"Wowowow..lek aa..kenapa kau marah sangat."
"Kau jangan nak tipu aku! Kau cakap betul-betul sebelum aku hentak muka kau!" Muka Azlan bengis sambil cengkaman di kolar baju Alif masih belum dilepaskan.
"Kenapa kau nak tahu sangat hah?!" Bisik Alif sambil tersenyum sinis.
"Sebab kau sebut nama Maisarah la sial!!" Jerkah Azlan.
"Habis? Apa kena mengena kau dengan Maisarah? Kau siapa dengan dia? Kau bapak dia ke?" Alif masih menambah api dalam kemarahan Azlan.
"Maisarah aku punya! Kau faham ke tak?"
Alif menolak tubuh Azlan sekuat hati menyebabkan Azlan menjauh darinya. Dia membetulkan bajunya yang berkedut akibat dari perbuatan Azlan yang dah tak siuman. Gila!
"Kalau kau nak tahu sangat kau pergilah tengok. Tak payah nak tunjuk gila kau kat sini. Lagi satu jangan jadi bodoh ok? Kalau dah pasang satu tak payah nak claim yang Maisarah kau punya." Alif menjeling Azlan sekilas sebelum meninggalkan Azlan di dalam bilik.
Azlan menyepak kerusi yang ada disitu. Kata-kata Alif dibuat tak endah. Dia serabut. Selama tiga hari dia tak dapat sebarang khabar dari Maisarah. Tiba-tiba Alif bercakap mengenai bilik sakit dan Mai, memang rasa terbakar sangat-sangat. Kenapa Alif boleh tahu? Kenapa dia tak tahu?
Bilik sakit?
Laju Azlan berlari keluar dari bilik. Dibuka langkah panjang untuk cepat sampai ke bilik sakit. Tangga juga dilompat. Tak sempat nak langkah satu-satu. Yang penting dia mahu berjumpa Maisarah sekarang. Hilang wajah Nisya di fikirannya gara gara dipenuhi wajah Maisarah.
Sebaik sahaja dia sampai terus dia merempuh pintu bilik sakit dengan kuat.
Azlan terkaku apabila melihat Maisarah didalam pelukan seorang lelaki. Hazim? Kerana dia kah Maisarah tidak memberitahunya. Api kemarahannya melonjak naik.
Hazim dan Maisarah yang terkejut dengan kehadiran Azlan terdiam.
"WOI!!"
Maisarah ditarik kebelakangnya. Sebuah penumbuk dihadiahkan ke muka Hazim. Bertubi-tubi tumbukan dilepaskan ke muka Hazim.
YOU ARE READING
Meant to Be✓(Unedited)
RomanceSTATUS: COMPLETED Highest Ranking - 1 #perpisahan (28/10/2021) "No matter how far we separated, if we meant to be we will meet again" Pertemuan yang tidak disenangi oleh Maisarah telah berlanjutan hingga menjadikan perang dingin di antara Maisarah d...